Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum
selamat petang, Harini ina dah kena cucuk kancing gigi semasa kandungan mencecah 25minggu. Huuuuu...untuk pengetahuan korang, bila baby dalam perut je dah start menendang, si ibu dah boleh diberikan suntikan Kancing gigi atau orang panggil Anti Tetanus ATT.
Uii~~ masa nak kena cucuk tu, nurse keluarkan jarum pun ina dah menggigil.Takut pula tetiba.. rasa seram sejuk dibuatnya.Em..,masa jarum masuk ke lengan .. mak aiiii, rasa ngilu jeee.Bila dah siap cucuk, seolah olah jarum tu masih ada (lekat) di lengan..hihihihi. Bayang la macam mana yea? hihihi. Selepas kena cucuk, rasa kebas je tangan.Bila ina buat kerja-kerja rumah seperti memasak okay.Nie bila duduk saja-saja sambil taip entri , kebas pula..Berat rasa lengan kiri ni.
![]() |
kecil-kecil cili padi... penangan nya. fuuuhhh. |
Pentingnya cucuk kancing gigi( copy paste jer) :-
- Tetanus
adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh
racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan
anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan
kuman tersebut.
- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk
wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka
episiotomy).
- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan
wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan
tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO
& Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada
ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.
- Vaksin ini
melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk
dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga
beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi
pramatang.
- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan
pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua
bulan selepas dos pertama.
- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.
- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah
banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi
kuman.
- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti
demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di
hospital tidak memberikan suntikan ini.
- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.
Bagaimana ingin dapatkan SET KEHAMILAN
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.
SMS / WHATSAPP 017-9506861
cod sekitar KUANTAN pada setiap hari
postage ke seluruh malaysia
Instagram : Stor_vitaminsemulajadi
0 Comments