Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Tuesday 2 February 2016

KEBAIKAN MENYUSU : KEPADA IBU DAN BAYI

Kebaikan Susu Ibu 
 Assalamualaikum.. haiii. Ramai tak kat sini ibu yang masih menyusu badan ? Kalau ada alhamdulillah.. rezeki baby masih ada..seronok sbenarnya menyusu nie, ibu dapat faedah selain pahala menyusukan baby sehingga 2tahun dan apa yang paling best, si ibu pun dapat bakar lemak melalui penyusuan (macam aii, menyusukan si soffea.. alhamdulillah,sekarang berusia 10 bulan.Perut yang buncit pun boleh kempisss tau)

jom LIHAT kebaikan lain PENYUSUAN kepada IBU dan BAYI

bayi susu ibu







FAEDAH KEPADA BAYI 
Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
 Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar
Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru. 
Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
 Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda. 
Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain. 
Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan. 
Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. 
 memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
 ibu
penyusuan susu ibu: membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin. 
membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat. 
mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari. 
menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
 Lain - lain kebaikan: Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada. Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.



Kesimpulannya disini.. IBU IBU seharusnya menjaga pemakanan . Risau la kan, baby kembung perut ke atau kulit sensitif ni kebiasaannya dari pemakanan si ibu.Jadi Para ibu sekalian,janganlah makan ikan tak fresh ..jaga makan. Kalau si ibu yang mempunyai anak EKZEMA, aii nasihatkan si ibu pun kna pantang makan juga.. (kan apa yang kita makan, pemakanan tu akan disalurkan terus melalui penyusuan..bukan setakat anak je kena elak tau)


Oh ya, bagi mereka yang mempunyai masalah penyusuan.. bolehlah menghubungi 0179506861
untuk mendapatkan set penyusuan

No comments:

Post a Comment