Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Monday 29 February 2016

February 29, 2016

PETUA ELAK DI PUKAU

Kejadian pukau amat popular dihari ini, seakan menjadi-jadi yang diamalkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kebiasaanya pukau ini tidak memilih mangsa mungkin yang lemah mudah terkena pukau ini terutamanya orang perempuan. Disini sedikit perkongsian dapat kita manfaatkan bersama bagi mengelakkan diri daripada terkena pukau. Difahamkan ilmu pukau ini banyak cara dan jenisnya terbahagi kepada beberapa bahagian ada cara dengan menepuk bahu, berjabat tangan, menghembuskan asap rokok, membuang pasir ke bumbung rumah dan seribu satu macam lagi.


Ilmu pukau ini adalah satu sihir pastinya ianya ada kelemahanya yang tersendiri. Orang-orang tua dahulu ada meninggalkan sedikit pesanan atau tips untuk kita amalkan diantaranya : Jangan tidur diposisi yang sama, tidur dengan cara menyongsang bagi ahli keluarga yang berada didalam rumah. Menterbalikan penyapu dan diletakkan di pintu dan memelihara ikan puyu. Mungkin usaha seumpama ini dapat mengurangkan risiko rumah atau penghuni rumah tersebut boleh terkena pukau. Mungkin ini jenis pukau serumah dan kalau secara individu bagaimana?


Seandainya kita berseorangan dibandar atau dimana jua pukau masih boleh di lakuakan dengan cara berseorangan dengan cara menepuk bahu, berjabat tangan, di hembus dengan asap rokok atau sekadar renungan dan bertentangan mata atau sekadar mencuit anda sahaja. Pasti bilamana perkara ini terjadi mata kita akan bertentangan mata dengan penjenayah pukau ini. Pastinya bebola mata kita akan terus berhubung serta dengan mudah kita akan terpengaruh dengan mentara dan jampi mereka dan anda seumpama di bius lupa segalanya dan hanya mengikuti sahaja arahannya.Diperingkata awal mungkin penjenayah pukau akan bertanya soalan-soalan pelik kepada anda bertanyakan arah jalan, kedai yang ingin ditujui dan berbagai cara lagi dan sehingga jika anda membawanya untuk meniki kereta pasti anda telah terkena sepenuhnya pukau dari penjenayah ini.


Bagi mengelakkan diri terkena jenis pukau ini kita perlu lebih berwasapada terhadap tingkah laku kita sendiri paling penting respon kita bila situasi ini terjadi. Sebagai contoh jika bahu anda dicuit atau ditepuk anda boleh menoleh kearah belakang tapi perlu diingat jangan terus memandang pada wajah pelakunya perkara seumpama ini terus menghubungkan anda pada terkena pukau. Sebaiknya pandang kearah kakinya terlebih dahulu kemudian baru memandang kepada wajahnya ( jangan memandang tepat kearah matanya). Dengan cara sedemikan pukau tidak akan menjadi kerana pertentangan mata anda dengan matanya sudah menjadi pandangan kedua anda terhadapanya.


Kadangkala ada juga penjenayah pukau ini menggunakan taktik dengan sekadar mengetuk pintu rumah kita dan apa bila kita membuka pintu mata kita terus memandang raut muka mereka dengan sedikit arahan sahaja kita boleh sahaja terus terkena pukau daripada penjenayah pukau ini.


Mungkin diluar sana banyak doa, tips dan amalan daripada ayat-ayat tertentu. Sebaiknya kita amalkan, paling penting jangan sampai kita lupa pada Allah dan jangan biarkan hati kita kosong daripada mengingatinya. Pasti bila hati kita kosong situasi ini boleh dipengaruhi oleh perkara yang tidak sepatutnya.



berhati2lah dimana jua anda berada  


DOA ELAK DIPUKAU  

Sunday 28 February 2016

February 28, 2016

PANDUAN SEBELUM MEMBELI HANDPHONE




 
PANDUAN SEBELUM MEMBELI HANDPHONE






kesukaran untuk mendapatkan panduan membeli telepon kadangkala merugikan kita ini kerana kita sering terdengar penipuan yang dilakukan oleh segelintar penjual telefon. oleh itu artikel kali ini kami akan cuba memberi sedikit panduan untuk membeli telefon baru. Pertama sekali saya ingin membincangkan berkaitan jenis telefon yang ad dipasaran. 

Original Set
Ap Set
Under Water




Untuk memudahkan pemahaman anda saya masih menggunakan ketiga istilah yang biasa digunakan oleh penjual telefon. bagaimana untuk mengenalpasti ketiga-tiga jenis telefon ini. Harapan saya ia dapat membantu ada semua.


