BONIA offer

Monday, 30 June 2014

menu malam : Siakap masak petai sweet sour

Assalamualaikum .. dan selamat malam. Sekarang baru boleh duduk rehat - rehat.. masak pun sudah. Makan pun selesai. Hanya mnunggu makanan dalam perut diproses sahaja.Jangan lupa yea, terus ngap Lecithin dan Omega guard selepas makan yea.. kasi pecah lemak serta membakar lemak - lemak dengan pantas.Heehe.. ina tak makan suplemen utk kurus (tapi kan,kalo korang pun kurus macam ina ni 50Kg, dan ada certain part body yg berlemak.. ina cadangkan minum Cinch shake sahja..yang mana minuman ni akan hilangkan inci inci pada lengan @ peha @ pinggul) Untuk suami je yang makan Omega guard + Lecithin ..Sebab haritu pergi check kat doktor dan disahkan Overweight.. Back to topic, Entri malam ni ina nak share resipi siakap masak petai sweet sour.Simple sangat nih. jom perati Bahan- bahannya::: 


SIAKAP MASAK PETAI SWEET SOUR

Bahan-bahan
Ikan siakap (Seekor) Minyak masak ( bagi yang tengah diet, pakai minyak olive oil)
Garam ( Secubit )
Cili Boh
Lada besar (5 biji ) *
Cili Padi ( 3 biji ) *
Bawang Merah ( 6 ulas ) *
Bawang Putih ( 3 ulas ) *
Petai ( 2 papan )
Sos Tiram
Sos Tomato
Sos Cili (kimball .. ina suka brand ni) 

Bahan Hiasan:::
Tomato ( 2 biji )
Daun bawang ( 1 ikat )
Bawang Holand ( 1 biji )



Cara - Caranya ::::


1. Lumurkan tepung jagung dan kunyit serbuk pada ikan , secubit garam dan biarkan sebentar :: tujuannya bagi tepung mesra pada ikan (melekat)
2 . Goreng sampai garing ikan siakap ( Kalau tak garing memang tidak sedap).. apabila sudah masak, toskan minyak. Biarkan
3. Masukkan Bawang merah (di blender ) ,bawang putih (di blender ) , Lada hidup (di blender ) tumis sampai naik bau.
4 . Kemudian Masukkan pula Cili Boh kedalam step 3 ( 1sudu je , sebab ina tak suka pedas.. nak pedas boleh letak bersudu - sudu ) . Ina suka tumis Cili boh ni sampai garing, biar dia pecah minyak.. p/s : bila pecah minyak .. lagi sedap masakan anda. Hampir terlupa : Sos Tiram & Cili Kimball
5. Masukkan Serai (diketuk) , petai (dipotong dadu) , hirisan bawang (holand dipotong tebal) , Tomato kedalam kuali tadi dan biarkan kuah pekat . Dan biarkan kuah selama 10minit sampai gelegak.. Tutup api..
6 . Curahkan Kuah yang telah dimasak tadi ke atas ikan siakap .. Dan Hiaskan dengan tomato , bawang holand dan daun bawang. Siap!! Boleh dimakan terus...

Selamat Mencuba semua...
Dah Cuba jangan lupa pula Post gambar kat ruangan komen ye..
Nak Copy paste resipi saya, pun boleh.. Credit kat ina ye

4 comments:

  1. wahhhh...kena try ni.... vs petai lak tu.. terbaekkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh rosma,cubalah.. tiap kali tengok ikan ni, mesti telan air liur.Kuat betul aura ikan siakap nih

      Delete
    2. tu la.. pnh dgr kt kdai2 pun femes ikan siakap bakar vs petai pun ada.nak buat sndri pun mkn berdua ja..tapi mmg nk try..nti ros try kita share2 foto..hehe..

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete