Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Saturday 20 December 2014

Tanda-tanda mengandung bayi lelaki

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat pagi...sekarang kandungan ina dah masuk ke 20 minggu, so perasaan kuat ingin tau jantina baby yang dalam kandungan ni pun semakin excited gitew.( Ibu-ibu kat luar sana lagi la excited kan? mesti dah pergi scan ye dak? hihihi..)Ada yang cakap dalam perut ina ni baby perempuan, ada yang cakap lelaki.. emmm.Jom lahh kita tengok tanda-tanda ini.. ada tak pada anda si ibu yang hamil sekarang ni.





Tanda - tanda mengandungkan bayi lelaki jika...




1. Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.

- em,tak perasan pulak.. tapi macam takde catat je dalam buku merah tu.

2. Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.

- masa mengandungkan sara dulu, perut tajam. Tapi keluar perempuan.

3.Perut anda “rendah”.

- mengandung kedua ni(sekarang),perut ke bawah.. tak pergi scan lagi ni

4. Anda sangat berseri-seri ketika hamil.

- Anak pertama, memang berseri-seri muka.Sampaikan kena mengorat.Ahaks.. tapi keluar perempuan.

- Kandungan kali ini: muka macam comot je, macam malas nak bermekap.Kulit sensitif..jerawat sana sini.

5. Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.

Ternyata salah, masa sara dulu.. ina takde mual langsung. Ada pun semasa menggosok gigi aje.

kali ini, muntah teruk sangat. Dari pagi sampai tengahari (memang lembik terus badan). Malam sebelum tidur sekali semasa trimester pertama.Yang kelakar, lepas je keluar makan malam.. dalam perjalanan masa tu.. pintu kereta tak sempat buka lagi..menyembur terus dalam kereta. hihihihi.. sorry hubby.

6.Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.

- shhhh~ rahsia lerr. ( Dah, pergi cek masing-masing punya ..hihihi)

7.Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.


Tak perasan.


8. Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.

- Asyik nak makan sup daging, mee sup daging,bakso.. nyumnyum.

- Kandungan pertama, memang mengidam nasi goreng ikan masin. Hari-hari hubby belikan.. nasib baik tak kena darah tinggi. huuuh.

9. Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.


- yup.. perasan jugak. Masa awal trimester jee.Terasa macam nak demam,tapi pelik..kenapa la kaki aje yang sejuk..umm. Sekarang dah trimester ke - 2 normal.

10. Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.

- yang ni tak pernah buat. Tak baik percaya benda macam ni yer. 

11. Kulit anda menjadi kering.

- ohhh, tidak kot. Sebab kulit berminyak (jerawat bermaharajalela.. makan vitamin C plus shaklee baru la kulit moist aje.)

12. Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.

- tak terkira. Sebab tiada masa.. hihihi.


13. Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.


- tak kot, semakin menipis iya. 

14. Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.

-mengandung kali kedua 100%  betul .. hihihi. Nak tengok takut. Rasanya kalah bulu kaki lelaki.. kikikikiki.

- sara dulu, takde pula tumbuh bulu kaki cepat.


15. Anda lebih mudah diserang sakit kepala.


- Betul.. kali ni mengandung sungguh mencabar. Memang pening kepala.. terasa berputar alam..tapi tidak kerap.Pening manja gitew.

16.Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.


- tak tau mana utara selatan.. hihihi

17.Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.


- Entah..

18. Anda tidur mengiring ke kiri.

- Yea .. betul. Selesa tidur mengiring ke kiri start awal kehamilan.

mengandungkan sara, asyik ke kanan.


19. Air kencing anda berwarna kuning cerah.

Ntah.. x perasan.


20. Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.


- Tiiit.. tak ingat. 


21. Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.


- Tak pernah mmencuba.


22. Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.


sara sebut Abah.. itu ayat pertama.


23.Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.


yup..Kesian sara. Dari lahir sampai ke besar orang cakap lelaki.. huuuuhuhu.


Kesimpulannya, sebelum kita ingin hamil. Kita kena banyakkan berdoa pada allah.Agar dikurniakan anak lelaki..
dari segi pemakanan pula, harus banyakkan makan seafood dan susu. 

p/s : Jangan terlalu percaya akan tanda-tanda tersebut. Kun fa yakun.. macam kes ina. Masa scan memang nampak bird. Last keluar perempuan.. Tapi masa mengandung tu, perasaan / naluri ina kuat mengatakan dalam perut ni baby perempuan.. 

sekian..

Terimakasih kerana sudi singgah ke blog saya..

No comments:

Post a Comment