Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Sunday 15 June 2014

Rumah Oh Rumah

Bismilahirrahmanirahim..

assalamualaikum...Entri kali nie, aku nak mengamuk!! Geram.... memang stress, Tanah dari tahun 2008 dijual, sekarang baru nampak tiga suku jalan ke arah perumahan.Erk~~ Faham tak? heee, takpe2.. ina jelaskan. 

Al-kisahnya tanah arwah pak mertua dijual pada tahun 2008, dari start arwah hidup lagi.. tak buat buat perumahan. Hanya tanah terbiar macam itu sahaja.tahun 2013, baru nampak sedikit perubahan.. tanah diratakan.. ada kerja2 yang dilakukan oleh syarikat perumahan. Pertengahan tahun 2013, kerja - kerja di hentikan buat seketika.. syarikat perumahan tu sangat licik orang nyer. Pandai berjanji dengan arwah mertua.. rumah nanti siap ha..,sangat besar. Untung anak anak U tak perlu keluarkan duit sesen(ayat sesedap rasa,, pun percayalah . Janji yang ditabur, katanya dari tahun lepas.. janji boleh disiapkan pada awal tahun 2014).. Adik beradik suami pun hanya senyap lah... percaya sangat akan kata kata.Pemaju ni selalu dapat banyak tender kott, itu yg percaya.. Sampai lah, pak mertua meninggal pada bulan 2.. perubahan memang tiada pada syarikat perumahan itu. Hanya 30% proses.. ada atap, rangka rumah itu sahaja dari tahun 2013.. Semasa arwah hidup, beliau pernah cakap pada kami anak menantu.. nak sangat tengok rumah tu siap sepenuhnya,nak merasa rumah menantu. Tapi ajal menjemput nya dahulu.. 

 Kami (ina , suami & iman) sangat terseksa duduk di rumah yang kami menyewa sekarang. Rumah kos sederhana di Indera Mahkota.. Rumah selesa, mempunyai 3 bilik dan 2 tandas. Bukan ina tidak bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang... tetapi.....  keadaan rumah sewa kami sangat usang, tangki sudah berapa kali kami baiki (kos menggunakan duit sendiri, sebab tuan rumah tidak mahu bertanggungjawab).Bayangkan dalam tahun lepas sahaja sudah 3 kali baiki. Keadaan okay sekejap,, dan sampai sekarang pada tahun 2014 berlaku lagi kebocoran tangki.. Pangggil tukang paip baiki, dan sekarang bulan june 2014 bocor lagi lagi dan lagiiiiiiiii...Arghhhh! tension nyer.. kami biarkan saja. Paip dalam tandas pun uzur..Itu belum masuk lagi yang lain (Cara bayaran sewa : kena bank in tau.. walhal,, tuan rumah duduk 1 daerah je dengan kami..hmm, memang pelik disitu). 

Jeng jeng jeng,, rumah yang kami diami sekarang memang tahap angker sangat.. mula duduk tu. Memang terasa seram sejuk.. Haiss, masa ina berpantang di rumah nie, iman asyik menangis sahaja bermula 12 tengah malam keatas sampai subuh .. akhirnya, ina dan suami lari tidur ke rumah mertua di Beserah..,waktu tu ina tengah berpantang ( nasib tak meroyan, stress lagi.. sakit luka jahitan belum smbuh). Nak dijadikan cerita, semua saudara mara yang bertandang ke rumah ina semuanya tidak sedap(perasaan seperti  seseorang tengah memerhatikan). Ustaz yang ina jumpa pun , pesan suruh berpindah ke tempat lain.. (katanya highway benda halus,,oooh mereka pun ada highway yea hihi).

 Dulu-dulu masa nak solat malam (tahajud pun takut, kadang ada bunyi seolah sesuuatu mengetuk pintu). Pernah adik ina terdengar bunyi derapan tapak kaki sedang menuju ke bilik, bila diamati betul bunyi,, tapak kaki tu berhenti di bucu katil. Dan sampailah sekarang, bunyi bunyian tersebut semakin berkurangan.. kami sekeluarga memang takda dengar dah. Cuma tetamu jerla terkadang tu, terdengar bunyi pelik. Kami haramkan cerita cerita seram Samada DVD @ NOVEL memang tidak boleh bawa masuk ke dalam rumah.. risau gangguan berlaku. Memang kuasa Allah lebih dari segala galanya.Dan kerana ITU, kami sekeluarga banyakkan mengaji & solat sunat. Tapi bukan rumah kami sekeluarga je yang ada gangguan, ada satu malam tu.. terdengar jiran mengaji 2 @ 3 malam jugak la.. memang seram.

Dan sekarang kami memang tidak tahan duduk di rumah angker ni... sangat berharap rumah di pelindung siap secepatnya.. jika tiada juga tanda  tanda rumah hendak siap (80% CF,WIRING,LETRIK masih tiada sampai sekarang).kami akan laporkan kepada CIDB bahawa pemaju yang tidak bertanggungjawab ini  (kerja sambil lewa) supaya menarik balik sijil mereka.

Ini sahaja luahan hatiku... yang sudah lama terpendam. Suami taknak kecoh,Biar aku yang duk kecoh.. Hak kita, Suara Kita (Ececeh..)



No comments:

Post a Comment