Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Friday 9 January 2015

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA MENGANDUNG

Assalamualaikum dan selamat malam..

Ini topik panas bagi ibu hamil.Mana tidaknya, rata-rata ibu mengandung semuanya kerap sakit kepala.Betul tak? Ina sendiri pun kerap sakit kepala.Kalau silap makan sikit. Terlebih garam dan berminyak pun tak boleh.Alhamdulillah, sekarang ina dapat selesaikan masalah ini daripada berlanjutan..Ina kawal makan dan menngambil supplemen.

Okay..jom baca entri ini. 

Tekanan Darah Tinggi Ketika Hamildikenali sebagai pregnancy induced hypertension (PIH) ataupun hypertension ketika hamil. Tekanan darah akan sedikit berubah ketika hamil, ini dIsebabkan oleh hormon kehamilan dan progesteron mengendurkan dinding salur darah anda.

 Tekanan darah tinggibagi orang normal ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu hamil tekanan normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80. Sekiranya tekanan darah melebihi 14o, itu sudah dikategorikan sebagai tinggi.


Tekanan darah tinggi ketika hamil


Bagi ibu – ibu yang mempunyai penyakittekanan darah tinggi ketika hamil, ia boleh menyebabkan berisiko kehilangan bayi, nyawa sendiri dan berat bayi kurang dari bayi yang normal. Terdapat beberapa cara untuk membantu anda mengurangkan tekanan darah tinggi ketika hamil.


1) Mengurangkan Makanan Tinggi Sodium & Makanan Segera.
makanan segera



Tahukan anda penyebab utama tekanan darah tinggi ketika hamil adalah berpunca daripada makanan yang tinggi kandungan sodium natrium. Kebiasaannya makanan segera mengandungi sodium natrium yang tinggi. Maka, pastikan anda tidak mengambil makanan segara dengan lebih kerap.


2) Banyakkan Minum Jus Buah




Amalkan minuman berkhasiat ini pada setiap pagi dan malam. Pastikan buah tersebut segar dan kurangkan gula. Selain dapat mengawal tekanan darah tinggi ketika hamil, ianya juga kaya dengan vitamin. Bukan sahaja bagus untuk ibu yang hamil, malah jus buah juga bagus untuk bayi dalam kandungan.


3) Sayur dan Ulam




Ulam seperti tomato, daun sup dan batang sadari bagus diamalkan setiap hari ketika anda ingin menjamu selera. Ini kerana ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi ketika hamil.


4) Air Asam Jawa


asam jawa
Ambil air asam jawa sehari sebanyak 2 kali seminggu. Iaitu siang dan malam. Cara untuk menyediakan air asam jawa ini ialah, ambil air masak 1/2 cawan dan masukkan sedikit pes asam jawa. Selain dapat menurukan tekanan darah tinggi ketika hamil, air asam jawa juga bagus untuk menyejukkan badan, menghilangkan sakit tekak dan batuk.


5) Bersenam



ibu hamil berseman
Membuat senaman ringan bagi mengurangakan tekanan semasa tempoh kehamilan atau tekanan semasa menunggu proses bersalin.


6) Membuat Kerja Dengan Teratur


Keadaan terdesak atau kelam – kabut boleh menyebabkan anda menjadi lebih tertekan. Pastikan tugas harian anda disiapkan dalam keadaan yang tenang. Sekiranya anda tidak dapat membuat kerja tersebut seorang, maka mintalah bantuan orang yang terdekat. Jangan memaksa diri sehinggakan anda merasa tekanan. Perasaan tertekan atau tekanan kerja akan membuat tekanan darah tinggi ketika hamil menjadi lebih merbahaya.

No comments:

Post a Comment