Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Sunday 31 January 2016

January 31, 2016

10 PANTANG LARANG : MAKANAN IBU HAMIL




10 MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA HAMIL




1) KEJU LEMBUT

Keju lembut yg diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu & bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok2nya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur")




2) DAGING MENTAH ATAU SEPARUH MASAK

Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas & telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F untuk hamburger, dan 165° F untuk ayam.




3) BERHATI-HATI DENGAN JUS BUAH-BUAHAN

Jus buah-buahan memang sedap diminum & terkenal kerana berkhasiat. Tapi harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e. coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.




4) SUSHI

Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9bulan! (Sayonara sushi...sob sobb) .Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna.







5) ADUNAN TEPUNG MENTAH

Sometimes kita sering curi-curi cubit & makan adunan tepung bila membuat biskut atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar....ia mengundang bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa/makan ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu & bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk!







6) SALAD DRESSING

Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).



7) TIRAMISU

Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah. Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".




IKAN BERMERKURI TINGGI

Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12auns seminggu. Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia, berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit :




(a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)

Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).




(b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)

Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.




9) DAGING YANG DIPROSES (DELI MEATS)

Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria.

Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah ye!




10) KEKACANG

Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhanaman .


Okay.. sekian tips petang ini. Hati-hati tau ibu mengandung.., jaga la sebaiknya kandungan tu. jangan menyesal macam aii dolu. Bleeding.. hihiihi..mungkin kandungan pertama lain.. kandungan seterusnya mungkin tidak sama yaa

assalamualaikum..

Saturday 30 January 2016

January 30, 2016

HASIL TANGKAPAN...si Penjual Dexandra

DExandra
selepas dinner semalam..,sempatla singgah Car booth Sale di depan UTC kuantan.Ehehe aii memang suka p sana. Cuci - cuci mata. Memang setiap minggu p sana. Car booth ni setiap jumaat sahaja.. (Sabtu ahad ada pasar pagi di tapak depan UTC). Happening giler la malam-malam sekarang nie. Selain di Teluk cempedak(Tc)..

Oh ya, tajuk entri ni kan. Aii tak sangka nak membeli sebenarnya,memang tak sangka. Puas pusing-pusing, si sara dapat kasut (si abahnya belanja).Aii tetiba nampak orang duk juai perfume ni haa.. Dexandra. Sampai kat booth tu, aii jadi kaku. Dalam kepala blur teruss. tatau nak beli hat mana haa. Dah banyak sangat, aii sendiri rambang mata dah..tambahan pula penjual tu duk promote sakan Okeyy. Yang ini, yang itu.. lastnya budak lelaki ( ohhh.. tua sangat la aii ni kan.) dia cita, "Kak, perfume nie harga dia RIBU RIBAN kalau ORIGINAL..Isteri APEX pemain  bola pakai kak" aiii???? ketaq ketaq lutut dengar ribu.. pastu aii pun nak la cuba. Test spray sikit jee. Wahh!! memang tepat selera aii tau. Bau keras.. memang aii berminat.Terus GRAB 1 laaaa.Lama la jugak duk kat booth..15-20minit.hemmm..Cik hubby la mesin ATM aii. hikhiks..


nampak tak kat disitu.. macammana marketing
bagus kan marketing diaa??
ni Dexandra latest katanya.. Bond 9.

thanks adik penjual perfume.. aii memang suka bond 9.Memenuhi citarasa...



Friday 29 January 2016

January 29, 2016

INFO : 11 Tanda Awal Kehamilan

Semua wanita excited kan bila saat saat yang ditunggu tiba. Tapi kan, betul ke aku ni preggy? betul ke? Dah la tak larat nak percaya lagi nie semua. Ada yang kata, kemungkinan mainan hormon selepas berkahwin.Ye dak??  Haiss..nak p klinik? malu aiih kalau takda isi.. Isi lain ada lerr.heee.. Mak mertua dan mak pun duk berharap sungguh sungguh nie kalau tau macam nie. 

Haa..,apa kata.. korang baca entri sampai habis dulu .. lepastu dah sahih, baru la p farmasi beli Upt test. Nak lagi sahih.. p spital cek. Rekmen O & G kalau kes kehamilan. Sebab mngikut pengalaman aii, klinik biasa memang takkan dapat detect awal kehamilan ni.Iya aii da pernah berlaku.. doktor suspek gastrik kott..

Baca ni..




tanda awal kehamilan,mengandung



1. PAYUDARA BENGKAK dan LEMBUT

~ Terasa sangat nyeri pada payudara awal kehamilan.Ketika ini, payudara akan mengisi dan berubah bentuk untuk penghasilan susu ibu.
~ Payudara lembut dan sensitif .Mengikut pakar laktasi Teresa Pitman berkata bukan semua orang akan mengalami keadaan sebegini. Tanda lain ialah aerola bwarna kehitaman atau gelap.

2. PERUBAHAN PADA BENTUK TUBUH BADAN

~Bukan setakat perut.Malahan Peha, pinggul dan dada turut mengalami pembengkakan.

3.  KERAP BUANG AIR KECIL / SEMBELIT

~ JANIN yang membesar dalam rahim akan menekan kandungan sehingga kerap berasa ingin membuang air kecil.


4. MUDAH KEPENATAN

~ Memang akan cepat berasa letih.Korang akan berasa nak baring aje. 
~ Terjadi disebabkan peningkatan hormon progesteron sering dikaitkan dengan perubahan ini .( badan sedang menyesuaikan kehadiran orang baru didalam rahim)

5.  MUAL (MORNING SICKNESS)

~ Gejala paling umum..
~ Berlaku disebabkan peningkatan hormon HCG ( human Chorionic Gonadotropin) .
~ kesan pedih pada perut hingga menimbulkan rasa mual ( trimester ke 2 kehamilan, aii baru hilang mual .. tak kira siang malam asyik mual )

6. MISS PERIOD 

~ Tanda yang paling jelas adalah haid terlambat.
~ Tapi bukan semua haid lambat menandakan korang hamil yaa( mungkin disebabkan faktor stress, diet atau gangguan hormon) 
~ Tanda lain : wanita kemungkinan akan mengalami haid yang sedikit.

7. PERUBAHAN EMOSI 

~  Wanita mengandung memang akan kerap berubah emosi ( gembira, sedih, mudah marah )
 ~ Berlaku disebabkan perubahan hormon secara drastik. ( badan korang sedang menyesuaikan kehadiran orang baru.

8. KEKEJANGAN PERUT

~ Berlaku secara teratur..kemungkinan akan kejang sehingga ke betis ( pengalaman aii sendiri )
~ berlaku sehingga ke trimester kedua kehamilan

9.  TITISAN DARAH (spotting)

~ Biasa berlaku sebelum haid.biasa terjadi hari ke 8-10 hari selepas ovulasi ( macam  aii selepas haid terjadi hanya 3hari).
~spotting akan berlaku disebabkan penempelan embrio pada dinding rahim.

10. SAKIT KEPALA

~ Sakit kepala yang luar biasa.. ( nak tengok skrin laptop pun pening.. dan contoh lain aii rasa macan nak runtuh  dinding tu semua)
~ berlaku disebabkan rasa letih, tekanan darah rendah dan lapar.

11. SEMBELIT 

~ Akibat peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot rahim dan otot dinding usus yang menyebabkan sembelit
  
( jika berlaku sembelit, seeloknya korang ambil kalsium bagi mengatasi masalah tersebut dan jika dibiarkan akan terjadinya buasir semasa mengandung )




Demikian hasil perkongsian dari aii.. 

hem.. aii sekarang nie dikelilingi oleh ramai ibu mengandung tau. Harap aii pun terkena tempias mereka. Ihikss..Biasanya macam tu la. Dulu kan, sebelum aii mengandungkan soffea.. kerap jumpa baby ( bukan orang buang baby laa.. ) lepastu terbau bau haaa. Instinct ibu kot.. ceeewah! 

Yang dah ada kesemua tanda tanda tu.. p lekaih beli UPT ( erkk..,yang ni ada yang tanya aii..nak beli kat mana. macam mana rupa, macam mana nak gunakan.. hat tu korang p je farmasi. Tanya di kaunter yaa. Dorang tau semua tuu)


Thursday 28 January 2016

January 28, 2016

7 PETANDA ANDA MUNGKIN MEMPUNYAI KANSER

Haa.. scary tak tajuk ENTRI kali ni? aii scary weii. sanggup aii p labur duit beli supplement untuk mencegah ni kan. Aii memang takde Kanser, tapi aii pasaang perisai dulu..tehehehe..rela aii laki bini ikat perut nak membeli supplement kami seisi keluarga.Kalau dah sakit, lagi mahaii weii nilai nya.


Berbalik kepada tajuk UTAMA.. hee. ni TANDA - TANDA Kanser ya..


  7 tanda Kanser anda patut ambil peduli


1. KESUKARAN BERNAFAS ATAU TERMENGAH MENGAH KETIKA BERNAFAS

~Salah satu tanda pertama KANSER PARU-PARU. Pesakit akan merasa mengah ketika bernafas atau ketika berjalan pun walaupun sedikit.( tak jogging pun boleh mengah. yang ni hati-hati ya)


2. BATUK KRONIK ATAU SAKIT DADA

~Beberapa jenis Kanser termasuklah Leukimia dan Tumor paru-paru boleh menyebabkan gejala gejala yang hampir sama dengan batuk teruk atau bronkitis.
~ Tanda lain ialah pesakit kanser paru-paru berkata sakit dada mereka akan naik sehingga ke bahu atau ke bawah lengan.

3. DEMAM YANG KERAP ATAU MENGALAMI JANGKITAN

~ Salah satu tanda pesakit LEUKIMIA..Iaitu kanser pada sel sel darah yang bermula dalam tulang sum sum.
~Kebiasaanya pesakit ini dapat dikesan apabila orang dewasa demam dan gejala lain seperti selsema yang panjang.

4. KESUKARAN MENELAN MAKANAN 

~ Berkait rapat dengan KANSER TEKAK
~Juga merupakan tanda tanda seseorang itu menghidap kanser paru-paru.


5. NODUS LIMFA BENGKAK, BENJOLAN PADA LEHER, KETIAK DAN PANGKAL PEHA

~ Pembesaran nodus limfa menunjukkan perubahan yang berlaku pada sistem limfatik.
~ Benjolan pada nofus limfa pada bawah ketiak kadangkala petanda kepada penyakit kanser payudara.


6. LEBAM MELAMPAU ATAU PENDARAHAN YANG TIDAK BERHENTI



~Jika perkara begini berlaku, ini adalah perubahan tidak normal brlaku terhadap platlet dan sel sel darah merah .Dan ini adalah tanda tanda anda pesakit leukimia.

~ Lebam lebam luarbiasa berlaku pada jari, dan tangan serta tompok - tompok merah pada muka ,leher dan dada.

~ Pendarahan vagina, haid yang abnormal ( melebihi 2minggu dan tiada tanda untuk berhenti)


7. LEMAH DAN LESU

~ mengalami keletihan melampau, walaupun anda tidur yang mencukupi. Keletihan anda masih tidak berubah. Segeralah berjumpa dengan doktor segera.


next entri aii akan sambung tanda tanda lain KANSER

okay.., bagi mereka yang ingin dapatkan VIVIX, bolehlah menghubungi aii di 017-9506861 whatsapp/telegram


bagaimana VIVIX bertindak dalam melawan kanser..klik SINI

Wednesday 27 January 2016

January 27, 2016

Nuffnang: Sikit-sikit lama lama jadi bukit

Selamat pagi..

Dari pagi duk pegang laptop, lastnye update pakai henset ajo.Melayankan my baby soffea. Aii  bangun pagi bebuta,dia pun bangun.Maka sempat tengok gmail ,facebbok,instgram sekali pandang. Memang sad iss.. blog tak update. Double check emel,oh..alangkah terkejutnya. Aii dapat Kempen Dari Nuffnang Cost Per Click.


 Aii  dapat Iklan sebab blog nie aktif.. alhamdulillah! Malangnya Iklan tu non halal pula dah.. tapi buatkan aii gembira sebab pihak publisher nampak akan kewujudan blog tak seberapa nie. Last aii aktif tahun nuffnang 2014, bulan januari baru nampak tabung nuffnang dah semakin naik earning. wow wow! Now,aii semakin bersemangat Nak berblogging. Maybe bole jadi pendapatan ke-2 aii selain shaklee.. ehehehe.




Bercakap pasal kempen Iklan nie, bloggers akan dibayar jika ada yang klik kempen. (Contohnya: MARIGOLD ada kempen di blog kita, n jika blog kita unique Visit ramai..lagi la banyak bayaran yang masuk.Ada yang klik,lagi la masyukk! )

 Setakat nie saje Yang aii paham.. ehehe.

 Okay, kalau ada pemahaman aii  salah.Otai blogger, silalah tegur ya.

 I'm newbie dalam nuffnang..


Monday 25 January 2016

January 25, 2016

Bila SuAMIKu mengemas...

Adoiiii... Mak!
Cuba tengok tajuk entri. Meletup letup api kemarahanku.1 Kali dah buang pencuci muka aii,mentang-mentanglah secoet yang TINGgAL. Aii memang suka simpan botol-botol segala Vitamin Dan pencuci muka (enfuselle) ..kalau nak tau.hihihi.Bagi aii mengumpul benda-benda macam tu da jadi tabiat.Sayangg sangat nak buang tau.Harini pula,cik hubby p buang Vitamin E ..adoiiii,stress tau.Vitamin tu cukup  stok Untuk 2minggu lag I..um um.



Vitamin E tu 4bulan tahan tau,aii beli masa promo. Tujuannya Nak hilangkan jeragat, kuatkan jantung, dan  Nak juga cantikkan Kulit. Even umo dah menginjak 29tahun.. kena laa makan lebih supplement. hihihi.. Oh ya,kaum lelaki pun boleh makan tau. Jika untuk kesuburan sangat bagus sebab dapat memekatkan serta menambah sperma kaum lelaki. Tenaga pun extra. Takdelah lemau! Dan satu lagi aii makan untuk kuatkan rahim juga, prepare until kehamilan seterusnya. Teeet! Hahahaha.. anak baru 9bulan,mengada ngada ya.. Selain makan,aii sapu juga pada parut. Vitamin E sangat bagus menangani segala jenis parut sebenarnya. Parut chickenpox boleh hilang tau,2 minggu saja. Janji konsisten makan.Insyallah...






Pencuci muka Aii... enfuselle. Aii sayang sangat sangat tau dak. Botol macam produk international kauu! Kesan pun setanding skII. Pencuci tu ai  beli masa tahun 2014 lagi yerr,bulan 10. Bayangkan Dari bulan 10 2014, lama mana. Dahlah pekat! Tu Yang tahan lama..liquid.Pakai skit Je,buihnya Mak aiih.Lepas cuci,Kulit rasa bersih..ringan .Tegang.. apa yang lagi best..semasa cucian mekap tu semua hilang terus.
Tak perlu lap muka dengan remover ..pakai enfuselle pun jadi ..(suggestion bagi mereka yang mempunyai bajet duit)

Emm..nampak gayanya.. this month aii kena leburkan sedikit duit untuk Kulit daan kesihatan. Sadis tau!







Oh ya,pencuci muka tu ada 2jenis.. enfuselle (Kulit kering Dan Kulit normal) aii beli khasuntuk Kulit berminyak.













Okay.. kalau korang ada pape pertanyaan sila whatsapp @ telegram 017-9506861





Cod sekitaar kuantan.

