Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Tuesday 30 December 2014

December 30, 2014

tanda - tanda Buasir

assalamualaikum dan selamat petang.. dari semalam duk fikir kesian bagi mereka yang mempunyai masalah buasir nie. (sebab teringat kawan yang ada masalah buasir ni lah, mana tidak kesiannya.. masa zaman sekolah dulu.. dia siap terpaksa bercuti panjang sebab masalah buasir.. Pergi hospital check. Doktor masukkan sesuatu alat melalui dubur untuk pantau dalaman.. ya allah,bayangkn betapa sakit)..



okay-okay..jom kita tengok apa itu buasir dan cara tangani macamana yea..




apa itu buasir?

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak. Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir.


Jenis-jenis Buasir


Buasir dalaman


1. buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum.


2. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. 


3. titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.


Buasir Luaran


1. Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. 


2.Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.






{ 4 Peringkat Tahap keseriusan Buasir }


TAHAP 1:
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.


TAHAP 2 :
Disebabkan pergerakan usus,bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam saluran dubur.


TAHAP 3 :
Keadaan yg sama seperti Tahap 2, tetapi bengkak tersebut hanya akan berada di dalam setelah ditolak masuk dalam secara fizikal.


TAHAP 4 :
Darah pekat keluar menyebabkan rasa sakit dan susah utk meneran .Buasir akan berada diluar kawasan dubur.



[ FAKTOR dan PENYEBAB BUASIR ]


Regangan yg melampau ketika pergerakan usus @ ketika sembelit.
cirit Birit yang kronik.


kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.


Mengandung atau Bersalin.


awas! Ibu hamil.. 


Buasir sering juga terjadi kepada ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar didalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga mnyebabkan buasir



[ TANDA TANDA BUASIR ]


rasa sakit yang berdenyut denyut.

pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.

Darah menitis dan tersembur keluar dari dubur.

Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit boleh mengakibatkan kekurangan darah.

Ada yang tidak mengalami pendarahan tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.Bengkak Ini terjadi selepas membuang air besar.Kadangkala dalam tempoh sementara,kurang sakit tetapi ada rasa gatal.


Pencegahan

Pemakanan yang sihat

Pemakanan yang sihat terutamanya yang mengandungi serat yang tinggi akan mengurangkan risiko berlakunya sembelit. 



Senaman
Senaman yang kerap dan berjadual akan memberikan "tone" yang sihat kepada otot-otot yang berkaitan. Ini mengurangkan lagi risiko menghidap buasir. 



SET CADANGAN BUASIR SHAKLEE



OMEGA GUARD

Baik untuk sendi dan otot
Mengecutkan otot yang bengkak

OSTEMATRIX

Mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar .
 memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka  bahagian dubur.

ZINC COMPLEX 

disarankan kepada pesakit buasir
membantu menyembuhkan luka di  bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.



Apa kata Testimoni ::











Bagaimana ingin dapatkan set Buasir?

sms : 013-9331855

whatsapp : 016-9232988 / 017-9506861


cod sekitar Kuantan pada setiap hari
*Sekitar Pelindung boleh self pick up di rumah saya..heeehe.

Pengeposan ke seluruh malaysia 


Jom Tambah Rakan di facebook : Nor Azlina Ina

Facebook PAGE : Iman Beauty & Healthy 

Monday 22 December 2014

December 22, 2014

Punca Haid Tidak Tetap/Teratur


Punca Haid Tidak Teratur


KEGEMUKAN
- berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.


KEHAMILAN 
- haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yg dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan. TAHNIAH!! \(^_^)/


BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
- hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

TERLALU KURUS
- tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

 MASALAH KESIHATAN
- sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

MENOPAUS
- ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

 PENCEGAH HAMIL
- pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

TEKANAN/STRESS
- stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

 PENYUSUAN BADAN - sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

TERSILAP PENGIRAAN
- 40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

 MASALAH TYROID
- hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

UBAT-UBATAN 
- jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.


Cadangan ina bagi mereka yang mempunyai masalah haid tidak teratur dengan mengambil GLA COMPLEX..






Mari kita baca kebaikan GLA COmplex Shaklee :


· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf.


Bagaimana Ingin dapatkan Gla complex?

sms / whatsapp 017-9506861

cod sekitar Kuantan pada setiap hari.

postage ke seluruh malaysia
December 22, 2014

FAMILY WELLNESS SET

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Harini ina nak kenalkan pada anda diluar sana kelebihan SET FAMILY WELLNESS ini.
SET ini juga sangat sesuai diamalkan seisi keluarga..terutamanya kepada mereka yang kerap demam, yang antibodi selalu lemah.. kerap dijangkiti selesema/batuk.Mudah Penat dan aktif .

Jom kenali FUNGSI setiap vitamin-vitamin yang ada dalam FAMILY WELLNESS SET ini:






1. Energizing Soy Protein - ESP


* Awet muda - asid amino membantu membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit
* Baik untuk hormon, merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko oesteoporosis dan sakit jantung
* Baik untuk prostat
* Merangsang pembentukan semula kulit dan otot
* Mengurangkan kedutan
* Agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot
* Percepatkan sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
* Membekalkan tenaga dengan segera
* Membaiki pigmentasi
* Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan

2. Vita-Lea Iron Formula


* Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental
* Pelengkap nutrisi
* Penting untuk kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar
* Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan
* Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru
* Membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon
* Menjaga kesihatan tiroid
* Melindungi fungsi buah pinggang




3. B-Complex


* Menukarkan makanan kepada tenaga
* Membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga
* Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
* Membantu tumbesaran
* Memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut
* Baik untuk mata
* Mencegah anemia
* Merawat sakit kepala, migrain, pening, lemah semangat, keletihan, muntah-muntah, mabuk darat atau laut.
* Meredakan senggugut
* Mencegah kerekahan mulut

* Detoksifikasi - meredakan alahan


4. VITAMIN C 


* Meningkatkan sistem imun
* Anti-oksidan yang merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh
* Mencantikkan kulit
* Memperbaiki insomnia
* Mengekalkan kolesterols sihat


Apa yang perlu anda ADD-ON bersama-sama set ini?

Jika anda IBU MENYUSU : Add-on Alfalfa dan Ostematrix
Jika anda IBU HAMIL : Add-on Ostematrix
Jika anda ada PERMASALAHAN KULIT : Add-on Vitamin E atau GLA
Jika anda IBU BERPANTANG : Add-on Zink



Bagaimana Ingin dapatkan SET FAMILY WELLNESS?

Sms / Whatsapp 017-9506861

cod sekitar Kuantan
*penghantaran pada setiap hari


Postage ke seluruh malaysia.


jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina

Saturday 20 December 2014

December 20, 2014

SELULIT Ohhh SELULIT... Eeee maluu




Apa itu Selulit ??



Dalam istilah perubatan, SELULIT dikenali sebagai adiposis edematosa, dermopanniculosis deformans, status protrusus cutis, atau gynoid lipodystrophy. Selulit adalah tekstur kulit yang menyerupai kulit limau.

Selulit juga boleh dihadapi oleh kaum lelaki,bukan kaum wanita sahaja.Selulit biasanya berlaku di bahagian paha, punggung, ketiak dan perut. Pada umumnya berlakunya selulit di bahagian-bahagian ini kerana timbunan lebihan lemak yang terkumpul antara otot dan kulit.

Selulit di bahagian paha

Selulit di bahagian ketiak

Bagaimana selulit berlaku??


Pembentukan selulit adalah kesan daripada perubahan fisiologi yang berlaku pada lapisan lemak subkutaneus.
Pembentukan selulit dalam badan melalui 3 peringkat atau tahap.

Tahap 1:

Pada tahap ini selulit tidak dapat dikesan kecuali jika anda mencubit bahaian tubuh yang anda rasa terdapat selulit. Selulit yang terbentuk ini tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Namun jika anda ingin mengetahui sama ada di bahagian tubuh anda mempunyai selulit atau tidak, cubalah cara ini.


Cubit pada bahagian yang disyaki terdapat selulit dengan mengguna ibu jari dan jari telunjuk. Jika kulit anda normal, maka permukaan kulit anda akan kelihatan halus tanpa benjolan. Namun, jika permukaan kulit yang anda cubit tadi terdapat benjolan yang menyerupai kulit limau, maka anda mempunyai selulit.



Tahap 2:

Pada tahap ini, selulit dapat dilihat dalam posisi berdiri. Berlaku perubahan warna pada kulit yang mempunyai selulit. Kulit juga menjadi lebih tebal. Ini kerana pembuluh darah menjadi lemah dan menyebabkan tekanan dan peredaran darah pada bahagian ini tersekat.




