Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Monday 9 June 2014

| norazlinamohdali| :: Dalca


Bahan-bahan ( Satu family )

200gm kacang dhal - direbus
200gm daging lembu - dihiris
2 biji terung bulat - dipotong kecil2
2 biji lobak merah (karot) - dipotong kecil2
2 biji kentang
10 batang kacang panjang - dipotong
50gm serbuk kari daging + sedikit air
4 cawan santan
Sedikit daun kari
Minyak masak dan garam

Bahan tumisan:

3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
5 ulas bawang merah - dikisar
2 cm halia - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih hingga berbau.

Masukkan bahan2 kisar dan kacau rata. Kemudian tuangkan bancuhan serbuk rempah kari. Goreng hingga garing.

Seterusnya masukkan daging dan perlahankan api. Masak hingga daging lembut.
Akhir sekali, masukkan kacang dhal, santan, sayur-sayuran dan garam. Masak hingga mendidih.

P/S :: saya Tak perlu risau dengan LEMAK,, sebab saya akan telan ALFALFA COMPLEX& LECITHIN& OMEGA GUARD...(ketiga supplemen ni bertindak membuang toksin & membakar lemak didalam badan) almaklum la,, makanan macam ni kan memang sedap dinikmati & SEDAP la jugak badan menghidap dengan LEMAK (badan naik mencanak2 ),badan berat,kolesterol pun tinggi seterusnya boleh mengakibatkan lemak terkumpul & tersumbat.. boleh mengundang pelbagai penyakit (STROK,DIABETES,JANTUNG).

No comments:

Post a Comment