KUNCI REZEKI

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum.. salam Maghrib semuanya. Tak payah la korang tengok citer maghrib tu.. Jom segerakan solat, solat di awal waktu banyak manfaatnya. Antara salah satunya ialah dalam soal rezeki.. allah akan percepatkan segala hal individu yang utamakan solat.Jadi nak ke Rezeki lambat masuk? ibarat solat di hujung waktu. Kita utamakan solat, insyallah allah akan utamakan kita dalam segala hal.
     Sebenarnya ina nak berkongsi ilmu dengan pengunjung blog.. tentang zikir dan doa yang ina amalkan setiap kali Solat.
    Doa ini hendaklah dibaca setiap kali selesai solat subuh dan sesudah maghrib sebanyak 92Kali  :: (Supaya diluaskan rezeki)
Al-Basith
Al - Wadhud
Sesudah itu baca sebanyak 4X secara terus
:: Wasollaitu fil sani Ala Qhoiri Qolqihi Muhammadi Man zahal Dholalata Wal'alatho
(bahasa jawi tak pandai nak tulis)
2. Selawat Nariyah (11X dibaca setelah selesai solat)
:: Insyallah rezeki tidak akan terputus.
Maksudnya :
"Ya allah.. berselawatlah dengan selawat yang sempurna dan bersalamlah dengan salam yang sempurna kepada penghulu kami muhamad yang dwngan terlepas dengan segala ikatan  dan lenyap segala kesusahan, tertunai segala keinginan,dan beroleh kesudahan yang baik,dan tercurah hujan dari awan dengan zat-Mu yang mulia . Begitulah juga ahli keluarga dan para sahabat dalam setiap detik dan nafas sebanyak bilangan segala yang Engkau Ketahui".
Amalkan yea.. lepas solat,jangan terus lipat sejadah. Perlahan - lahan baca.. zikir. Tenang je lepas tu.. heeee. Okay. Bye.
Assalamualaikum..

Comments