BONIA offer

Wednesday, 7 January 2015

Ikan kembung Percik

assalamualaikum..

selamat petang, nie menu tengahari ina tadi.Boring tak tau nak masak apa kan.Asyik tumis pedas,asam pedas je manjang.Naik boring..Minggu ni kebetulan adik ada balik dekat sini,so..dia la jadi pembantu.okay... jom tengok bahan-bahannya


ini la dia.. ikan percik mak yong. Ahakss~



IKAN PERCIK 


BAHAN-BAHAN:

4 Ekor ikan kembung
kelapa ( 1 biji siap parut )
3 batang serai
1 inci Halia
1 inci lengkuas
5 biji bawang merah
6 tangkai cili kering
3 biji bawang putih
Garam ( secubit sahaja )
Gula ( jika nak letak,taknak sila abaikan )
Kunyit hidup @ serbuk

Utk ikan (perap ):

3 biji bawang putih
halia
kunyit hidup @ serbuk

CARA-CARA:

1.Bersihkan ikan terlebih dahulu.Kemudian perap ikan sekejap..tinggalkan.

2. Lebih kurang 10minit ikan diperap, goreng ikan sehingga garing.

3. kisar  bawang,halia, lengkuas,cili kering.

5. Tumiskan bahan yang sudah dikisarkan tadi bersama serai sehingga kekuningan ( naik bau ).Masukkan kunyit.

6. Masukkan cili kering.Tumis sehingga garing dan pecah minyak.Perasakan dengan Sedikit garam..

7. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi..Gaul sehingga sebati.

Sedia dimakan...

selamat mencuba~~~~


notakaki : Ikan percik nie tak boleh masak hari-hari, nanti kolesterol naik.Naik pulak darah tinggi yea.. Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi boleh mencuba Phytocol St bersama Omega Guard dari shaklee


Bagi mereka yang ingin dapatkan Phytocol dan Omega

sms / whatsapp 017-9506861

cod sekitar kuantan pada setiap hari
postage ke seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment