perut suamiku kempis ??

ASSALAMUALAIKUM kepada pengunjung blog..

Bismillahirahmanirrahim , alhamdulillah.. diberi kesempatan untuk menulis entri kali ini.Walaupun penyakit malas menyerangku.. Ku tetap gagahi jugak untuk mengupdate blog. Ina terpanggil untuk menulis entri ni disebabkan tengahari tadi (baru balik makan kenduri & shopping ), baru perasan cik Hubby punya perut. Nampak flat sikitt... Kurang sikit seksa tuh nak bawak perut. (mengah bila berjalan).. baju pun tidak singkat..kalau tidak nampak perut macam orang mengandung 9bulan, kehkehkeh..Opps! maaf la andai pengunjung blog ina yang terasa.Ina pun senang hati.. siapa taknak kan? suami kurus.. bila dah kurus ni, nampak lah sedikit muda dari usia. penyakit pun kurang duk hinggap.bertambah ensem.. hihihi.i loike... bila dah kurus suami ,, nak la jugak hantar suami ke gym.. kena paksa sikit. Bagi ada musle gitew.. erm.. ina baru perasan lemak diperut suami berkurangan disebabkan suplemen yang ina suruh suami makan tu.. nak tau tak apa dia? ina bagi 2 jenis suuplemen dulu.. yealahh, suami jenis sukar telan pil tablet ni (kata orang pahang : culan )


  Semasa makan di kenduri tadi,, suami makan tak hengat kau.. 2X tambah. Lauk kat situ memang sedapla.. suami yang cakap. ina segenggam je nasi.. lauk memang banyak ambil.. hehehe. lauk daging masak kawah , ayam pedas & acar masak.. haisss, risau pulak ina. Mana taknya, suplemen tak bawak pon tadi...  tunggu sampai rumah ler jawabnya baru telan omegaguard & lecithin.  Puas hati..


   Destinasi kedua ina terjah ke shopping complex dekat megamall je, malas nak bergerak banyak tempat.. jem jalan.Kebetulan nak bayarkan bil disitu,, hehehe.. maklumlah.. bonus shaklee baru masuk semalam.Sakan lah membeli barang keperluan dapur.Buah epal memang wajib ada dalam list, si kecik iman suka sangat makan buah.. 24 jam akan tunjuk peti. Untuk pengetahuan semua buah epal bagus tau bagi yang dalam proses menurunkan berat badan,sebab ia tinggi serat. Makan sebiji pun sudah kenyang.. hmm.Kan?? malam - malam yang tak tidur lagi,, boleh kunyah epal dari korang duk makan nasi ke atau makanan ringan.. 


  Waktu balik tadi, sempat singgah kat ground floor megamall, ada contest pencarian baby Pa&Ma... Suami yang beria suruh daftarkan anak kat situ. Dalam contest tu ada 2 pilihan kategori, kategori A : bayi 0-1 tahun & kategori B :  Bayi 1-2tahun .. iman dalam kategori B. Iman dapat no 45B .. bergambar sakanla dia atas pentas. tapi yang tak bestnyer, iman muka masam. Takut jurukamera tu, langsung tak senyum..adehhhhh, bikin malu mama & abah saja.. hmm,takpelah kalo takda rezeki pun.


apa itu omegaguard ? .. baca sini :omega guard

Bagaimana Omega Guard buat kerja membakar lemak???



Asid Lemak omega-3 membantu anda membakar lemak dengan membantu badan anda bertindak balas dengan lebih baik terhadap hormon yang dipanggil Leptin (Leptin adalah perkataan Yunani bagi nipis


Leptin memberitahu badan anda (otak anda) untuk mengurangkan selera makan 
anda supaya anda boleh mengekalkan atau mengurangkan berat badan 


Leptin meningkatkan metabolisme 
anda dengan meningkatkan pengeluaran tiroid anda (tiroid anda mengawal metabolisme anda) 


Leptin juga menyebabkan badan anda untuk membakar lemak
 
untuk tenaga

Jika badan anda tidak bertindak balas dengan baik terhadap Leptin maka sebaliknya berlaku – Anda akan lapar, dan anda akan menyimpan lebih banyak lemak —> Anda boleh mengambil Omega-3 lemak untuk membantu badan anda bertindak balas lebih baik untuk Leptin jadi anda boleh meningkatkan metabolisme membakar lemak anda 

3 cara Omega-3 lemak akan membantu anda mengurangkan berat badan
·       Lemak omega-3 membantu anda mengawal kelaparan anda dengan menstabilkan paras gula darah anda 
·       Satu kajian Australia menunjukkan bahawa apabila orang yang mengikuti program senaman mengambil omega-3, menunjukkan pembakaran lemak yang lebih tinggi berbanding dengan orang yang bersenam tanpa pengambilan omega 3


Kesimpulannya, Omega membantu anda mengurangkan selera makan di samping membakar lemak dengan lebih cepat.



Lepasni,, boleh la ambil ukur lilit perut suamiku.. hihihi. nak ambil gambar, tak boleh.. sbb dia memang tak suka berselfie..


bagaimana utk dapatkan?

melalui sms / whatsapp : 017-9506861 
call 

Kawasan cod : Sekitar Kuantan
SELURUH MALAYSIA : Pos menggunakan poslaju / GDex / Citylink 

cari saya di facebook (add saya & pm): Nor Azlina Ina
Instagram : storvitaminsid

Post a Comment

0 Comments