Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Saturday 17 January 2015

January 17, 2015

LINE NIGRA

Assalamualaikum dan selamat petang.. 

Buat ape cuti sabtu nie? tak pergi ke mana-mana ke? petang-petang ni best kan kalau dapat makan cendol.Gulp! Ina sepanjang kehamilan nie, tekak terasa je nak makan makanan sejuk.Minuman berais..pendek kata semuanya minuman sejuk.Ermm,, nanti masa berpantang dah tak boleh lagi minum air sejuk-sejuk.Petua mak ina , kena berpantang ais selama setahun kalau nak bagi badan tahan lama.. Ehehehe. Kita ikut jerla. Janji cantik.Hehehe.. Perut pun tak buncit.Itu la best.. badan tak terasa berat.

 

Opss~~ topik dah kelaut nie..., Entri ni nak tulis pasal Line Nigra tu..(ala, garisan yang pada perut masa kita mengandung tu.. cer check perut masing-masing ada ke tak?) Kandungan kedua, baru line nie nampak jelas di perut. Malu rasa bila tengok perut..sepanjang line tu, kelihatan bulu menegak ke bawah..

Jom baca apa itu Line Nigra.

 

 

Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut anda) Linea nigra ialah garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia biasanya muncul sekitar trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan pembesaran bayi anda.


Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit untuk menghilangkan kulit kering. Bahagian-bahagian badan lain seperti puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.

notakaki : Sejak mengetahui kehamilan(dari trimester pertama) lagi ina dah start sapu minyak zaitun di perut.Risau perut pecah.Nanti memang tak cantik.Masa dekat hospital nanti, lagi malu nurse-nurse disana nak check perut kita. Alhamdulillah, perut ina tak pecah langsung,sampai nurse pun tegur,tengok macam ina tak pernah( beranak bila check perut)..kembang laa sekejap..hihihihi.Kandungan 6bulan pun, alhamdulillah, langsung takde gatal-gatal perut.

anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

Bagaimana ingin dapatkan  SET KEHAMILAN
SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

                          Instagram : Stor_vitaminsemulajadi


Friday 16 January 2015

January 16, 2015

WAJAH BERJERAWAT SEMASA MENGANDUNG

 

 

 

 

assalamualaikum..

hai,, hehe.Harini ina tak tau nak buat apa.So, update blog la..Semua kerja rumah sudah beres.Cuma tunggu solat asar je.Sambil-sambil tu, dapat la 2 entri sehari. Sambil tu juga, tangan sebelah lagi ambil order customer.Customer self pickup lepas ofis hour katanya..Seorang anak yang belikan supplemen untuk darah tinggi (ibu). Dan tadi baru sebentar jiran beli supplemen untuk mata (baiki masalah rabun dan untuk isteri tersayang bagi masalah tulang).Alhamdulillah.. rezeki jumaat.

Entri kali ini,berkisahkan masalah kulit
ketika mengandung.. 

 

Bintik-bintik dan jerawat semasa hamil

Kehamilan kadang-kala boleh mencetuskan pertumbuhan jerawat. Tahap hormon yang tinggi boleh menggalakkan penghasilan sebum iaitu minyak yang membuatkan kulit anda anjal. Namun terlalu banyak sebum dihasilkan boleh menyebabkan liang-liang muka tersumbat dan mengakibatkan kulit jadi berminyak dan bintik-bintik hitam terbentuk.


Cucilah muka dengan kerap menggunakan pencuci muka yang lembut, dan gunakan pelembap muka tanpa minyak. Jangan gosok tempat yang berjerawat kerana ini akan membuatkan masalah ini lebih teruk.


Elakkan juga dari menggunakan krim jerawat kecuali atas nasihat doktor. Sesetengah krim seperti ini tidak boleh digunakan semasa hamil. Beberapa minggu selepas bersalin, kulit anda sepatutnya akan kembali kepada keadaan sebelum hamil.


notakaki : 

Kandungan kali ni, kulit ina memang sensitif sangat.Jerawat tumbuh sekitar dahi dan jerawat pasir.Tumbuh atas kepala pun ada..tapi sekarang ina dah selesai masalah ini.Kalau jerawat still keluar, cepat-cepat ina telan VITAMIN C SUSTAINED RELEASE.Telan je malam, esok hari jerawat dah kecut..Yang bestnyer...,vitamin C ni sangat jimat tau.sebotol ada 180 tablet,penggunaan sampai 6bulan iaitu sampai berpantang pun boleh makan.

Bagaimana ingin dapatkan VITAMIN C ATAU   SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

                          Instagram : Stor_vitaminsemulajadi


January 16, 2015

SERI HAMIL

Assalamualaikum.. 

selamat petang jumaat.Anda semua dah baca ke surah Al-Kahfi pada harini? Kalau belum masih sempat lagi nie..Surah Yassin? boleh je nak baca surah yassin hari jumaat,takde masalah pun. Dulu masa zaman ina bekerja dulu, setiap pagi jumaat kami semua dikehendaki berkumpul untuk membaca surah Yassin. Kalau dapat  baca setiap pagi pun lagi bagus,lagi lancar perjalanan seharian..Allah mudahkan jalan kita. 


Okay, entri kali ini.Ina nak sentuh pasal Seri Hamil. Apa yang korang fikir yea bila dengar topik ini?? Emm, dulu masa mengandungkan sara.Muka ina sangat berseri(orang la cakap...bukan ina yea.Hihihihi.Customer yang tegur.) Jom baca seri hamil disebabkan apa.

 

Kulit berseri semasa hamil "Seri" semasa hamil bukan sekadar kata-kata. Ketika hamil, kulit anda menyimpan lebih banyak kelembapan, menjadikannya montok serta menghilangkan garis-garis halus dan kedut yang mungkin ada sebelum ini. Apa yang membuatkan kulit anda cerah bersinar ialah peningkatan tahap darah yang beredar di seluruh badan anda. Ini juga kadang-kala membuatkan anda rasa agak panas.


Malangnya, kesan sampingan daripada ini ialah anda mungkin nampak sembam akibat penahanan air (water retention) dalam badan. Jika anda mempunyai tompok-tompok merah di bahagian muka, ia juga akan kelihatan lebih jelas.


Namun begitu, jangan cuba kurangkan meminum air kerana badan anda memerlukan banyak air. Sebaliknya, berehatlah seberapa kerap yang boleh. Sebarang tompok merah yang ada akan berkurangan selepas anda bersalin. Tetapi jika anda mahu menutupnya, anda boleh cuba gunakan bedak asas yang lembap.


Ingin mencuba SET KEHAMILAN shaklee??

ina akan cadangkan mana satu yang sesuai untuk anda bagi setiap masalah kehamilan yang anda hadapi.


sms / whatsapp 017-9506861


Penghantaran pada setiap hari ke tempat anda (sekitar kuantan)

Thursday 15 January 2015

January 15, 2015

PAPRIK SOTONG

 Assalamualaikum.. selamat petang.

Ini menu tengahari tadi.Paprik sotong..

Paprik nie lain sikit bahan - bahannya daripada paprik ayam.. Kali ini, ina masukkan bawang dalam tumis


jom.. cuba






 PAPRIK SOTONG


3 Ekor sotong
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
6 Tangkai cili Kering
1 Labu bawang Holand
2 sudu Cili sos
2 sudu Sos Tiram
Kicap
Garam
1 batang Serai
 3 helai Daun Limau purut

CARA-CARA :

1. Bawang merah dikisar .
2. Bawang putih di mayang halus.
3. Tumis sekali no 1 dan 2 sehingga kekuningan.
4. Masukkan serai (diketuk) , daun limau purut
5.Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan cili kering, tumis sehingga pecah minyak ( baru sedap )
7. Masukkan cili sos,sos tiram dan kicap..gaulkan
8.Masukkan sotong .Tambah sedikit garam untuk perasa.
9. Apabila kuah pekat, tutup api. Dan sedia dihidangkan.






Notakaki :Apa? Tidak boleh makan seafood? Kesian pula dengar.. tapi sampai bila nak berpantang kan? Orang lain duk melantak seafood (sotong,udang,kerang dan kupang) awak tak makan. Ish-ish.. Meh sini.Ina ada satu  penyelesaian bagi anda yang alahan seafood atau alahan resdung..Ina cadangkan makan SET RESDUNG (kami satu keluarga amalkan SET RESDUNG,alhamdulillah.Menjadi..tak perlu menggaru lagi lepas makan seafood).

Bagi mereka yang mempunyai masalah KOLESTEROL pula, boleh mencuba PHYTOCOL St. Sebelum makan makanan yang kolesterol, ina cadangkan telan siap-siap phytocol nie.Sebab apa, Phytocol nie dia bertindak serta merta menahan Kolesterol dari meresap masuk ke dalam darah kita.


Menu Lain : PAPRIK AYAM




BBagaimana ingin dapatkan produk shaklee

sms / whatsapp 017-9506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari

Wednesday 14 January 2015

January 14, 2015

TESTIMONI set KESUBURAN

nie ina nak bagi testimoni customer yang berjaya hamil.

alhamdulillah,, gembira tak terkira ina bila dapat respon positif dari customer.




alhamdulillah, apabila beliau disahkan hamil 5minggu...terus akak ni register keahlian shaklee tau


yang ni pula, customer mempunyai massalah berat badan.. so..kalau anda ada masalah berat badan. Kena laa turunkan berat dahulu. ( alfalfa +  lecitin + cinch shake )





REZEKI JANGAN DITOLAK,WALAUPUN ANAK MASIH KECIL. TERIMA AJE PEMBERIAN DARI ALLAH SWT.







Sesiapa yang ingin tambah zuriat atau sukar hamil..
boleh la ikhtiar pula dengan supplemen shaklee.

Usaha sudah.. apa kata ikhtiar pula.


                                          PSSST!! ina sendiri pun berjaya hamil dengan mengambil set kesuburan shaklee juga...hihihihi.Sekarang dah preggy 6bulan.Tiada yang mustahil.. kalau sudah izinNya.


                             Bagaimana ingin Order Set Kesuburan


                              sms / whatsapp ke no 017-9506861


                            cod sekitar Kuantan pada setiap hari

 

( setiap masalah, berlainan saranan produk yea... nak ina guide? boleh.. tapi mestilah jadi customer ina. Ini janji ina kepada setiap customer)

January 14, 2015

INJECTION KANCING GIGI

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum

selamat petang, Harini  ina dah kena cucuk kancing gigi semasa kandungan mencecah 25minggu. Huuuuu...untuk pengetahuan korang, bila baby dalam perut je dah start menendang, si ibu dah boleh diberikan suntikan Kancing gigi atau orang panggil Anti Tetanus ATT.

Uii~~ masa nak kena cucuk tu, nurse keluarkan jarum pun ina dah menggigil.Takut pula tetiba.. rasa seram sejuk dibuatnya.Em..,masa jarum masuk ke lengan .. mak aiiii, rasa ngilu jeee.Bila dah siap cucuk, seolah olah jarum tu masih ada (lekat) di lengan..hihihihi. Bayang la macam mana yea? hihihi.  Selepas kena cucuk, rasa kebas je tangan.Bila ina buat kerja-kerja rumah seperti memasak okay.Nie bila duduk saja-saja sambil taip entri , kebas pula..Berat rasa lengan kiri ni.

kecil-kecil cili padi... penangan nya. fuuuhhh.

Pentingnya cucuk kancing gigi( copy paste jer) :-

- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.

- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).

- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.

- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.

- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.

- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.

- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.

- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.

- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.

 

 

Bagaimana ingin dapatkan   SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

                          Instagram : Stor_vitaminsemulajadi


January 14, 2015

checkup 25minggu kehamilan

assalamualaikum dan selamat petang..

harini checkup bulanan bagi ibu mengandung,kandungan ina dah memasuki 25weeks.Ini first time tunggu lama di poliklinik,dari jam 8.15pagi.Sampai je klinik, terus pergi bahagian makmal cek urin dan Hb tidak perlu cek minggu ini kerana baru lagi haritu.Pukul 9.30pagi baru la turn ina dipangggil untuk  masuk ke bilik 15 (bilik ni nurse akan timbang berat badan , cek jantung baby dan mengambil bacaan tekanan darah.Kali ini ina kena cucuk untuk kancing gigi.

Berita gembira...

Al-kisahnya~~


Alhamdulillah~~


Selamat tak kena minum air gula.


31Disember 2014 ..berat 50 Kg.( berat mendadak 4kilo dari berat sepatutnya )


6 Januari 2015 ..berat 51.74kg ( masa refer doc dietician )


14 januari (harini) .. Berat turun kepada 50Kg


Notakaki ::: efek Omega guard bsama vitalea + bcomplex + vitamin C + ostematrix niee..


Sebab ubat klinik mmg sy tak mkan.

 

ni la yang ina ambil tue..



 *Omega guard kandungan trimester kedua bole diambil ( start 4bulan )

 

Bagaimana ingin dapatkan   SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.

SMS / WHATSAPP 017-9506861


cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Instagram : Stor_vitaminsemulajadi

Monday 12 January 2015

January 12, 2015

PEMAKANAN TRIMESTER KEDUA KEHAMILAN

assalamualaikum..

selamat pagi semua, harini hari pertama persekolahan bagi sesi 2005.Sangat sibuk keadaan didepan rumah, maklumlah jalan utama.Depan rumah pula ada tadika, ina pagi-pagi lagi bawa sara(duduk depan pagar rumah jela)tengok family yang hantar anak pergi sekolah. Anak sendiri lambat lagi sekolah, hihihihi.. sara baru je 2 tahun..

Okay, sekarang ni kandungan ina baru memasuki trimester kedua.So, pemakanan pun sudah kena pertingkatkan lagi bagi perkembangan otak janin dan ina sendiri.

