Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 9 January 2015

SAKIT GIGI SEMASA MENGANDUNG



Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?

Walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif.











Sebelum itu kita kena tahu kenapa ibu hamil mudah mendapat sakit gigi? 





Perubahan hormon 


Bertambahnya pengaliran darah dalam badan ibu mengandung mengakibatkan gusi bengkak, menjadi sensitif dan berdarah. 

Peningkatan hormon estrogen sewaktu kehamilan adalah antara penyebab gusi yang di dalamnya terdapat pembuluh darah lebih mudah bengkak. 

Rasa mual dan muntah di pagi hari yang meningkatkan tahap keasidan mulut juga mampu menyumbang masalah gusi dan gigi berdarah. 








Pakar pergigian Klinik Pergigian Dr Anitawati, berkata bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.


“Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X.”


Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan bagi masalah ini.



Rawatan gigi




Sekiranya menghadapi masalah gigi seperti gigi berlubang sebaiknya ibu hamil berjumpa dengan doktor gigi. Namun sebelum doktor melakukan pemeriksaan atau rawatan jelaskan bahawa anda sedang hamil. Keadaan ini untuk mengelakkan tidak melakukan pemeriksaan yang boleh menganggu kehamilan seperti penggunaan sinar-x. 

Selain itu pemberian ubat pada wanita hamil juga perlu diberi perhatian. Penting diketahui banyak ubat yang tidak dapat diberikan kepada wanita hamil kerana ditakuti memberi kesan buruk terhadap janin yang dikandung. 

Sekiranya doktor mengambil tindakan radikal seperti mencabut gigi, ia mungkin dilakukan setelah membuat pertimbangan yang wajar dan matang. Ini kerana ubat bius yang diberikan mampu mempengaruhi kontraksi rahim. Itulah sebabnya doktor tidak akan melakukan tindakan bersifat pembedahan ketika kehamilan terutama pada trimester pertama dan ketiga. 




Bagi melegakan kesakitan gigi, ina telah mengamalkan Ostematrix Shaklee.. semasa trimester pertama kehamilan, gigi sangat sakit.Sampaikan air liur asyik menitis saja.. makan pun tidak selera.sakit sangat,alhamdulillah.Sakit gigi semakin beransur pulih.Sangat cepat ostematrix ni bertindak!



Ostematrix menyediakan: 

1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap 

400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka 

400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium




Bagaimana ingin dapatkan Ostematrix DAN SET KEHAMILAN

SMS / WHATSAPP 017-9506861

cod sekitar KUANTAN pada setiap hari

postage ke seluruh malaysia

Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 



No comments:

Post a Comment