Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Thursday 5 June 2014

norazlinamohdali : iman , bisnes online dan Aku

Bissmillahirahmanirrahim..
assalamualaikum

mood menggila hari nie, asyik nak update status kat blogger... hmm. bajet2 diva kan? hihihhi, biar lah apa nak dikata.

Ni anak saya Nur Iman Qhaisara, Silap daftar nama anak.. dulu semasa mengandung beria nak letak nama Nur Iman Kaisara, Tup2 bersalin.. lain pulak ejaaan. kalut kan, maklumlah tengah sakit. Tenaga pun takde.. suami tanya, iye kan aje.. lastnyee nama pun pelik.. sob sob.

   Tepat jam 12.34 tengahari bersamaan 23/7/2012 (bulan puasa gitew.. penat daku nak mengganti) lahirlah insan yg bernama Nur Iman Qhaisara bt Zul husni ke muka bumi allah dengan berat 2.01Kg.. memang kecil. tapi alhamdullilah, proses kelahiran amat mudah. [Walaupun saya tidak sempat minum air selusuh buatan tok saya yg merupakan bidan..kemahiran tok saya ni, selain dari mengurut orang.. satu kelebihan yang dia ada iaitu mahir urut mengangkat peranakan bg wanita yg sukar hamil. & dengan bantuan ayat2 alquran dengan izin allah.. ramai yg dapatkan rawatan dengan tok saya. Saya pun berurut semasa belum hamil.. apa istimewa, tok saya ni dia urut sedap.. abis angin2 dibuang.Emmm, sekarang ina Xberurut lagii..bukan apa, takut TERsangkut sorang lagi.. haru ler. [memang rezeki anak ditangan allah, tapi tok ina bidan.. lebih 20tahun kemahirannya]

   Berbalik pada cerita anak, dari lahir memang kuat menangis.. semasa tempoh ina pantang lagi, asyik menangis aje iman ni sampai lah umur nk masuk 2tahun.. kalau ina takda kat sebelah, memang menangis jee. Sebab tu la ina jadi surirumah sepenuh masa.. duduk rumah, menghadap laptop (ala,, bisnes online kan) , Ambil order pelanggan, malam hantar barang pelanggan sekitar kuantan... Memang seronok sangat buat kerja macam ni~~ Cukup bulan ina dapat bonus (yeeeehu) Nak tau tak?? Ina sebenarnya sukar nak berkawan, kawan pun takde.. tapi bila berjumpa dengan pelanggan.. banyak pula bercakap. Pelanggan la jadi kawan kawan ina sekarang.  Okay sampai disini sahaja yea..

Entri Seterusnya ina akan kongsi kisah perjalanan Daku sebagai biz online..  Iman membesar didalam kereta~~~~  

   

No comments:

Post a Comment