Tahap 3:

Pada tahap ini, selulit kelihatan lebih jelas dan boleh dilihat oleh mata kasar. Lapisan lemak yang membengkak menyebabkan lapisan kulit paling luar terbenjol dan mungkin terasa sejuk apabila disentuh. Dalam kes yang lebih teruk, permukaan ini akan terasa sakit apabila disentuh..




Apakah punca selulit??


Antara punca-punca berlakunya selulit:


1. Hormon

Hormon mungkin memainkan peranan penting dalam pembentukan selulit. Perubahan hormon seperti hormon estrogen, insulin , noradrenalin, hormon thyroid dan prolaktin dipercayai sebagai punca pembentukan selulit. Selulit selalunya berlaku di kalnagn wanita yang berumur kerana apabila hormon etsrogen berkurang reseptor pada salur darah semakin kurang berfungsi seterusnya melambatkan pengaliran darah dan menyebabkan kolagen pada kulit tidak menerima oksigen dari aliran darah dan penghasilan kolagen berkurang.

2. Genetik

Gen boleh mempengaruhi pembentukan selulit atau erti kata lain disebabkan keturunan.

3. Diet

Orang yang selalu makan makanan yang mengandungi terlalu banyak lemak, karbohidrat atau garam dan terlalu sedikit serat mungkin mempunyai risiko yang lebih besar untuk pembentukan selulit.

4. Gaya hidup

Pembentukan selulit lazimnya berlaku di kalangan perokok, mereka yang kurang bersenam dan mereka yang duduk atai berdiri dalam satu kedudukan untuk jangka masa yang lama.

5. Pakaian


Pemakaian pakaian yang ketat boleh mngehadkan pengaliran darah dan menghalang kolagen daripada menrima oksigen dan boleh menyumbang kepada pembentukkan selulit.



Cara-cara dan Tips Atasi Selulit


1. Kurangkan memakan 'junk food'. Ini kerana 'junk food' mengandungi kandungan lemak jahat yang banyak.


2. Banyakkan minum air kosong. Air kosong dapat membantu untuk mengeluarkan toksin dan racun yang terkumpul antara lemak yang termendap.


3. Kurangkan pengambilan gula dan garam yang berlebihan. Kandungan yang terdapat dalam garam boleh menyumbatkan salur pembuluh darah dalam badan. Kandungan gula pulak boleh menyebabkan berlakunya pengumpulan lemak dalam tubuh dan sukar dibakar.


4. Amalkan vitamin atau supliment. Dengan mengamalkan vitamin atau supliment, secara tidak langsung anda membantu tubuh anda untuk mencegah pembentukan selulit. Vitamin yang sangat baik untuk mencegah selulit ialah vitamin B-Complex, C, E, A dan kalsium.


5. Mengamalkan gaya hidup sihat dengan rajin melakukan sesuatu yang mengeluarkan peluh seperti bersenam. Ini untuk membantu proses pembakaran lemak-lemak dalam badan dan pembuangan toksin dari dalam badan.


Selain itu anda juga boleh mencuba tips-tips ini...

a. Urutan badan menggunakan minyak zaitun.

b. Menggunakan scrub kopi.

c. Gunakan tumbuhan lidah buaya untuk disapu pada kulit badan.


Cadangan supliment Shaklee...


1. Energising Soy Protein (ESP)

Pengambilan sumber protein membantu untuk meningkatkan kekenyangan dan menyebabkan anda untuk mengambil kurang kalori dan seterusnya mengurangkan pembinaan sel-sel lemak dan mengurangkan masalah selulit. Pengambilan protein yang tinggi juga membantu membina otot.

2. Vitamin E Complex

Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang membantu untuk mencegah selulit kerana sifat antioksidannya. Vitamin E juga membantu tubuh untuk menyalurkan oksigen ke lapisan kulit. Lazimnya, vitamin E boleh dijadikan bahan utama dalam krim untuk kulit.

3. Vitamin C Sustained Release 500mg

Vitamin C dapat membantu mencegah selulit kerana perananannya dalam penghasilan kolagen dan berupaya untuk membaiki sel-sel darah merah. Vitamin C juga merupakan antioksidan yangmenjagakulit dari kerosakan dengan menghalang serangan dari radikal bebas. Vitamin C juga dapat mebantu mencegah kedutan.

4. Omega Guard

Omega Guard ialah sumber minyak ikan yang kaya dengan asid-lemak perlu Omega-3. Omega-3 membantu melancarkan peredaran darah dapat membantu mengurangkan pembentukkan selulit. Omega-3 juga membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan. Dalam erti kata yang lebih mudah Omega-3 ialah pembakar lemak yang baik.


5. Lecithin

Lecithin dikenali sebagai pengemulsi lemak atau pemecah lemak. Pengambilan Lecithin dapat membantu mencairkan lemak-lemak yang termendap antara kulit dan otot yang menyumbang kepada pembentukkan selulit.


6. Carotomax

Carotomax mengandungi vitamin A. Vitamin A merupakan vitamin larut lemak dan dapat mencegah selulit kerana ia meningkatkan pengeluaran kolagen dan protein yang menguatkan struktur kulit. Ia juga membantu untuk menggalakan penghasilan sel-sel dalam badan.

7. Vitamin B Complex

Vitamin B Complex terdiri daripada 10 vitamin bekerja bersama-sama untuk menggalakkan penghasilan sel-sel darah dan tisu yang sihat. Vitamin B2 dan B6 membantu dalam penggunaan protein dan lemak.

Wah...banyaknya cadangan supliment yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mencegah pembentukkan kolagen...
persoalannya perlukah ambik semua ni??
tidak bergantung kepada keadaan anda...

Jika anda sedang mengalami masalah selulit, anda dicadangkan untuk mengurangkan atau dalam erti kata lain ialah membakar lemak-lemak dalam badan anda..


jadi supliment yang sesuai ialah:
- Omega Guard
- Lecithin
- Energising Soy Protein (ESP)

Jika anda sedang berusaha untuk mencegah selulit dari terbentuk supliment yang sesuai ialah:

- Energising Soy Protein
- Vitamin C
- Vitamin E
- Carotomax
- Vitamin B Complex




ps : ermm.. kalau sudah kurus pun, selulit tetap ada tau.. jangan tak tau pulak ye. tak percaya, cuba anda picit kulit sekitar peha,pinggul dan lengan. Amacam?? 


lagi satu individu yang pernah beratnya mencecah 60Kg keatas (overweight)suatu ketika dahulu mesti ada.. kesan selulit tuuu. tak guna jugak kan.. walaupun dah kurus selim melim. Tapi selulit tetap ada.. hanya cantik luaran sahaja.. eerr. ? 



Bagaiamana nak dapatkan Set Selulit @ Atasi selulit ?

sms / whatsapp ke no 017-9506861

kawasan cod : SEKITAR KUANTAN saya hantarkan.. psst! penghantaran pada setiap hari tau. 

postage pula ke seluruh malaysia.


Jom tambah rakan di facebook : Nor Azlina Ina

December 20, 2014

Tanda-tanda mengandung bayi lelaki

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat pagi...sekarang kandungan ina dah masuk ke 20 minggu, so perasaan kuat ingin tau jantina baby yang dalam kandungan ni pun semakin excited gitew.( Ibu-ibu kat luar sana lagi la excited kan? mesti dah pergi scan ye dak? hihihi..)Ada yang cakap dalam perut ina ni baby perempuan, ada yang cakap lelaki.. emmm.Jom lahh kita tengok tanda-tanda ini.. ada tak pada anda si ibu yang hamil sekarang ni.





Tanda - tanda mengandungkan bayi lelaki jika...




1. Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.

- em,tak perasan pulak.. tapi macam takde catat je dalam buku merah tu.

2. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.

- masa mengandungkan sara dulu, perut tajam. Tapi keluar perempuan.

3.Perut anda “rendah”.

- mengandung kedua ni(sekarang),perut ke bawah.. tak pergi scan lagi ni

4. Anda sangat berseri-seri ketika hamil.

- Anak pertama, memang berseri-seri muka.Sampaikan kena mengorat.Ahaks.. tapi keluar perempuan.

- Kandungan kali ini: muka macam comot je, macam malas nak bermekap.Kulit sensitif..jerawat sana sini.

5. Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.

Ternyata salah, masa sara dulu.. ina takde mual langsung. Ada pun semasa menggosok gigi aje.

kali ini, muntah teruk sangat. Dari pagi sampai tengahari (memang lembik terus badan). Malam sebelum tidur sekali semasa trimester pertama.Yang kelakar, lepas je keluar makan malam.. dalam perjalanan masa tu.. pintu kereta tak sempat buka lagi..menyembur terus dalam kereta. hihihihi.. sorry hubby.

6.Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.

- shhhh~ rahsia lerr. ( Dah, pergi cek masing-masing punya ..hihihi)

7.Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.


Tak perasan.


8. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.

- Asyik nak makan sup daging, mee sup daging,bakso.. nyumnyum.

- Kandungan pertama, memang mengidam nasi goreng ikan masin. Hari-hari hubby belikan.. nasib baik tak kena darah tinggi. huuuh.

9. Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.


- yup.. perasan jugak. Masa awal trimester jee.Terasa macam nak demam,tapi pelik..kenapa la kaki aje yang sejuk..umm. Sekarang dah trimester ke - 2 normal.

10. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.

- yang ni tak pernah buat. Tak baik percaya benda macam ni yer. 

11. Kulit anda menjadi kering.

- ohhh, tidak kot. Sebab kulit berminyak (jerawat bermaharajalela.. makan vitamin C plus shaklee baru la kulit moist aje.)

12. Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.

- tak terkira. Sebab tiada masa.. hihihi.


13. Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.


- tak kot, semakin menipis iya. 

14. Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.

-mengandung kali kedua 100%  betul .. hihihi. Nak tengok takut. Rasanya kalah bulu kaki lelaki.. kikikikiki.

- sara dulu, takde pula tumbuh bulu kaki cepat.


15. Anda lebih mudah diserang sakit kepala.


- Betul.. kali ni mengandung sungguh mencabar. Memang pening kepala.. terasa berputar alam..tapi tidak kerap.Pening manja gitew.

16.Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.


- tak tau mana utara selatan.. hihihi

17.Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.


- Entah..

18. Anda tidur mengiring ke kiri.

- Yea .. betul. Selesa tidur mengiring ke kiri start awal kehamilan.

mengandungkan sara, asyik ke kanan.


19. Air kencing anda berwarna kuning cerah.

Ntah.. x perasan.


20. Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.


- Tiiit.. tak ingat. 


21. Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.


- Tak pernah mmencuba.


22. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.


sara sebut Abah.. itu ayat pertama.


23.Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


yup..Kesian sara. Dari lahir sampai ke besar orang cakap lelaki.. huuuuhuhu.


Kesimpulannya, sebelum kita ingin hamil. Kita kena banyakkan berdoa pada allah.Agar dikurniakan anak lelaki..
dari segi pemakanan pula, harus banyakkan makan seafood dan susu. 

p/s : Jangan terlalu percaya akan tanda-tanda tersebut. Kun fa yakun.. macam kes ina. Masa scan memang nampak bird. Last keluar perempuan.. Tapi masa mengandung tu, perasaan / naluri ina kuat mengatakan dalam perut ni baby perempuan.. 

sekian..

Terimakasih kerana sudi singgah ke blog saya..

Friday 19 December 2014

December 19, 2014

KEPUTIHAN bahaya ketika hamil

Masalah keputihan semasa mengandung adalah antara masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita ketika hamil. Risau kan bila hal ini terjadi. Dah la tak selesa. Berbau, pantiliner pula kena kerap tukar..tak ke mengganggu tugasan harian? hmm











Faraj wanita sentiasa mengeluarkan lendiran sehinggalah menopaus. Kuantiti lendiran yang dikeluarkan di faraj sentiasa berubah mengikut keadaan seperti ketika hampir datang haid, ketika stress atau semasa mengandung. Masalah keputihan semasa mengandung adalah normal sekiranya lendiran yang keluar adalah jernih, atau putih tapi tidak berbau. Jadi, masalah keputihan semasa mengandung adalah normal. Namun begitu kita perlu berhati-hati dan sentiasa memantau masalah tersebut.

Keputihan berlaku semasa mengandung disebabkan bahagian serviks wanita iaitu bahagian bukaan pada faraj dan dinding faraj menjadi semakin lembut. keputihan atau lendiran yang keluar itu membantu mencegah jangkitan. Sekiranya jangkitan berlaku di faraj, lendiran ini dapat membantu daripada jangkitan merebak sehigga ke uterus.

Keputihan semasa mengandung yang bahaya
Sekiranya keputihan semasa mengandung tersebut mempunyai tanda-tanda berlaku jangkitan, terus berjumpa doktor. Jangan bertangguh tau. Antara tanda-tanda tersebut adalah: 


  1. sakit semasa buang air kecil

  2. gatal-gatal pada faraj

  3. rasa sakit atau pedih pada faraj

  4. lendiran yang berbau

  5. lendiran berwarna kuning atau kehijauan


Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku keputihan semasa mengandung? 

Sekiranya lendiran yang keluar bukan disebabkan jangkitan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan lendiran tersebut. Tapi boleh pakai pantyliner untuk meningkatkan kebersihan kawasan faraj.

  • Jangan guna tampon semasa mengandung.

  • Pakai panties jenis cotton.

  • Elakkan memakai seluar yang ketat dan kain jenis nylon.

  • Elakkan menggunakan sabun dan cecair pencuci faraj yang mempunyai pewangi untuk mencuci faraj.

  • Jangan melakukan ‘douching’ semasa mengandung. Douching hanya akan meningkatkan risiko untuk berlaku jangkitan pada faraj.


Jadi, kesimpulannya di sini, keputihan semasa mengandung adalah normal sebenarnya. Jadi tak payah risau-risau. Melainkan ada tanda-tanda jangkita seperti yang dah dianyatakan di atas.
Mengikut pengalaman ina, ina bersalin sara semasa kandungan 35minggu.. berat baby masa tu 2.40Kg.. di label sebagai bayi pramatang disebabkan kelahiran pada 35minggu kandungan.
ketuban pecah awal.. juga disebabkan masalah keputihan yang kronik.. 
masa tu pergi klinik amik ubat insert pun tidak jalan..
Tapi..alhamdulillah.., kandungan kali ke -2 ina kali ini masalah keputihan memang terkawal sekarang setelah ina amalkan set Kehamilan shaklee.. hanya Keputihan normal saja.


Jika sesiapa yang mempunyai masalah sama dengan ina..
boleh hubungi ina di 017-9506861 @ sms / whatsapp
cod sekitar kuantan pada setiap hari
postage ke seluruh malaysia.
Jangan lupa add facebook : Nor Azlina Ina
December 19, 2014

TANDA ANDA HAMIL BAYI PEREMPUAN

bismillahirrahmanirrahim

assalamualaikum dan selamat pagi.. huuuui,sekarang cuaca di kuantan hujan.Musim tengkujuh tau.Dari ahad lagi hujan..,kadang hujan renjai-renyai, sampai la ke harini 19 disember.. hujan lebat sangat beserta angin kencang.Okay-okay, jom kita tengok tanda-tanda mengandung anak perempuan.

 

 
EHSAN GOOGLE

 

 

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.

1. Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.

-  masa mengandungkan sara, ada nampak tercatat dalam buku pink.Hampa sekejap.. sbb hubby nak boy anak pertama.. ( ina redha  je..,janji aku mengandung..hihhi)


2. Perut anda bulat.

-

- kandungan sekarang 21week, nampak semacam. leper..

3. Perut anda “tinggi”.

- masa mengandung sara, memang tinggi perut.

 

4.Muka anda tidak berseri-seri.

- Belum pasti.

 

5. Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.

- tiada.

 

6. Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.

- shhh~~

 7. Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.

- sama saja.

 

8. Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.

- kandungan pertama betul. Nak je minum air manis-manis.

 

- kali nie, entahlah.. tapi ada betul la. Trimester ke -2,nak makan desert.

 

9. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.

- Tahyul. tak pernah buat.

 

10. Kulit anda lembut.

- Of course lembut,Sebab mengandung kali ini ina makan supplemen shaklee.. hee, kulit anjal.

11. Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.

- Tidak..

 

- Masa mengandung sara, 24jam airmata menitis.hee..

12. Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.

- Tak perasan.

 

13.Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.

- Tak ingat.

 

14. Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.

- yang ni memang tak perasan.

 

15. Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.

- Tak sempat nak kira

 

16.Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.

 - yang ni betul.. kandungan sekarang mengalami

 

17.Anda tidur mengiring ke kanan.

-Bukan. 


18. Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.

 - tak tau mana barat,mana selatan.


19. Air kencing anda berwarna kuning samar.

- Hmmm.. tak kot.

 

20. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.

 

- Bukan.. Abah.

 

 

 

okay.. daah baca entri ini?? tak sama? tak percaya? apa kata anda pergi scan 4d dekat klinik berdekatan.

 

apapun, kejadian ini semua ketentuan allah.. sudah tertulis untuk kita memiliki zuriat samda perempuan atau lelaki.. sebaliknya kita kena bersyukuR,yang kita diberikan rezeki untuk mengandung.

 

Sesiapa yang ingin dapatkan set kehamilan..anda hubungi saya, akan saya syorkan mengikut keperluan anda.

boleh segera hubungi saya di 

017-9506861 @ sms/whatsapp

 

cod sekitar kuantan pada setiap hari.

 postage ke seluruh malaysia