Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 28 August 2015

ESP penyebab baby kembung perut?

kembung -

  Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.


Antara makanan yang boleh menggalakkan penghasilan gas dalam usus ialah :

* Bunga kubis

* Kekacang

* Kubis

* Kubis Brussels

* Brokoli

* Bran

* Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, bihun, gandum). Beras adalah makanan berkanji yang tidak menyebabkan penghasilan gas

* Bawang

* Makanan bergoreng dan banyak lemak



Kebanyakan orang beralih kepada pemakanan sihat dengan menambah pengambilan serat. Namun masalah gas berlebihan boleh berlaku jika mengambil terlalu banyak serat sama ada daripada bijirin (oat, bran atau gandum), roti mil penuh, buah-buahan atau sayur-sayuran.



Pada peringkat awal, pengambilan serat yang banyak akan menyebabkan rasa kembung tetapi masalah ini akan hilang perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Bagaimanapun, ada juga yang tidak boleh menyesuaikan diri dengan penambahan serat dalam diet mereka. Untuk mengelak masalah ini, anda perlu minum lebih banyak air supaya serat tidak terkumpul dalam usus. Serat boleh menyerap air dan mengembang beberapa kali ganda daripada saiz asal. Jika anda minum air secukupnya, serat ini menjadi lembut dan mudah dikeluarkan daripada usus.



jadi, ada kemungkinan ESP jugak menyebabkan kembung pd ibu/baby sebab soya adalah kumpulan kekacang. Disarankan supaya ibu yg mengalami malah kembung pd bayi semasa dalam pantang mengurangkan dos ESP kepada 1/2 sudu besar sehari.

Bagaimana nak dapatkan Set berpantang ?

Sms / whatsapp/ telegram 017.9506861

No comments:

Post a Comment