Susu


Segelas susu rendah lemak penuh dengan kalsium dan magnesium. Jika anda tidak makan produk tenusu, pilih makanan soya yang ditambah kalsium, seperti dadih soya, taufu dan tempeh.


Mengekalkan bekalan kalsium dalam badan anda semasa kehamilan membantu perkembangan tulang dan gigi bayi anda.

Bagi mereka yang tidak gemarkan @ tidak mampu menelan susu ina cadangkan anda ambil OSTEMATRIX . Ostematrix ialah tablet pengganti susu. Ia gabungan kalsium magnesium.Ostematrix ni penting tau, untuk masalah sembelit kita kena rawat dari awal.Kalau tidak nanti, semasa berpantang akan jadi buasir kalau dibiarkan.


Disyorkan juga pengambilan OSTEMATRIX sejak Trimester Pertama..Dan pengambilan Ostematrix bantu mengelakkan masalah sembelit ketika mengandung dan berpantang.

Sardin bertin


Lecekkan sardin bertin, termasuk tulangnya yang lembut dan boleh dimakan, pada roti mil penuh yang dibakar. Atau campurkan pada spageti dengan sedikit keju Parmesan dan kacang pain untuk zat besi dan magnesium tambahan.
Pilih sardin dalam minyak atau sos tomato. 


Sardin bertin mengandungi kalsium dan juga minyak omega -3 dan magnesium. Minyak omega-3 adalah penting untuk perkembangan otak bayi anda.

((Tapi harus diingatkan, sardin dalam tin tidak elok dimakan kerana kandungan gula dan pengawet yang digunakan ..silap-silap boleh naik gula dalam darah.))


Selain sardin, pengambilan minyak ikan (OMEGA GUARD) dari shaklee amat digalakkan bagi perkembangan otak baby dan juga mampu mengawal kolesterol dan masalah berat  ibu mengandung.



Kentang bakar dengan kacang panggang


Kentang bakar dengan kacang panggang merupakan hidangan yang kaya dengan magnesium, zat besi dan serat. 


Magnesium penting untuk perkembangan tulang dan membantu badan anda untuk menukarkan makanan kepada tenaga. 


Zat besi membantu anda untuk membuat sel-sel darah merah bayi anda yang sedang berkembang.


Jika anda perlukan multivitamin semulajadi, anda boleh gantikan dengan VITALEA.Ia lengkap dengan magnesium zat besi, iron.Juga  mampu Memperbaiki tekanan darah rendah.


Buah-buahan kering


Buah-buahan kering seperti aprikot, kurma dan ara mengandungi kalsium dan zat besi, dan merupakan makanan snek yang sesuai disimpan di dalam meja di pejabat. Atau tambahkan yang dicincang pada dadih rendah lemak.



Baca ini : Set Kehamilan Shaklee


Bagaimana ingin dapatkan  SET kehamilan

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Sunday 11 January 2015

January 11, 2015

PETUA MEMBETULKAN BAYI SONGSANG DALAM KANDUNGAN

Ada sesetengah bayi yang berada dalam kedudukan songsang di dalam rahim ibu. Keadaan ini tidak perlu dibimbangi jika masih berada pada peringkat awal kehamilan. Kedudukan bayi songsang itu lazimya akan berubah ketika kehamilan mencecah usia pertengahan iaitu antara minggu ke-28 hingga minggu ke-32. 


Ikuti 9 cara hindari kelahiran songsang di bawah. Untuk makluman anda, kelahiran songsang akan berlaku sekiranya bayi tidak berpusing ke kedudukan normal dan ia amat berisiko.


 Punca sebenar masalah ini masih belum diketahui tetapi ia sering kali dikaitkan dengan beberapa faktor. 

Antaranya ialah: 


Rahim sudah bersifat anjal akibat kekerapan kelahiran 


Saiz bayi terlalu besar berbanding tulang pinggul anda 


Pernah melahirkan bayi pra-matang di kelahiran terdahulu 


Kekurangan air ketuban Bentuk rahim yang tidak normal


 Mengalami plasenta previa sehingga menutupi laluan untuk bukaan pintu rahim


 Hamil kembar di mana berkemungkinan salah seorang bayi songsang dan mungkin juga kedua-duanya kerana mereka berebut untuk berada di kedudukan yang sepatutnya. 


Istilah songsang bermaksud punggung bayi berada di atas pelvis anda (bawah abdomen) manakala kepalanya pula berada di bahagian atas. 



ECV kaedah membetulkan kedudukan bayi songsang


Terdapat prosedur perubatan yang dilakukan untuk memperbetulkan kedudukan bayi songsang ini yang di sebut External Cephalic Version (ECV).

 Prosedur ini biasanya dilakukan pada minggu ke-36 hingga ke-37 usia kandungan. 

Jika ia dilakukan terlalu awal dikhuatiri kedudukan bayi akan kembali songsang dan jika terlalu lambat akan berlaku kesukaran kerana air ketuban telah berkurangan. 

Peratusan kejayaan ECV adalah 50%. Walaupun begitu, tidak semua wanita hamil yang mengalami masalah bayi songsang boleh menjalani prosedur ini. 

Antaranya ialah air ketuban disahkan berkurangan dan pernah menjalani kelahiran secara caesarean sebelum ini. Walaupun pada keseluruhannya memusingkan kedudukan bayi songsang ini selamat, tetapi masih ada risiko yang mungkin timbul.

 Antaranya ialah kelahiran pramatang, tumpah darah, kematian bayi dalam kandungan atau kecedraan rahim. Disebabkan itulah ramai doktor kurang bersetuju untuk melakukan prosedur ECV ini. 

9 cara yang boleh dilakukan oleh ibu itu sendiri di rumah. Semoga sedikit panduan ini dapat membantu anda memperbetulkan kembali kedudukan bayi kepada kedudukan yang normal. Insha Allah. Selamat mencuba. 


1) Merangkak Luangkan lebih banyak masa berada dalam posisi seperti merangkak. Berada dalam posisi begini graviti dipercayai dapat menarik kepala bayi ke bawah. Cuba ambil sedikit masa untuk lakukannya setiap hari. 

2) Kaedah panas-sejuk Letakkan pek ais pada bahagian atas rahim anda. Manakala di bahagian bawah pula letakkan bekas yang berisi air suam. Bayi akan lebih cenderung untuk bergerak ke arah sumber haba. 

3) Pek ais Letakkan pek ais di atas perut. Lapik perut anda terlebih dahulu. Tujuan penggunaan pek ais ini adalah untuk menimbulkan rasa tidak selesa kepada bayi dan diharapkan bayi akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.

 4) Berendam di kolam renang Konsepnya sama seperti penggunaan pek ais. Tujuannya adalah untuk menggalakkan bayi untuk memusingkan kepalanya ke bawah. 

5) Menyanyi & bercakap Rakamkan suara ibu menyanyi atau bercakap kepada bayi. Pasangkan berulang kali rakaman tersebut menggunakan headphone berdekatan dengan tulang pubik bagi menggalakkan bayi bergerak mendekati suara anda.

 6) Senaman tilt position Kaedah senaman ini sama seperti ketika anda sedang sujud di dalam solat. Oleh itu, ketika melakukan sujud anda sangat digalakkan melakukannya lebih lama daripada biasa. Disamping itu bolehlah berdoa pada Allah S.W.T agar bayi kembali berada pada kedudukan normal. Menurut pendapat pakar, lakukanlah lebih kurang 20 minit sehari kerana kaedah ini akan membantu kedudukan kepala bayi turun ke bahagian yang sepatutnya.

 7) Lampu suluh Penggunaan cahaya daripada lampu suluh dipercayai dapat membantu bayi bergerak ke kedudukan normal. Caranya ialah dengan menghalakan lampu suluh ke bahagian tulang pubik atau bawah pusat. Tujuannya adalah untuk membolehkan bayi bergerak ke arah cahaya.

 8) Pujukan Berbual-buallah dengan bayi anda sambil memujuknya supaya berada pada kedudukan yang betul. 

9) Doa Banyakkan berdoa dan melakukan solat hajat supaya bayi berada di kedudukan normal dan anda boleh melahirkan tanpa komplikasi kelahiran yang lainnya. Suka saya ingatkan di sini semuanya adalah ketentuan dan izin dari-Nya. Sebagai hambanya kita haruslah berusaha dan yakinlah dengan ketetapan dari-Nya adalah yang terbaik untuk kita.


 Semoga ibu-ibu semua selamat melahirkan bayi yang comel dan sihat. 





Baca ini : Set Kehamilan Shaklee

Bagaimana ingin dapatkan  SET kehamilan

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Saturday 10 January 2015

January 10, 2015

petua menaikkan uri bawah

PETUA UNTUK MENAIKKAN URI



Senaman ini boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari iaitu : sewaktu bangun pagi dan sebelum tidur (selepas isya’).


CARA : 

Baring atas katil dengan kaki diangkat ke atas, jika tidak mampu mengangkat kaki, cuba sandarkan ke dinding. Maksudnya kita baring dalam bentuk ‘L’ iaitu kaki disandarkan ke dinding agar tidak jatuh. 

