Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 29 January 2016

INFO : 11 Tanda Awal Kehamilan

Semua wanita excited kan bila saat saat yang ditunggu tiba. Tapi kan, betul ke aku ni preggy? betul ke? Dah la tak larat nak percaya lagi nie semua. Ada yang kata, kemungkinan mainan hormon selepas berkahwin.Ye dak??  Haiss..nak p klinik? malu aiih kalau takda isi.. Isi lain ada lerr.heee.. Mak mertua dan mak pun duk berharap sungguh sungguh nie kalau tau macam nie. 

Haa..,apa kata.. korang baca entri sampai habis dulu .. lepastu dah sahih, baru la p farmasi beli Upt test. Nak lagi sahih.. p spital cek. Rekmen O & G kalau kes kehamilan. Sebab mngikut pengalaman aii, klinik biasa memang takkan dapat detect awal kehamilan ni.Iya aii da pernah berlaku.. doktor suspek gastrik kott..

Baca ni..




tanda awal kehamilan,mengandung



1. PAYUDARA BENGKAK dan LEMBUT

~ Terasa sangat nyeri pada payudara awal kehamilan.Ketika ini, payudara akan mengisi dan berubah bentuk untuk penghasilan susu ibu.
~ Payudara lembut dan sensitif .Mengikut pakar laktasi Teresa Pitman berkata bukan semua orang akan mengalami keadaan sebegini. Tanda lain ialah aerola bwarna kehitaman atau gelap.

2. PERUBAHAN PADA BENTUK TUBUH BADAN

~Bukan setakat perut.Malahan Peha, pinggul dan dada turut mengalami pembengkakan.

3.  KERAP BUANG AIR KECIL / SEMBELIT

~ JANIN yang membesar dalam rahim akan menekan kandungan sehingga kerap berasa ingin membuang air kecil.


4. MUDAH KEPENATAN

~ Memang akan cepat berasa letih.Korang akan berasa nak baring aje. 
~ Terjadi disebabkan peningkatan hormon progesteron sering dikaitkan dengan perubahan ini .( badan sedang menyesuaikan kehadiran orang baru didalam rahim)

5.  MUAL (MORNING SICKNESS)

~ Gejala paling umum..
~ Berlaku disebabkan peningkatan hormon HCG ( human Chorionic Gonadotropin) .
~ kesan pedih pada perut hingga menimbulkan rasa mual ( trimester ke 2 kehamilan, aii baru hilang mual .. tak kira siang malam asyik mual )

6. MISS PERIOD 

~ Tanda yang paling jelas adalah haid terlambat.
~ Tapi bukan semua haid lambat menandakan korang hamil yaa( mungkin disebabkan faktor stress, diet atau gangguan hormon) 
~ Tanda lain : wanita kemungkinan akan mengalami haid yang sedikit.

7. PERUBAHAN EMOSI 

~  Wanita mengandung memang akan kerap berubah emosi ( gembira, sedih, mudah marah )
 ~ Berlaku disebabkan perubahan hormon secara drastik. ( badan korang sedang menyesuaikan kehadiran orang baru.

8. KEKEJANGAN PERUT

~ Berlaku secara teratur..kemungkinan akan kejang sehingga ke betis ( pengalaman aii sendiri )
~ berlaku sehingga ke trimester kedua kehamilan

9.  TITISAN DARAH (spotting)

~ Biasa berlaku sebelum haid.biasa terjadi hari ke 8-10 hari selepas ovulasi ( macam  aii selepas haid terjadi hanya 3hari).
~spotting akan berlaku disebabkan penempelan embrio pada dinding rahim.

10. SAKIT KEPALA

~ Sakit kepala yang luar biasa.. ( nak tengok skrin laptop pun pening.. dan contoh lain aii rasa macan nak runtuh  dinding tu semua)
~ berlaku disebabkan rasa letih, tekanan darah rendah dan lapar.

11. SEMBELIT 

~ Akibat peningkatan hormon progesteron yang mengendurkan otot-otot rahim dan otot dinding usus yang menyebabkan sembelit
  
( jika berlaku sembelit, seeloknya korang ambil kalsium bagi mengatasi masalah tersebut dan jika dibiarkan akan terjadinya buasir semasa mengandung )




Demikian hasil perkongsian dari aii.. 

hem.. aii sekarang nie dikelilingi oleh ramai ibu mengandung tau. Harap aii pun terkena tempias mereka. Ihikss..Biasanya macam tu la. Dulu kan, sebelum aii mengandungkan soffea.. kerap jumpa baby ( bukan orang buang baby laa.. ) lepastu terbau bau haaa. Instinct ibu kot.. ceeewah! 

Yang dah ada kesemua tanda tanda tu.. p lekaih beli UPT ( erkk..,yang ni ada yang tanya aii..nak beli kat mana. macam mana rupa, macam mana nak gunakan.. hat tu korang p je farmasi. Tanya di kaunter yaa. Dorang tau semua tuu)


No comments:

Post a Comment