Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Monday 30 June 2014

Paprik Ayam (masakan ala thai )

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum.. Hai,macam mana puasa harini? Segar kah? ke lemau? Kalau lemau,meh sini Cuba Set 3 gems.. Klik SINI : 3 Gems .. Harini Ramadhan pertama berbuka apa semua? Heeh..  ina berbuka tadi Paprik ayam je. Sebelum masak paprik ayam,macam - macam dalam fikiran..,nak masak tomyam , Rendang ayam, Bubur kacang lahh..((itu semua NAFSU semata!!). Sekali suami cakap 'Puasa kita sebulan,,masih banyak hari lagi untuk pelbagai menu awak '.. hihihi. Nasib baik ada yang ingatkan yea.. Okay.. Sekarang ina nak tempek resipi dekat entri kali ini.. * kalau nak tukar ayam kepada sotong @ udang @ daging pon bolehh)

  RESIPI Paprik Ayam
Bahan-bahan 
2 Keping Dada Ayam
150gm bunga kobis (potong kecil)
1 Ulas bawang Besar (dipotong tebal)
2 ulas bawang Putih (diketuk)
2 tangkai Serai (Diketuk)
2 helai daun limau purut
4 Tangkai cili padi
kunyit hidup  ( kunyit serbuk pn boleh)
sedikit garam


Bahan sos::
2 sudu Sos cili thai
2 sudu besar sos tiram
2 Sudu besar sos tomato
2 Sudu Besar kicap



CARA-CARANYA ::


1. Gaulkan ayam tadi bersama garam dan kunyit.. (ayam di potong sebesar duit 20sen ..hihi) .. 
2. Goreng ayam secara  sederhana (jangan garing.. sebab nanti nak masak skali lagi).Angkat dan biarkan seketika.
3. panaskan minyak ke dalam kuali, masukkan  bawang , daun limau purut, serai dan cili padi..tumis sampai naik bau.
4. Masukkan ayam tadi, bunga kobis.(MASAK sehingga sayur lembut)
5. Masukkan Bahan sos, garam,gaul rata.
6. Letakkan air jika perlu.
7. Hidangkan semasa panas..

SELAMAT MENJAMU SELERA!!




No comments:

Post a Comment