Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 19 December 2014

KEPUTIHAN bahaya ketika hamil

Masalah keputihan semasa mengandung adalah antara masalah yang kerap berlaku di kalangan wanita ketika hamil. Risau kan bila hal ini terjadi. Dah la tak selesa. Berbau, pantiliner pula kena kerap tukar..tak ke mengganggu tugasan harian? hmm











Faraj wanita sentiasa mengeluarkan lendiran sehinggalah menopaus. Kuantiti lendiran yang dikeluarkan di faraj sentiasa berubah mengikut keadaan seperti ketika hampir datang haid, ketika stress atau semasa mengandung. Masalah keputihan semasa mengandung adalah normal sekiranya lendiran yang keluar adalah jernih, atau putih tapi tidak berbau. Jadi, masalah keputihan semasa mengandung adalah normal. Namun begitu kita perlu berhati-hati dan sentiasa memantau masalah tersebut.

Keputihan berlaku semasa mengandung disebabkan bahagian serviks wanita iaitu bahagian bukaan pada faraj dan dinding faraj menjadi semakin lembut. keputihan atau lendiran yang keluar itu membantu mencegah jangkitan. Sekiranya jangkitan berlaku di faraj, lendiran ini dapat membantu daripada jangkitan merebak sehigga ke uterus.

Keputihan semasa mengandung yang bahaya
Sekiranya keputihan semasa mengandung tersebut mempunyai tanda-tanda berlaku jangkitan, terus berjumpa doktor. Jangan bertangguh tau. Antara tanda-tanda tersebut adalah: 


  1. sakit semasa buang air kecil

  2. gatal-gatal pada faraj

  3. rasa sakit atau pedih pada faraj

  4. lendiran yang berbau

  5. lendiran berwarna kuning atau kehijauan


Apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku keputihan semasa mengandung? 

Sekiranya lendiran yang keluar bukan disebabkan jangkitan, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menghentikan lendiran tersebut. Tapi boleh pakai pantyliner untuk meningkatkan kebersihan kawasan faraj.

  • Jangan guna tampon semasa mengandung.

  • Pakai panties jenis cotton.

  • Elakkan memakai seluar yang ketat dan kain jenis nylon.

  • Elakkan menggunakan sabun dan cecair pencuci faraj yang mempunyai pewangi untuk mencuci faraj.

  • Jangan melakukan ‘douching’ semasa mengandung. Douching hanya akan meningkatkan risiko untuk berlaku jangkitan pada faraj.


Jadi, kesimpulannya di sini, keputihan semasa mengandung adalah normal sebenarnya. Jadi tak payah risau-risau. Melainkan ada tanda-tanda jangkita seperti yang dah dianyatakan di atas.
Mengikut pengalaman ina, ina bersalin sara semasa kandungan 35minggu.. berat baby masa tu 2.40Kg.. di label sebagai bayi pramatang disebabkan kelahiran pada 35minggu kandungan.
ketuban pecah awal.. juga disebabkan masalah keputihan yang kronik.. 
masa tu pergi klinik amik ubat insert pun tidak jalan..
Tapi..alhamdulillah.., kandungan kali ke -2 ina kali ini masalah keputihan memang terkawal sekarang setelah ina amalkan set Kehamilan shaklee.. hanya Keputihan normal saja.


Jika sesiapa yang mempunyai masalah sama dengan ina..
boleh hubungi ina di 017-9506861 @ sms / whatsapp
cod sekitar kuantan pada setiap hari
postage ke seluruh malaysia.
Jangan lupa add facebook : Nor Azlina Ina

No comments:

Post a Comment