 Postage ke seluruh Malaysia setiap hari.




















































































Friday 22 January 2016

January 22, 2016

Vivix bakal berakhir 8Hari lagi

Vivix twinpack8 hari Saja lagi.. PROMO Vivix.
bukan sahaja utk masalah kesihatan.

Yang SIHAT pon boleh amalkan Vivix nieee..

boleh Mencegah pelbagai penyakit dgn izin Allah.. kecuali MATI.

iya la,donia semakin Modern.. pelbagai makanan Yang tinggi kolesterol Dan cara hidup tidak sihat serta pelbagai tekanan hidup yg melanda ( saya rasa orang sihat pun boleh jadi SAKIT ...tehehehe )

disamping itu..,bagi yg ingin melambatkan Proses PENUAAN boleh juga mengamalkan Vivix .

psst: alaaa, Nak kurangkan kedutan diwajah .. ehem,silap-silap rambut punn boleh jadi hitam nau.

Oh ya,satu lagi kaan... bagi mereka yg ingin tambah ZURIAT,SUAMI amnya.. kena makan Vivix nie bagi memperbaiki keadaan Sperma. Peratus kecil keguguran juga disebabkan kaum Suami..hat nie jangan tak tau haaa.Katakan Si Suami ada keturunan KANSER,boleh dibaiki tau. Maksudnya disini,si Anak tiada mewarisi sakit itu.Wallahualam...sebab salah satu Khasiat VIVIX ialah dapat memperbaiki DNA

ina 017-9506861
sid anda












































































Thursday 21 January 2016

January 21, 2016

TIADA lagi Post bergambar..Sadis

Sampai berpinar pinar mata weiiii...
 Bukan sebab bonus shaklee...tehehehe.

Pinar sebab,puas digodek blog nie.. pasaipa takboleh upload a gambar.Bengkak smpai urat urat atas mata nie.Puas sudah duk  Google kenapa jadi camni. Adudududu..Eh,bukan setakat blog aje yang gagal ntuk  mengupload..Facebook pun gagal.



 Adakah LENOVO mintak ganti yang baru???em..ina hanya selesa sang at update menggunakan via henfon. Blog, fesbuk,instagram,duk mengedit semua laa.

Adehhhh...Nak suruh pakar IT,kang jadi CCTV pulak dahh henfon nie. ekekekeke

 PS: Cik hubby laa aka pakar CCTV..

Oh...ya,orang sekitar kuantan yang Nak pasang CCTV ke,alarm rumah atau
Premis kedai boleh hubungi 013-9331855


Saturday 16 January 2016

January 16, 2016

Elak kanser dari berulang

assalamualaikum dan selamat malam.. ni sudah 2kali taip entri pakai handphone. Harap kali ke 2, tak hang la kau..ehem.Ni pinjam sat handphone cik hubby kita.

Entri kali ni bukanlah nak menceritakan handphone mana bagus ya.

Okay,berbalik pada status entri .. sejak kelmarin lagi seorang customer whatsapp bertanyakan pasal masalah cyst adiknya. Cyst berukuran 2cm di perut,adiknya kini berumur 23tahun. Apa yang paling ditakutkan ialah kakak si A sangat sangat risau jika cyst itu berubah kepada kanser mengenangkan arwah ayah nya meninggal disebabkan kanser hati dan ibunya juga meninggal sebab strok selama 2tahun dan menyebabkan ibu nya terlantar selama 2tahun dikatil dan juga mengalami kegagalan buah pinggang.

Jadi,kakak A taknak kisah lama berulang.. iya,mati itu pasti,tetapi berkenaan kanser kita bolehlah ikhtiar..

Dalam kes ini,ina mencadangkan mengambil vivix bersama gla complex bagi merencatkan pertumbuhan sel kanser , virus dan bakteria dari terus menyerang.

Bagi yg ingin membuat tempahan
sila whatsapp @ hubungi ina 0179506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari
pengeposan ke seluruh malaysia