Baring dalam keadaan begini selama mana yang mampu lakukan. Paling penting, jangan memaksa diri sendiri. Kebiasaannya, bagi ibu yang sudah hamil ‘tua’ (trimester ke-tiga), memang agak kurang selesa untuk kita berbaring dalam keadaan begini.


Teknik pernafasan :

 Tarik nafas perlahan-perlahan, sedalam yang mungkin mengikut kemampuan (waktu tarik nafas, pastikan kaki diangkat atas dan disandarkan ke dinding). Dengan menggunakan satu nafas, cuba tahan nafas anda selama yang mampu. .


Cara menarik nafas juga penting, iatu dengan menggunakan perut dan bukan hidung. Maksudnya, bila kita menarik nafas menggunakan perut, kita rasa perut kita naik ke atas sedikit. Lepaskan nafas secara perlahan-lahan, dalam jangakamasa yang sama (lebih kurang sama ketika menahan nafas). Buat senaman dalam 10~15 kali untuk satu sesi senaman.

Ulang senaman selepas bangun pagi, sebelum menunaikan solat subuh atau sebelum matahari terbit.

Selain daripada senaman, cuba berinteraksi dengan bayi dalam kandungan. Pujuk bayi agak pusing ke bawah dan uri biasanya akan naik ke atas mengikut pergerakan bayi. 

Sujud yang agak lama juga dapat membantu menaikkan uri, kerana kedudukan sujud itu sendiri dapat memperbaiki kedudukan rahim ke tempat asal, insya Allah.


DOA UNTUK MENAIKKAN URI 


hendaklah dibaca setiap hari..





semoga berjaya!

January 10, 2015

URI BAWAH @ PLACENTA PREVIA


Bismillahirahmanirrahim


assalamualaikum dan selamat pagi sabtu~~ Entri nie ditulis berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling yang mempunyai masalah uri dibawah iaitu nama lainnya Placenta Previa. Ada kandungan yang boleh dikesan seawal 20minggu dan ada yang awal kehamilan dengan tanda-tanda pendarahan berlaku sepanjang kehamilan. Alhamdulillah...sepanjang kehamilan kedua, ina tiada masalah ini. Walaupun ada mulut-mulut yang mengatakan kehamilan ina kali ini masalah uri dibawah.Sedih tau... emm. Tapi biarlah apa orang nak kata( mulut tempayan boleh la nak ditutup kan?)  Opps~~ Aura negatif niee.. Syuuuuuhhh! pergi jauh-jauh yea.


Jom kita tengok apa itu Placenta Previa..Check it out. 





keadaan uri dibawah


Plasenta previa 

(placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim. 

Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh. 

Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi. 


PERINGKAT PLACENTA PREVIA

Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis

I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina


II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina


III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean


IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean. 


4 jenis Plasenta Previa ( uri bawah )




Apakah tanda-tanda dan gejala plasenta previa?

Gejala yang lazimnya berlaku ialah:

Pendarahan faraj yang tidak sakit.

Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).

Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).

Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound. 

Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:


Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.

Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.

Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.

Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.


Apakah komplikasi plasenta previa?

Bayi akan menghadapi risiko yang lebih besar, oleh itu doktor anda akan melakukan kelahiran lebih awal (selalunya pada minggu ke 38).

Beberapa komplikasi plasenta previa termasuklah:

Pendarahan yang berlebihan selepas kelahiran
Turisan Caesarean akan dibuat pada tempat yang sama dengan kedudukan plasenta previa dalam rahim untuk melahirkan bayi. Ini bermakna, uri atau plasenta tersebut dipotong pada waktu yang sama dengan kelahiran menyebabkan pendarahan bagi kedua-dua ibu dan bayinya. Doktor biasanya akan cuba mengelak dari memotong uri.

Pendarahan berlebihan selepas kelahiran bayi dan uri
Keadaan ini dipanggil pendarahan postpartum. Ini disebabkan kesukaran ibu yang menghidap plasenta previa mengecutkan bahagian bawah rahimnya. Bila ini terjadi pembuluh darah akan terbuka dan berdarah.

Plasenta yang melekat secara abnormal - akreta
Selalunya, uri jenis ini boleh berfungsi secara normal semasa hamil. Walau bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk dipisahkan dari dinding uri, selepas kelahiran, ianya tidak dapat dilakukan. Biasanya, pembedahan histerektomi akan dilakukan kerana kesukaran untuk mengeluarkan uri yang boleh menyebabkan pendarahan.


Apakah ujian yang dilakukan untuk mengesan keadaan ini?
Ujian-ujian yang mungkin dijalankan termasuklah:

Pengimbasan ultrasound

Plasenta previa boleh dikesan melalui penggunaan peralatan ultrasound. Kebanyakan kes dapat dikesan menggunakan teknik ini walaupun di peringkat kehamilan yang lebih awal. Jika uri menutup bahagian bawah rahim semasa 7 bulan mengandung, diagnosis plasenta previa akan dibuat. 


Apa yang perlu saya lakukan jika saya disyaki mendapat plasenta previa

Jika anda mengalami apa-apa bentuk pendarahan, laporkan kepada doktor secepat mungkin. 

Jika didiagnoskan mengalami plasenta previa, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital, kerana pada saat itu pendarahan boleh berlaku secara spontan. 

Rawatan terbaik untuk anda ialah berehat atau berbaring di tempat tidur untuk mengelak pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan. 

Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.


Friday 9 January 2015

January 09, 2015

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan selamat malam..

Ini topik panas bagi ibu hamil.Mana tidaknya, rata-rata ibu mengandung semuanya kerap sakit kepala.Betul tak? Ina sendiri pun kerap sakit kepala.Kalau silap makan sikit. Terlebih garam dan berminyak pun tak boleh.Alhamdulillah, sekarang ina dapat selesaikan masalah ini daripada berlanjutan..Ina kawal makan dan menngambil supplemen.

Okay..jom baca entri ini. 

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamildikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension ketika hamil. Tekanan darah akan sedikit berubah ketika hamil, ini dIsebabkan oleh hormon kehamilan dan progesteron mengendurkan dinding salur darah anda.

 Tekanan darah tinggibagi orang normal ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu hamil tekanan normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Sekiranya tekanan darah melebihi 14o, itu sudah dikategorikan sebagai tinggi.


Tekanan darah tinggi ketika hamil


Bagi ibu – ibu yang mempunyai penyakittekanan darah tinggi ketika hamil, ia boleh menyebabkan berisiko kehilangan bayi, nyawa sendiri dan berat bayi kurang dari bayi yang normal. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil.


1) Mengurangkan Makanan Tinggi Sodium & Makanan Segera.
makanan segera



Tahukan anda penyebab utama tekanan darah tinggi ketika hamil adalah berpunca daripada makanan yang tinggi kandungan sodium natrium. Kebiasaannya makanan segera mengandungi sodium natrium yang tinggi. Maka, pastikan anda tidak mengambil makanan segara dengan lebih kerap.


2) Banyakkan Minum Jus Buah




Amalkan minuman berkhasiat ini pada setiap pagi dan malam. Pastikan buah tersebut segar dan kurangkan gula. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil, ianya juga kaya dengan vitamin. Bukan sahaja bagus untuk ibu yang hamil, malah jus buah juga bagus untuk bayi dalam kandungan.


3) Sayur dan Ulam




Ulam seperti tomato, daun sup dan batang sadari bagus diamalkan setiap hari ketika anda ingin menjamu selera. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil.


4) Air Asam Jawa


asam jawa
Ambil air asam jawa sehari sebanyak 2 kali seminggu. Iaitu siang dan malam. Cara untuk menyediakan air asam jawa ini ialah, ambil air masak 1/2 cawan dan masukkan sedikit pes asam jawa. Selain dapat menurukan tekanan darah tinggi ketika hamil, air asam jawa juga bagus untuk menyejukkan badan, menghilangkan sakit tekak dan batuk.


5) Bersenam



ibu hamil berseman
Membuat senaman ringan bagi mengurangakan tekanan semasa tempoh kehamilan atau tekanan semasa menunggu proses bersalin.


6) Membuat Kerja Dengan Teratur


Keadaan terdesak atau kelam – kabut boleh menyebabkan anda menjadi lebih tertekan. Pastikan tugas harian anda disiapkan dalam keadaan yang tenang. Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja tersebut seorang, maka mintalah bantuan orang yang terdekat. Jangan memaksa diri sehinggakan anda merasa tekanan. Perasaan tertekan atau tekanan kerja akan membuat tekanan darah tinggi ketika hamil menjadi lebih merbahaya.

January 09, 2015

SAKIT GIGI SEMASA MENGANDUNG



Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?

Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.











Sebelum itu kita kena tahu kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi? 





Perubahan hormon 


Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah. 

Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. 

Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. 








Pakar pergigian Klinik Pergigian Dr Anitawati, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.


“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”


Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan bagi masalah ini.



Rawatan gigi




Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. 

Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. 

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga. 




Bagi melegakan kesakitan gigi, ina telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.. semasa trimester pertama kehamilan, gigi sangat sakit.Sampaikan air liur asyik menitis saja.. makan pun tidak selera.sakit sangat,alhamdulillah.Sakit gigi semakin beransur pulih.Sangat cepat ostematrix ni bertindak!



Ostematrix menyediakan: 

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap 

400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka 

400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium




Bagaimana ingin dapatkan Ostematrix DAN SET KEHAMILAN

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 



Thursday 8 January 2015

January 08, 2015

Baby dalam kandungan besar sebab makan Vitamin???

ASSALAMUALAIKUM..
SELAMAT Petang.

soksek soksek dengar org kata makan vitamin semasa mengandung,buat baby besar.Eh,, betul ke ni? Sebelum anda dengar kata orang..baik selidik dulu, bagaimana apa sebabnya buat baby besar.Kesian vitamin jadi mangsa keadaan..ish ish memang tak patut..

Tajuk harini macam gerun je bagi ibu-ibu hamil betul tak?? Dulu ina pun Fikir macam nie jugak. Tapi sangkaan meleset.Bayi besar dalam kandungan disebabkan faktor keturunan dan masalah diabetes je.Okay ..jom baca lebih lanjut entri kali ini.





"Ramai wanita yg salah anggap multivitamin spt obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting utk kesihatan ibu dan utk bina darah utk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber omega3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita."


jadi ibu-ibu hamil diluar sana janganlah takut untuk mengamalkan vitamin/supplemen semasa hamil ye. Baby anda besar bukanlah kerana vitamin yang anda makan. Jom kita lihat antara penyebab bayi besar dari usia kandungan dan cara untuk mengelakkannya.



Antara penyebab bayi besar dari usia kandungan ialah:

Keturunan - ibubapa yang bersaiz besar berkemungkinan melahirkan bayi yang besar

Terlalu banyak kenaikan berat badan ibu semasa hamil

Ibu yang mempunyai tahap gula tinggi semasa hamil - kencing manis



Cara untuk mengelakkan bayi besar dari usia kandungan:

Penjagaan dan pemakanan adalah sangat penting semasa hamil

Kesihatan ibu hamil perlu dipantau setiap bulan

Ibu perlu menjaga pemakanan - kurangkan pengambilan makanan yang tinggi karbohidrat, gula dan berlemak

Merawat sebarang penyakit yang dihidapi ibu seperti kencing manis, darah tinggi etc.

Memantau pertumbuhan bayi setiap bulan



Ibu hamil perlu lebih rajin menjaga pemakanan dan mengamalkan supplemen tambahan kerana semasa hamil ibu-ibu memerlukan nutrien dan khasiat yang lebih dari biasa untuk melahirkan bayi yang sihat dan sempurna. Supplemen yang diambil adalah sangat penting dan mempunyai fungsi-fungsi tertentu. Malahan Dr Hamid mencadangkan agarsupplemen tambahan diamalkan terus-menerus hingga akhir hayat seorang wanita. Jom makan vitamin!!! =)





CADANGAN VITAMIN UNTUK IBU HAMIL / IBU MENGANDUNG



Supplemen Ibu Hamil Shaklee




1. VITA-LEA IRON FORMULA

Diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.

Mengandungi Iron Formula (Zat Besi) yang membantu meningkatkan hemoglobin (HB) ke paras normal semasa hamil bagi ibu yang mempunyai darah rendah. 

Mempunyai sistem penyerapan bioaktif bagi memastikan peningkatan penyerapan asid folik kritikal.

2. B-COMPLEX

Shaklee B-Complex ini dilengkapi kesemua 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh.

Dapat membantu tubuh lebih bertenaga, otak lebih fokus, menstabilkan emosi dan anti stress.

Dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam.

3. VITAMIN C

Shaklee Sustained Release Vita-C unik kerana melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam.

Pengambilan bersama Vita-Lea Iron Formula dapat meningkatkan penyerapan iron dalam.

Vitamin C juga penting untuk meningkatkan sistem imunisasi dan penyembuhan luka.

4. OSTEMATRIX

OsteMatrix mengandungi kalsium, magnesium, vitamin D dan banyak lagi.

Kandungan kalsium di dalam diet harian semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan mempunyai tulang dan gigi yang sihat tanpa menggugat kandungan kalsium sedia ada didalam tubuh anda.

Kalsium dapat membantu menghalang kekejangan otot yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

5. OMEGAGUARD

OmegaGuard Shaklee mengandungi 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, AHA dan lain-lain.

Pengambilan OmegaGuard bagi ibu hamil hanya dibenarkan selepas bulan ke-4 (trimester 2).

Pengambilan OmegaGuard sewaktu hamil dapat membantu pembentukan sel otak janin sejak dalam kandungan lagi.

Anak-anak yang ibunya mengamalkan Omega-3 sejak hamil mempunyai nilai yang lebih tinggi pada koordinasi mata dan tangan dan kemampuan berbicara.




Bagaimana ingin dapatkan SET KEHAMILAN

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy