Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 28 August 2015

August 28, 2015

ESP penyebab baby kembung perut?

kembung -

  Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.


Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah :

* Bunga kubis

* Kekacang

* Kubis

* Kubis Brussels

* Brokoli

* Bran

* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas

* Bawang

* Makanan bergoreng dan banyak lemak



Kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran.



Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus.



jadi, ada kemungkinan ESP jugak menyebabkan kembung pd ibu/baby sebab soya adalah kumpulan kekacang. Disarankan supaya ibu yg mengalami malah kembung pd bayi semasa dalam pantang mengurangkan dos ESP kepada 1/2 sudu besar sehari.

Bagaimana nak dapatkan Set berpantang ?

Sms / whatsapp/ telegram 017.9506861

Monday 24 August 2015

August 24, 2015

Rawat Bengkak susu


Ya Allah...sakitnya Bengkak susu.

..Bengkak susu nie terjadi akibat susu terlampau banyak  (kemungkinan baby tidak pandai lagi menyusu,jadinya memang bengkak la breast..si ibu yang menderita..) Memang terasa panas macam kena cili gitu.


 amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

11. Haaa.. sudah ikut semua petua diatas.Tetapi masih Bengkak susu?
Ina sarankan ibu-ibu semua mengamalkan Omega guard bersama Lecithin bagi mengatasi masalah tersebut.. Tak percaya? Meh sini tengok testimoni. Yang pastinya ia berhasil mengatasi gejala Bengkak susu..



Bagaimana ingin dapatkan omega guard + Lecithin?
(Stok..insyallah tidak putus)

Hubungi ina menerusi WhatsApp / telegram 0179506861

Jangan risau..mereka yang berdekatan bolehla cod.
Hanya sekitar kuantan ina akan delivery shaklee.

*Ibu ibu selepas pantang,mengalami kekurangan susu?Jangan stress..ina ada supplement yang mampu banyakkan pengeluaran susu Badan.

Thursday 20 August 2015

August 20, 2015

Santau dan Tanda tanda

Assalamualaikum dan salam tengahari.

SANTAU...

Dunia semakin maju,manusia semakin  terlalu taksub dengan benda-benda  syirik macam nie. Asal tengok je,bisnes maju sikit.Mula la berlaku ketidakpuasan hati dengan menghantar santau.. (Emm,ingatkan zaman dulu dulu aje orang ada ilmu santau)

Serba sedikit tanda - tanda santau



Kadang kadang tanda nie takkan keluar semua pada pesakit... Secara berperingkat.
Mungkin akan ditandai dengan batuk batuk berpanjangan.









































































Wednesday 12 August 2015

August 12, 2015

Petua : anak meragam (sebelum tidur)

Assalamualaikum.. Dan selamat pagi.

Nie haaa,sebenarnya sudah lama nak up entri .  Sibuk kisahnya..dengan tab problem.
Harini akan ina tunaikan hajat ina iaitu turunkan ilmu serba sedikit.

Kisahnya begini, ...
Semenjak Nur Iman Qaisara menginjak ke usia 2tahun.. 
Setiap malam.
Sebelum tidur,memang sara akan mengamuk.

Sebelum itu,dia akan usik adik..usik abah yang tengah tidur dan Akhir sekali sebelum tidur akan menangis macam kena histeria.(menangis dalam 1-2jam barulah dia berhenti dan tidur)
Berlaku macam nie disebabkan tempat dia bermanja telah diambil oleh adiknya (wardina)

Sekarang nie,alhamdulillah...
Sara dah boleh tidur tanpa mengamuk..

Ina amalkan surah al fatihah sebelum tidur..
Caranya dengan meniup ubun-ubun selepas alfatihah dibaca dengan niat,anak tidur lena tanpa gangguan.