Original Set
Jaminan 1 tahun untuk seluruhan telefon,cas bateri,
Kad jaminan ditulis kealamat nokia Central ( nokia Model ) dan Motorola Centra (Motorola Model)
Dikeluarkan oleh kilang milik jenama itu sendiri Nokia- ( kilang Nokia), Motorola (kilang Motorola)
nokia authorized salah satunya ( Zitron ), Sony Ericsson authorized salah satunya (T-choice )


Ap Set
Jaminan hanya 3-5 bulan, tidak termasuk monitor telefon
kad Jaminan ditulis kealamat selain dan nokia dan motorola ( centraL )
Dikeluarkan oleh pengilang yang mendapat lesen dari pengilang utama
selamat digunakan kerana mendapat pengesahan sirim


����


Under Water
Tiada jaminan
biasanya tiada kad jaminan
dibawa masuk dari negara luar dan jual dengan harga murah, tiada pengesahan sirim dan menyalahi undang-undang kerana barang diseludup masuk ke negara ini

Saturday 27 February 2016

February 27, 2016

Dah START menggigit Ibu Jari Kaki


Assalamualaikum.. hachuu...!Berhabuk sikit blog aii.Tak berupdate..erkkk! mujur takde bunyi krik krik dekat sini.

Alhamdulillah,berjaya juga update blog kali ini ya. Tuudia,tajuk entri harini.Siapa yang start menggigit ibu jari kaki tu? Ermm...ala. Anak bongsu aii ler.Nur Wardina Soffea....Orang tua tua kata..nak tambah  adik lagii.. ayoyoyoyoyo~~ kikikikik.  Bagi pendapat aii 50-50 aje kebenaran ini.

ramai yang cakap,wardina nie macam cina.Orang cina pun duk puji..masa tu aii p tandas mall.Ada budak cina tu nak pangku my baby. Katanya mcm chineese.Hee..mungkin menurun belah aii.. family sebelah mak aii ada kacukan.



Mengikut pengalaman aii yang lalu.Dulu sara  ada juga menggigit ibu jari kaki nie..( sara masa tu 7bulan lagii.. masa tu dalam hati,dah mulai risau.Iyalah kan.Anak kecil lagi nak ada adik seorang lagi..kehkehkeh..Kononnya takut lah.Maklumlah perancang takde pakai...Oppps! syyhhh.. )


Macam macam aii dengar orang pakai perancang.Ade yang implan,Kaedah IUD dan pil perancang. Aii takut laa.Pelbagai kisah jadinya akibat pasang perancang nie.Baru nie aii dengar orang pasang IUD sampai termuntah muntah..eeeeerk!Ada yang pasang implan nie jadi kanser payudara..Ya alllah! sebegitu sekali kannn.. So, kat sini seeloknya lebih baik secara semulajadi.. aje.Awak tak sakit.. awak tak kena penyakit merbahaya.


Kesimpulannya, baby gigit ibu jari kaki bukan bermakna terus korang preggy anak sterusnya ya.Macam kes aii, 2 tahun lebih baru dapat wardina..Tapi mungkin salah satu faktor aii breastfeeding mom.. itu sebab mampu menjarakkan kehamilan

okay..sampai sini saja coretan dan bebelan aii.Sekian.. assalamualaikum..dan salam maghrib!

Wednesday 24 February 2016

February 24, 2016

INFO : ANAK KUKU

Anda berasa sihat? Atau kurang stamina? 


 
anak kuku





Petanda kesihatan dapat dilihat daripada bilangan Sabit pada kuku anda.

Seseorang yang sihat  memiliki sabit di dalam jempolnya. Di jari tengah dan jari telunjuk juga ada harus ada Sabit. Tapi di jari cincin tak boleh ada Sabit. Bilangan Sabit pada kedua-dua tangan harus mencapai 8-10 . Makin sedikit sabitnya bermaksud Kesihatan, kepekatan, imun lebih sikit, bermakna orang tersebut mudah penat. Adakah anda mempunyai sabit?

Mengapa ada yang tak punya sabit di jarinya? Apakah berkaitan dengan kesihatan badan? Kiralah sabit di jarimu, kelihatan bahagian badan yang sakit. Pendek kata, dari kuku boleh melihat kesihatan organ anda. 

Doktor Cina berkata, ialah saintifik dan logik dalam menilai kesihatan seseorang dilihat dari kukunya. Selain daripada itu ibu jari, jika di jari lain di  tidak ada sabit, maka sakit buah pinggang.

Kuku yang sihat berwarna kemerahan, sabitnya licin dan bersinar, dapat dilihat dengan jelas. Orang yang tenaganya penuh bermakna sabitnya lebih putih. Seadangkan bila orang itu tak sihat, sabit tak kelihatan. Selalunya bulan Sabit yang luas adalah 1/5 daripada kuku kita. Apabila sakit, sabitnya akan mengecut, apabila kembali sihat, bulan Sabit akan kelihatan lagi. 

Tuesday 23 February 2016

February 23, 2016

TIPS PILIH TUDUNG MENGIKUT JENIS MUKA


haiii! Entri kali ni aii nak bagi tips bagaimana nak tau SESUAI atau TAK Tudung yang korang pakai Mengikut JENIS MUKA korang tuu.Ada jenis muka PETAK,BULAT,OVAL,BENTUK LONJONG DAN BENTUK SEGITIGA

jenis muka, pemilihan jenis tudung, selendang, shawl, tips beli tudung, Tudung,




Bentuk Muka Oval

Biasanya boleh dikatakan bentuk idaman.Oleh itu,dalam menggunakan tudung, bentuk muka yang lain memerlukan sentuhan khusus supaya dapat mendekati bentuk muka oval.Sementara itu,bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval pula, anda bebas memilih gaya bertudung, bahkan dapat mengelakkan daripada menggunakan hairband. Jadi jika anda penggemar selendang, anda bebas untuk menggunakan apa juga jenis selendang dan boleh memilih untuk menggunakan anak tudung atau pun tidak.





Bentuk Muka Petak 

Ciri bentuk muka petak adalah lebih lebar di antara pelipis dan antara pangkal rahang lebih kurang sama, tulang rahang yang dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar.Dalam mengenakan tudung,bahagian tulang rahang dapat disembunyikan disebalik tudung dan gunakan hairband supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini, perlulah bijak menggayakan selendang.

Stail Selendang Bienda atau ikatan di belakang tengkuk perlu dielakkan kerana gaya selendang ini tidak dapat menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar.Pilihlah gaya selendang yang menjurus kepada gaya lilitan.


Bentuk Muka Panjang  

 Seperti bentuk muka segi tiga,mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagunya yang panjang.Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening.Penggunaan anak tudung syiria bersama selendang adalah disarankan buat mereka yang memiliki bentuk muka panjang kerana ia dapat membantu kamu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka oval,semua jenis selendang sesuai digayakan.


Bentuk Segitiga 

 Dagu panjang adalah ciri utama bentuk muka segi tiga,ditambah dengan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan jarak pangkal rahang.Gunakan tudung yang ditarik sejauh mungkin ke belakang dan bertemu ditengkuk agar bahagian rahang tampak terbuka.Untuk mengisi bahagian yang kosong di sebelah kiri dan kanan telinga disarankan menggunakan anak tudung seperti hairnet.Bagi membolehkan bahagian kening terangkat gunakan headband sebelum menggunakan anak tudung tersebut.

 Buat mereka yang mempunyai bentuk muka segi tiga penggunaan selendang bukanlah satu masalah kerana mereka menghampiri bentuk muka oval.Bagaimanapun, cara pemakaian selendang haruslah diperhatikan agar jarak pelipis yang lebih lebar berbanding jarak pangkal rahang tidak kelihatan nyata.Gaya selendang harus menjurus kepada gaya pintalan atau gaya sanggul lebih sesuai kerana ia dapat membuatkan bahagian rahang tampak lebih terbuka.


Bentuk Muka Bulat  

 Bentuk muka bulat dicirikan dengan jarak dahi ke dagu sama dengan jarak kedua-dua pelipis serta tulang rahang yang bertimbung di pipi.Mereka yang mempunyai bentuk muka ini disarankan menggunakan hairband terlebih dahulu sebelum menggunakan anak tudung.Pilihla anak tudung yang diperbuat dari bahan yang lebih anjal supaya ukuran kepala tidak kelihatan bertambah.Hairband yang digunakan akan membayangkan keluar dan menampakkan bentuk muka yang memanjang.

Bagi pemilihan selendang,disarankan memilih selendang yang mempunyai fabrik yang nipis agar ukuran kepala tidak kelihatan bertambah apabila digayakan.Selandang pashmina nipis atau pashmina mini sangat sesuai digayakan mereka yang mempunyai bentuk muka bulat.Bagaimanapun , disarankan menggunakan anak tudung bawal sebelum mengenakannya agar bentuk muka kelihatan bujur.





Monday 22 February 2016

February 22, 2016

RAHSIA JANTUNG ANDA!



Jantung ialah organ manusia yang paling sibuk di dunia. Sebuah beg berdenyut yang tidak pernah berhenti bekerja sekalipun manusia tertidur. Mesin manakah yang lebih canggih daripada jantung manusia itu?


Rahsia kerja jantung ini sekali lagi menunjukkan betapa sempurna dan lengkapnya daya seni Allah dalam penciptaan-Nya.
"(Yang memiliki sifat-sifat seperti itu) ialah Allah Tuhan kamu. Tidak ada Tuhan selain Dia. Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia. Dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu, "[QS. Al-An'am: 102]

Rata-rata sepanjang hidupnya, jantung manusia berdetak 3 bilion kali tanpa henti. Jantung tetap bekerja dengan menurunkan denyutan 10 - 30 denyutan / minit ketika tidur. Hal ini menghasilkan penurunan tekanan darah, yang berlaku dalam tidur nyenyak. Jika saja jantung berhenti berdenyut, maka akan berakhirlah hidup kita.

Jantung berdenyut dengan kadar yang berbeza-beza, bergantung pada aktiviti. Ketika sedang aktif, otot-otot memerlukan tenaga dan oksigen yang lebih banyak, maka jantung berdenyut lebih cepat, + 120 kali / minit. Ketika sedang berisitirahat, jantung kembali melambat dan berdenyut 60-80 kali / minit.

Jantung adalah kantung berdenyut dan diperbuat daripada otot yang sangat kuat. Otot ini disebut otot jantung (miokardia) yang tidak pernah lelah mengecut sekali atau lebih dalam setiap saat. Saat berada dalam tahap perkembangan embrio, manusia sebenarnya memiliki dua jantung. Namun seiring perkembangan embrio, dua pusat ini akhirnya menyatu menjadi satu dengan empat buah bilik. Ini menunjukkan walaupun tubuh manusia mempunyai dua paru-paru namun manusia hanya perlu satu jantung yang bertugas tanpa henti mengepam darah ke seluruh tubuh.

Berat jantung kurang lebih 312 gram mampu berdenyut sekitar 60-80 kali / minit dan berdenyut selama setahun sekitar 40 juta kali denyutan. Apabila digunakan sebagai alat penggerak, jantung mampu mengangkat beban yang berukuran 2 kati (1 kati = 448,28 gr) setinggi kaki dengan kerja kerasnya dalam satu denyutan. Kadar darah yang didorong oleh jantung orang dewasa yang sihat ketika berfungsi dengan kuat mencapai sekitar 20 liter / minit.

Sementara perjalanan darah melalui jantung memerlukan masa 1.5 saat, sedangkan dari jantung ke paru-paru kemudian kembali ke jantung lagi (peredaran darah kecil) memerlukan masa 6 saat. Jantung mengeluarkan 8000 liter darah / hari, termasuk jumlah darah yang beredar memanjang + 150 km melalui setiap rangkaian tubuh, dan memindahkan darah yang terdapat makanan dan oksigen. Bekalan oksigen penting bagi organ vital sistem pengangkutan, lima minit saja tidak ada oksigen, maka otak akan mengalami kerosakan.

Jantung berfungsi sebagai raja yang mengepalai seluruh anggota tubuh, ia adalah pancangan kehidupan, sumber nyawa kehidupan dan panas badan.
Jantung adalah sumber munculnya pemikiran, pengetahuan, kelemahlembutan, keberanian, kemuliaan, kesabaran, kekuatan menahan diri, rasa cinta, keinginan, kerelaan, kemurkaan dan sifat-sifat sempurna yang lain. Seluruh anggota tubuh, baik yang nampak mahupun yang tidak nampak adalah tentera bagi jantung.

Setiap apa yang dilihat oleh mata langsung dihantar ke jantung. Kerana keterikatan yang dalam antara mata dan jantung, apabila ada sesuatu di dalam jantung, maka boleh tampak di mata. Mata merupakan cermin dari jantung yang menterjemahkan apa yang berlaku di dalam hati, sebagaimana lisan merupakan penterjemah dari apa yang didengar oleh hati. Kerana itu banyak didapati dalam Al-Qur'an tiga hal tersebut digabung jadi satu.

"Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya." [Qs. Al-Israa (17): 36]
Sementara Harun Yahya mengungkapkan, berliter-liter darah berdetak tanpa henti naik turun di sekujur tubuh dan itu semua dimobilisasi oleh jantung.

Setiap benda memerlukan penggerak agar boleh terus bergerak. Pelbagai kendearaan atau bahkan sebuah kereta mainan remote control bergerak dengan motor. Begitu juga darah yang beredar di sepanjang tubuh pun memerlukan sebuah motor. Motor yang memainkan darah kita siang malam selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun, adalah jantung kita.

Jika kita memegang urat nadi dan menunggunya sebentar, maka akan terasa denyutan jantung kita. Jantung mengepam + 152 juta liter (40 juta gelen) darah sepanjang hidup. Darah sebanyak itu setara dengan minyak sebanyak 10,000 kereta tangki, angka ini cukup hebat tentunya. Sekarang jika diibaratkan kita menuang secawan air dari satu baldi ke ember lain, 70 kali seminit. Akhirnya tentu otot tangan dan pergelangan kita akan sakit dan perlu berehat. Padahal, jantung melakukan tugas seperti ini sepanjang hidup dan tidak pernah berehat.

Darah yang mengedari tubuh kebanyakan tersusun dari air (jika, sel, protein dan hormon dipisahkan dari darah, yang tinggal adalah plasma yang 95%-nya adalah air). Oleh kerana itu Jika peringkat visikositas air menyerupai ter atau minyak zaitun yang bervisikositas 100 juta lebih tinggi dari ter, jelas tidak ada jantung yang boleh mengepam darah melalui rangkaian kapilari tubuh. Tingginya visikositas air membuat darah melalui pembuluh-pembuluh darah yang halus tanpa halangan dan perlambatan.

Bayangkanlah bagaimana Allah menciptakan pam dengan bentuk yang paling sempurna di dunia ini sekarang tengah berdetak di bahagian kiri dada kita, Subhanallah ...

Dengan rancangannya yang istimewa dan gerak tak kenal henti, jantung membuat seluruh darah dalam tubuh menyelesaikan 1000 pusingan penuh dalam sehari.

hargailah JANTUNG anda!
tips lain : jangan bebankan jantung anda dengan pemakanan yang tidak seimbang. Jantung yang tersumbat dengan LEMAK degil amat merbahaya menyebabkan kegagalan jantung untuk mengepam.

Bagi mendapatkan set Cadangan JANTUNG ,bolehlah menghubungi 0179506861 melalui whatsapp atau telegram

Saturday 20 February 2016

February 20, 2016

8 JENIS PENYAKIT TANPA PERLU UBATAN


Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang. Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya.

Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh. Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat. Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases). Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

akhir kata, jaga lah kesihatan terutamanya  pemakanan kita .Mudah mudahan dilindungi Allah SWT. senantiasa... amin.Insyallah, selagi anda mengamalkan gaya hidup sihat ..

Wednesday 17 February 2016

February 17, 2016

MENOPAUSE : sebelum usia

corak hidup yang bebas makanan berproses boleh cepatkan tanda awal menopos

Ciri ciri menopos : kulit kering,vagina kekeringan


Tengahari kelmarin, aii dikejutkan dengan satu whatsapp customer. Usia masih muda,tetapi doktor sahkan menopos pra matang .Allahuakbar! hancur luluh hatinya.. Usia perkahwinan baru setahun lebih, masih mencuba untuk mendapatkan zuriat.Tapi lain dapat result (semasa checkup kesuburan ).Hormon FSH tinggi yang menyebabkan ke arah menopos.



Okay, mari kita kenali apa itu MENOPOS.Mengapa kaum wanita sangat takut bila menopos nie..



Apa itu Menopause? 
 
Menopause bermaksud berakhirnya kitaran haid untuk seseorang wanita. Selalunya terjadi di kalangan wanita yang berusia lewat 40-an atau awal 50-an, dan ia menandakan bahawa berakhirlah fasa kesuburan dalam hidup wanita tersebut.
 
 Maka ovari wanita berhenti menghasilkan telur dan menghasilkan kurang hormon wanita. Apabila ia berakhir, dia tidak lagi boleh hamil secara semula jadi.
 
tanda-tanda anda bakal menopause?
 
  •  Haid yang tidak teratur 
  • Vagina kering dan menyebabkan rasa sakit ketika bersama suami 
  •  Rasa panas Berpeluh waktu malam 
  • Masalah sukar tidur Perubahan mood
  •  Pertambahan berat badan
  •  Kulit kering 
  • Rambut menipis 
  • Kerapuhan tulang (osteporosis iaitu reput tulang 

Apa-apa sahaja yang merosakkan ovari boleh menghentikan hormon estrogen yang boleh menyebabkan menopaus pramatang. Ini termasuk rawatan kemoterapi untuk kanser atau pembedahan membuang ovari. Dalam kes-kes ini, menopaus awal boleh berlaku, tetapi ramai juga wanita yang menopause awal walaupun ovari mereka tiada masalah. 
 
 
1. Genetik 
Para penyelidik telah menentukan bahawa umur pada putus haid awal kemungkinan besar diwarisi. Mengetahui apabila ibu anda mula putus haid boleh memberi petunjuk tentang apabila anda akan mula putus haid. Jika ibu anda mula putus haid awal, maka anda adalah enam kali lebih besar daripada purata untuk melakukan perkara yang sama.
 
 2. Life style 
 
gaya hidup Merokok boleh menyumbang kepada menopaus awal, kerana kesan-kesan anti-estrogen yang. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa jangka panjang atau perokok biasa mungkin mengalami menopaus lebih awal daripada umur purata kejadian. Menurut Klinik Mayo, secara purata, perokok mula putus haid satu hingga dua tahun lebih awal daripada wanita bukan merokok. Indeks jisim badan (BMI) adalah satu lagi faktor yang mungkin dalam menopaus awal. Estrogen disimpan di dalam tisu lemak. Wanita sangat kurus mempunyai tempat menyimpan estrogen kurang, yang boleh habis lebih awal, kata pakar.

Kajian-kajian lain telah menunjukkan bahawa BMI yang lebih tinggi boleh menyebabkan tercetusnya lewat menopaus. Tapi jangan plak saja je tambah berat badan bagi gemuk sebab nak lambat menopause ya. 
 
3. Kecacatan kromosom 
 
Kecacatan tertentu dalam kromosom boleh menyebabkan putus haid. Sindrom Turner adalah salah satu syarat itu. Keadaan ini berlaku apabila seorang gadis yang dilahirkan dengan kromosom yang tidak lengkap. Wanita dengan sindrom Turner mempunyai ovari yang tidak berfungsi dengan baik, sering menyebabkan mereka memasuki menopaus pramatang .. 
 
 
4. Epilepsi 
 
Epilepsi adalah gangguan penyitaan yang berpunca dari otak. 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa wanita dengan epilepsi adalah lebih cenderung untuk mengalami kegagalan ovari pramatang (POF). POF membawa kepada putus haid. Satu kajian khususnya mendapati bahawa dalam sekumpulan wanita epilepsi, kira-kira 14 peratus mempunyai menopaus awal
Bolehkah Menopaus Awal Menyumbang kepada kesan kesihatan yang lain? Apabila anda mula menopause 10 tahun atau lebih awal, kebimbangan yang paling jelas adalah berakhirnya kesuburan anda. Namun terdapat kebimbangan kesihatan yang lain juga. Selain peranannya dalam pembiakan, aliran estrogen ke tisu-tisu anda mempunyai banyak kegunaan. estrogen meningkatkan “kolesterol baik" HDL dan mengurangkan “kolesterol jahat” LDL. Ia juga melegakan saluran darah. Hormon perisai tulang, menghalang mereka daripada penipisan dan akhirnya membawa kepada osteoporosis. Kehilangan estrogen lebih awal daripada biasa boleh meletakkan anda pada risiko yang tinggi untuk: Penyakit jantung Osteoporosis Gejala Parkinson Kemurungan Demensia Kematian awal 
 
 
 
Bagaimana nak mengurangkan simptom-simptom dan melambatkan menopause?
 
 GLA Complex dapat membantu melegakan simptom menopaus, boleh diambil oleh wanita yang bakal atau telah menopaus.
 
 GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause. 
 
GLA Complex Shaklee menggabungkan khasiat minyak borej, yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linoleik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 
 
Ia mencergaskan tubuh dan membantu anda berasa lebih selesa semasa haid: Asid gamma linolenik telah lama digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa haid, sakit kepala, menormalkan semula kitaran haid dan melegakan simptom-simptom menopaus.
 
 
 Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini? 
 
1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah mengawal selia hormon estrogen dan testosteron.
 
 Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopaus. 
 
2- Bagi wanita yang mengalami menopaus awal (pre-menopaus) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana GLA membantu melambatkan menopaus dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi. 
 
3- Wanita menopause yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. 
 
GLA membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi. 
 
4- Pertambahan berat wanita menopaus juga agak membimbangkan.
 
 Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. 
 
GLA membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan. 
 
5- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda. 
 
GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause. 
 
Semakin usia meningkat, hormon estrogen makin berkurang, oleh itu kembalikan hormon kewanitaan anda dengan segera! 
 
 
 
 
 untuk dapatkan produk sms/ whatsapp
hubungi 0179506861

Monday 15 February 2016

February 15, 2016

AGAMA: JANGAN SOLAT LAMBAT!



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. Nak subur? Sila segerakan solat Asar anda!

Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah S.W.T. tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah S.W.T. mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya.

Sumber : Ustazrazi

Sunday 14 February 2016

February 14, 2016

TIPS MUDAH HAMIL : ELAKKAN MAKANAN TAJAM



TIPS :
Mudah Hamil

Elakkan makanan Yang bersifat TAJAM Seperti Nenas,Air Tebu,Dan Minuman Berkarbonat.
kerana makanan tersebut boleh mencuci rahim.





Bagi mereka yang mempunyai masalah Hormon tidak menentu(haid x teratur,,senggugut dll).. bolehla mencuba Gla Complex & Bcomplex bg persediaan kehamilan. 


ini cadangan set bagi BASIC kesuburan ..
mereka yang mempunyai masalah seperti CYST /FIBROID atau PCOS lain saranan produk


Hubungi ina 017-9506861
Utk keterangan lanjut.

Saturday 13 February 2016

February 13, 2016

4 Sebab ISTERI Jadi GEMUK



Ada segelintir kaum suami mudah mencari perempuan lain kerana menganggap isteri mereka sudah tidak cantik, nampak tua, dan gemuk.. 
 
 
 
 
 
 
 
Tapi tahukan anda semua wahai kaum suami sebab-sebab yang menjadikan para wanita khususnya isteri & ibu cepat nampak tidak menarik di mata anda?
 
 1. Tahukah anda, jika kita makan dengan perlahan dan mengunyah makanan sehingga benar benar hancur, itu akan membantu proses penghadaman kita, sekaligus mengelakkan kita gemuk.. tetapi kasihan kaum ibu ni, terpaksa makan laju laju, telan terus tanpa sempat dikunyah kerana nak memujuk anaknya yang menangis. Tapi si suami..layan jer sambung makan, buat buat tak dengar anaknya menangis. So, wanita pun mudah jadi gemuk sebab makanan tak sempat nak hadam betul betul. 
 
2. Wanita juga mudah gemuk kerana sifat mereka yang tidak suka membazir. Makanan yang tidak habis dimakan oleh anaknya, maka dialah yg akan menghabiskannya pulak. Sayang katanya… takut membazir. Membazir itu kan amalan syaitan. Si suami pulak dengan riaknya mengatakan “kau ni kuat betul makan!”
 
 
 3. Bila anak menangis tengah malam nak minum susu, bapaknya akan tido mati terus. Kalau yang dengar pun buat buat  tido lena sebab malas nak bangun, malas nak ganggu tido nya.wanita lah yang dalam semalam, berapa puluh kali terpaksa bangun membuat susu untuk anak.. Bila tak  cukup tido, mulalah muka nampak letih dan cepat nampak tua. Kedut kedut pun mula wujud. Masa tu guna Total Effect ker, aper ker… xkan nak hilangnya. Petua untuk cantik kan ada dua yang penting, minum air banyak & TIDUR SECUKUPNYA.
 
 
 4. Dan bagi wanita yang berkerjaya, sudahlah penat bekerja utk membantu menambah pendapatan keluarga, bila balik rumah, semuanya dialah yang kena uruskan. Dengan perangai anak anak, perangai bapaknya… nak itu, nak ini.. So, wanita pun membebel, marah marah… dan bila marah, banyak leter, so cepatlah jadi tua.. 
 
 
Kesimpulannya. ..wanita cepat tua & cepat gemuk adalah disebabkan LELAKI atau lebih tepat lagi SUAMI.. Oleh itu, hargailah segala pengorbanan isteri anda. Mungkin sekiranya sehari sahaja isteri anda tiada, dan anda perlu memikul tanggungjawab dia sementara, anda mungkin tidak mampu melakukan seperti dia lakukan.
 
 
Dan satu lagi tips tambahan dari aii khas buat SUAMI:
 
Janganlah KEDEKUT laburkan sikit duit untuk membeli SUPPLEMENT untuk Kesihatan, KULIT, untuk ISTERI awak juga tu. Tak salah! Memang tak Rugi, awak pun boleh makan sekali. Suka tengok  perempuan KURUS? belikan ISTERI set KURUS ( BAKAR LEMAK dan bertindak mengempiskan perut serta elak tubuh badan menggeleber selepas kurus .Selain tu juga, SET KURUS SHAKLEE ni menurunkan bacaan tekanan DARAH TINGGI dan masalah LELAH) .Si Suami  pun..,apa kurangnya..., awak pun GEMUK..takde pulak ISTERI cari lain. Seeloknya, sama sama la jaga badan dan kesihatan.


Hubungi 0179506861 untuk mendapatkan SET KURUS yang SELAMAT dimakan dan juga mempunyai KKM.

Thursday 11 February 2016

February 11, 2016

5 Tips JANGAN Bagi Ibu Hamil



Nasihat Pemakanan Bagi Ibu Hamil:

1) Jangan makan nenas 
- sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
(jeruk pun tak boleh makan tau,sebab asid tersangat tinggi)

2) Jangan makan pucuk/ulam melarat atas tanah (ie ulam pegaga)
 - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.

3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan 
-sebab nanti air mentuban berbau busuk.

4) Jangan minum ais 
- sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek. ( kes akak ipar, dia bleeding sebab ais. Tatau macam mana bole camtu)

5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan 
- takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran.

6)Air Tebu
 
kesimpulannya disini, jika anda sayangkan zuriat kat dalam tu.. sila ELAK kan ya.
Erm..iya. memang ada yang cakap.. aku makan OK je. Tapi harus ingat! Setiap kandungan lain CARA dan sensitif nya perut.

Sunday 7 February 2016

February 07, 2016

PETUA : Hilangkan KETUAT

petua hlangkan KETUAT



Pernah dengar ketuat tak? ala yang benda timbul di permukaan ( kadang tumbuh kat jari kaki, jari tangaan emm tapak tangan pun ada tau). Macam nie kalau nak kenal dia. Ketuat tu berbiji...,timbul.Kalau dia kecik, nampak lagi kat dalam tu macam berakar (Eh,,aii tau la..sebab masa kecik kecik aii ada tumbuh kat jari kaki kelingking. Abang aii pulak,masa tu dia tumbuh kat atas ibu jari kaki.. dia la p ketip ketuat tu.Nampak benda tu berakar) ee..scary weii.

Jangan taktau ketuat tu boleh merebak kekawasan lain pula jika korang pecahkan ..Hati-hati. Mesti korang taknak ia merebak kan??

eee...gelinyeeee.alamak!! ketuat. Nih la benci.Kenapa tumbuh ? macam mana nak hilangkan? kena bedah ke ape? . Nanti mesti orang kata aku pengotor..aaaarghh.


Okay okay...wat chill, wat rilex yaa. Tak perlu bedahpun.Nie Petua Untuk hilangkan Ketuat yaa..

Bahan - Bahan


1. Minyak masak ( setitik dua )
2. Bawang Putih ( Seketul )

Cara -Cara :

1. Tumbuk bawang putih sehingga lumat 
2. Gaulkan Bawang putih bersama minyak masak.
3. Lumurkan bawang putih bersama minyak masak ke tempat yang terkena ketuat tersebut semalamaan (secara konsisten) 

insyallah... Ketuat tu akan hilang tanpa kita sedar.. 
kena RAJIN okay.. kalu tak, memang tak jadi lahh. 



Friday 5 February 2016

February 05, 2016

DOA : AYAT PENGGERAK YANG WAJIB DIAMALKAN ZAMAN INI

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Alhamdulillah,bersyukur ke hadrat ilahi kerana di berikan lagi peluang untuk terus menikmati keindahan alam dan setrusnya bersujud kepada Nya. Entri kali ini tentang Doa . Zaman serba canggih manggih ni kan, manusia telah berbalik kepada zaman dulu-dulu ( mak aii la cakap..) sebab? Ramai sangat orang mencari benda benda tak elok ( ilmu hitam aka bersubahat dengan Jin dan syaitan demi kepuasan diri) . Sikap manusia pada masa kini terlalu iri hati dengan kelebihan dan kesenangan orang lain. Jadi, untuk mengelak dari perkara perkara tersebut, korang boleh amalkan doa ini.Pagi dan petang seeloknya.. 



Alhamdulillah.. ibu saudara aii yang amalkan ayat penggerak ni semasa nak makan di restoran tiba tiba muntah semula makanan yang baru beberapa minit di telan.Allahuakbar! tak pasti apa yang ada dalam makanan..( secara mata kasar, makanan tu elok ) wallahualam.









Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;



1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.
2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.
3. Selamat dari bahaya.
4. Tidak melarat, Menjadi Senang.


Keberuntungan beramal dengan doa ini


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.


Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan
Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.



Terhindar Daripada Sihir
Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.


Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus
Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah. 

Wednesday 3 February 2016

February 03, 2016

MAUT OBESITI : 32 PEGAWAI ,ANGGOTA POLIS MENINGGAL SETIAP BULAN

Tiga bulan turunkan berat badan

JOHOR BAHRU – Polis Johor memberi amaran kepada 9,000 anggota dan pegawainya yang mengalami masalah kegemukan supaya mengurangkan berat badan masing-masing dalam tempoh tiga bulan.








Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin (gambar kecil) berkata, anggota dan pegawai terbabit akan diwajibkan mengikuti program sukan dan riadah yang disusun pihaknya bagi memastikan mereka mendapat berat badan ideal dalam masa yang ditetapkan.

Tegasnya, tindakan tatatertib akan diambil terhadap pegawai dan anggota yang gagal menghadirkan diri pada program pencegahan obesiti tersebut.

“Saya bimbang apabila melihat ramai anggota dan pegawai polis yang menghidap pelbagai penyakit akibat daripada masalah berat badan.

“Sebagai organisasi penguat kuasa undang-undang, kita tidak boleh membiarkan masalah kegemukan ini berlarutan dalam kalangan mereka. Justeru, dalam tempoh tiga bulan, mereka mesti mendapatkan semula berat badan ideal,” katanya selepas melancarkan Op Selamat 8/2016 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini semalam



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0203&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz3z3xDKbn9
Hakcipta terpelihara
hahhhh... betul jugak tu.Dah kalau obesiti macam mana?? dengan kolestrol lagi..Semput je.Macam mana nak kejar Penjenayah ye dak abang abang polis? 
 
set penurunan BERAT BADAN(bina otot dan tenaga)

set PENURUNAN BERAT BADAN ( bakar lemak)
okay abang polis sekalian,jangan risau. Set Penurunan berat kan ada.. Berat turun, masalah KOLESTEROL terjaga IQ pun pikap turbo... ehehehe.. Badan pun boleh Sado.. Ketak ketak semua terjaga, tak menggeleber tau.

hubungi 017-9506861
whatsapp / telegram 

Tuesday 2 February 2016

February 02, 2016

KEBAIKAN MENYUSU : KEPADA IBU DAN BAYI

Kebaikan Susu Ibu 
 Assalamualaikum.. haiii. Ramai tak kat sini ibu yang masih menyusu badan ? Kalau ada alhamdulillah.. rezeki baby masih ada..seronok sbenarnya menyusu nie, ibu dapat faedah selain pahala menyusukan baby sehingga 2tahun dan apa yang paling best, si ibu pun dapat bakar lemak melalui penyusuan (macam aii, menyusukan si soffea.. alhamdulillah,sekarang berusia 10 bulan.Perut yang buncit pun boleh kempisss tau)

jom LIHAT kebaikan lain PENYUSUAN kepada IBU dan BAYI

bayi susu ibu







FAEDAH KEPADA BAYI 
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
 Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. 
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
 Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. 
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. 
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. 
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. 
 memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
 ibu
penyusuan susu ibu: membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. 
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 
menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
 Lain - lain kebaikan: Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.



Kesimpulannya disini.. IBU IBU seharusnya menjaga pemakanan . Risau la kan, baby kembung perut ke atau kulit sensitif ni kebiasaannya dari pemakanan si ibu.Jadi Para ibu sekalian,janganlah makan ikan tak fresh ..jaga makan. Kalau si ibu yang mempunyai anak EKZEMA, aii nasihatkan si ibu pun kna pantang makan juga.. (kan apa yang kita makan, pemakanan tu akan disalurkan terus melalui penyusuan..bukan setakat anak je kena elak tau)


Oh ya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyusuan.. bolehlah menghubungi 0179506861
untuk mendapatkan set penyusuan