SIAKAP 3 RASA

assalamualaikum 


selamat petang.. baru berkesempatan nak update resipi kat sini.Dah lama tak makan ikan siakap nie. Kalau tidak, asyik makan sotong/udang/ayam. Boring sangat.. hais..Bahaya kang terkena ghout pulak.Dahla mengandung, penyakit semua senang nak hinggap.Lagi-lagi umur dah meningkat. Hukhukhuk..

Okay.. Sekarang nie ina nak bagi resipi Ikan 3 rasa kat korang yang gemar sangat makan nie. Jadi tak perlu la membazir makan di luar. Sedap belum tentunya,tahap kebersihan apatah lagi.Harga?? Emm..,dulu makan kat kedai siam. Lauk cenggini, ngam-ngam RM 50.. rasa macam mahal laa. tapi masa tu ada tambah telur mata , air dan nasi. hihihihihi.. Kalau masak sendiri.. sah-sah sedap..ye dak? opss! tapi serius memang sedap kalau masak sendiri.Sebab dimasak dengan penuh kasih sayang.Itu la resipi RAHSIA nyerrr.. hihihihihi. 

Next..., jom tengok bahan-bahannya.


BAHAN-BAHAN


1 Ekor ikan siakap ( kalau ikan bawal kurang sedap, sebab siakap rasa manis )
1 Biji bawang Holand
6 Biji Bawang Merah
3 Biji Bawang Putih
6 Tangkai Cili Kering
2 Sudu Besar Cili Sos
2 Sudu Besar Sos Tiram
Secubit garam ( ina tak letak, sebab sos tiram sudah masin )


BAHAN HIASAN
1 Biji Buah Tomato
Daun bawang
1 Biji Lada Besar
Capsicum traffic light ( Jika ada )

CARA-CARANYA
1. Mulakan dengan ikan dahulu. ( gaul dengan garam,tepung jagung dan sedikit kunyit .. tunggu 5minit ).
kelarkan sedikit ikan tu, supaya ikan mudah masak dalam

Petua utk ikan sedap : Pastikan ikan digaul dengan tepung jagung,garam,kunyit


2. Kemudian, Goreng ikan dengan minyak yang banyak.Goreng sehingga garing.. Petua untuk ikan kelihatan sedap dimakan.. kruuup krappp kupp.


3. Setelah ikan masak. Biarkan dalam pinggan.


4. Tumis bawang merah,bawang putih sehingga kekuningan.


5. Masukkan cili kering yang dikisar tadi.Tumis sehingga garing dan naik bau.. ( masa nie, baunya.. ya ampun, siap 2 3 kali terbesin. Sampai jiran sebelah pun terbesin )


6. Apabila cili garing, masukkan sos cili dan sos tiram.Gaulkan biar sebati.. Masukkan sekali Tomato dan bawang holand. Biar layu dan sebati dalam masakan.


7. Akhir sekali taburkan daun bawang untuk hiasan.


8. Curahkan kuah yang telah masak ke atas ikan


pastikan kuah dicurah kedua-dua belah ikan yea.



Selamat Mencuba SEmua..


Semoga Berjaya!!


Jom memasak~~ kita tambat hati suami @ ibu mertua masing-masing melalui masakan air tangan sendiri.




Comments