Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Sunday 31 January 2016

10 PANTANG LARANG : MAKANAN IBU HAMIL




10 MAKANAN & MINUMAN YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA HAMIL




1) KEJU LEMBUT

Keju lembut yg diperbuat dari susu yang tidak dipasteur boleh membiakkan bakteria listeria yang merbahaya kepada ibu & bayi yang dikandung. Listeria mampu menyeberangi uri, menjangkiti bayi dalam kandungan dan seterusnya membawa kepada jangkitan atau keracunan makanan yang boleh membawa maut. Seelok2nya, elak jenis keju seperti brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur")




2) DAGING MENTAH ATAU SEPARUH MASAK

Daging mentah atau separuh masak mengandungi bakteria toxoplasma dan pelbagai jenis bakteria lain. Bila makan diluar, pastikan menu daging anda betul-betul panas & telah dimasak sempurna. Begitu juga di rumah, pastikan masakan anda dimasak pada suhu 145° F utk daging, 160° F untuk hamburger, dan 165° F untuk ayam.




3) BERHATI-HATI DENGAN JUS BUAH-BUAHAN

Jus buah-buahan memang sedap diminum & terkenal kerana berkhasiat. Tapi harus waspada dengan jus buah-buahan yang diperah (terutama digerai-gerai makan atau restoran) kerana minuman tersebut tidak dipasteur untuk melindungi dari bakteria salmonella dan e. coli. Anda tidak pasti kebersihan peralatan yang digunakan untuk membuat jus tersebut bukan? Seelok-eloknya buat sendiri di rumah.




4) SUSHI

Maaf kepada peminat sushi, anda perlu 'berpantang' dari sushi selama 9bulan! (Sayonara sushi...sob sobb) .Walaupun makanan laut adalah sumber yang bagus untuk protein, namun ia juga boleh mengandungi bakteria dan parasit yang merbahaya. FDA (Food and Drug Administration US) menggalakkan wanita hamil makan ikan dan makanan laut yang telah dimasak sempurna.







5) ADUNAN TEPUNG MENTAH

Sometimes kita sering curi-curi cubit & makan adunan tepung bila membuat biskut atau kuih di dapur. Tanpa kita sedar....ia mengundang bahaya. Sekiranya adunan tersebut mengandungi telur mentah, walaupun sedikit adunan yang kita rasa/makan ia boleh membahayakan atau berisiko kepada ibu & bayi kerana telur mentah mungkin mengandungi bakteria salmonella. Bakteria ini juga mampu menyebabkan keracunan makanan yang teruk!







6) SALAD DRESSING

Telur mentah juga terkandung dalam sos dan dressing yang dibuat di rumah (homemade). Pilih sos atau dressing yang dibeli di kedai (yang diperbuat dari telur yang telah dipasteur).



7) TIRAMISU

Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah. Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".




IKAN BERMERKURI TINGGI

Ikan memang sumber protein yang tinggi. Namun ia boleh menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. FDA mencadangkan saiz hidangan sajian ikan terhad kepada 12auns seminggu. Berdasarkan kajian oleh P.Hajeb dan S.Jinap - Mercury Exposure Through Fish and Seafood Consumption in the Rural and Urban Coastal Communities of Peninsular Malaysia, berikut adalah ikan yang perlu dihindari atau diambil dalam kuantiti yang sedikit :




(a) IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDERHANA (mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm)

Jenis ikan ini masih boleh diambil 6x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan trout laut (weakfish).




(b) IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm)

Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3x atau kurang dalam tempoh 1 bulan. Jenis ikan : ikan kerapu, makarel dari sepanyol, tuna kuning, sea bass dan bluefish.




9) DAGING YANG DIPROSES (DELI MEATS)

Berlainan dengan kuman dan bakteria lain, listeria boleh membiak pada suhu sejuk (di dalam peti sejuk). Oleh sebab itu, ibu hamil harus elak memakan daging yang diproses (deli meats) seperti ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog. Kebanyakan orang tidak mengalami apa-apa masalah apabila termakan makanan yang tercemar dengan listeria.

Tetapi, ia berbeza bagi ibu mengandung yang 20 kali lebih berisiko kepada penyakit berbahaya. Dan bayi dalam kandungan mendapat kesan jangkitan yang lebih teruk berbanding ibu iaitu risiko keguguran, kelahiran pramatang atau kematian. Namun anda boleh memakannya dengan masak secara sempurna (betul-betul panas) dan terus memakannya sejurus selepas dimasak. Tapi seelok-eloknya elakkan lah ye!




10) KEKACANG

Jika anda, suami anda atau mana-mana anak-anak anda yang lain (jika ada), mempunyai sejarah alahan seperti demam alergi, asma atau ekzema, mengelakkan kekacang semasa kehamilan dan penyusuan boleh mengurangkan peluang bayi anda untuk mendapat alahan kekacang yang serius. Sekiranya tiada sebarang alahan, kekacang boleh dimakan dalam kuantiti yang sederhanaman .


Okay.. sekian tips petang ini. Hati-hati tau ibu mengandung.., jaga la sebaiknya kandungan tu. jangan menyesal macam aii dolu. Bleeding.. hihiihi..mungkin kandungan pertama lain.. kandungan seterusnya mungkin tidak sama yaa

assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment