Jerawat dan jenis-jenis

bismillahirahmanirrahim..
assalamualaikum



Bagi entri kali ini, ina  akan kongsikan dengan anda jenis-jenis jerawat. Di samping itu, ina juga akan menerangkan kepada anda perbezaan-perbezaan antara jerawat dan resdung agar anda lebih peka terhadap masalah jerawat sebenar yang mungkin melanda diri anda, keluarga anda ataupun rakan-rakan anda. Seperti yang anda sedia maklum, jerawat dikategorikan sebagai penyakit kronik yang dihidapi oleh hampir 80% individu di negara kita.

Oleh itu mari kita kenali jenis-jenis jerawat yang boleh dihidapi oleh golongan penghidap jerawat:
1. Acne Vulgaris (Jerawat Biasa)
  • Whiteheads - belum dijangkiti kuman tetapi terjadi kerana liang kulit tersumbat dengan sebum dan kulit mati dan menyebabkan liang atas tertutup dan perlu dirawat secara agresif.
Jerawat Terbongkar menunjukkan jerawat jenis Whitehead

  • Blackheads - belum dijangkiti kuman tetapi berbeza dengan whitehead di manabahagian atas blackhead terbuka dan kehitaman disebabkan oleh pengoksidaanudara. Tidak boleh dihilangkan menggunakan skrub muka kerana akan merosakkan lagi kulit muka.
 jerawat jenis Blackhead
  • Papules - radang yang berlaku dalam liang dan kawasan sekeliling akibat jangkitan awal kuman.
  • Pustules - radang yang berlaku akibat jangkitan kuman berterusan serta mengeluarkan nanah akibat dari jangkitan kuman tersebut.

2. Acne Vulgaris (Jerawat Serius)

                                                  

  • Nodul - bonjolan jerawat yang lebih besar dari jerawat biasa dan biasanya sakit jika dipegang dan tidak hilang dalam masa yang singkat. Kebiasaannya akan menyebabkan parut di muka atau berulang membentuk jerawat nodul atau pun jerawat batu.
    • Sista (cyst) - timbul akibat percantuman nodul-nodul yang berdekatan lalu menjadikan satu cyst yang besar. Ia tidak boleh dipicit sama sekali dan memerlukan rawatan lanjut dari doktor untuk mendapatkan suntikan ``A1```steroid bagi mengelakkannya meninggalkan kesan parut.

3. Acne Rosacea (Jerawat Kronik)

                          

Rosacea sering dianggap sebagai salah satu jenis jerawat tapi sebenarnya tidak dan cara merawatnya juga tidak sama seperti merawat jerawat. Ia tidak mempunyai blackhead dan hanya merupakan benjolan merah yang bernanah. Kebarangkalian untuk menghidapi penyakit ini adalah wanita-wanita yang berusia 25 tahun keatas sahaja.

4. Pyodermafaciale folliculitis


         
Sejenis penyakit kulit yang sering disalah anggap sebagai sejenis jerawat namun ianya hanyalah penyakit kulit yang berlaku akibat jangkitan bakteria pada kulit muka. Rawatannya juga tidak sama dengan rawatan bagi masalah jerawat. Kebanyakkan orang juga sering menganggap bahawa penyakit jerawat adalah berpunca daripada resdung. Sekali lagi saya katakan bahawa ianya tidak benar. Apa yang membezakan jerawat dengan resdung adalah:
Jerawat (Acne):


  • Sejenis penyakit kulit yang kronik.
  • Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.
  • Terjadi di dalam lapisan kulit.
  • Boleh tumbuh disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
  • Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.

Resdung (Sinusitis)


  • Radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung
  • Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, parasit) atau perubahan cuaca
  • Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata
  • Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata yang teramat sangat.
  • Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun.
  • Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan eczema, sejenis penyakit kulit yang lain.




Saya harap dengan penjelasan ini anda sudah boleh memahami apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan masalah jerawat dan sekaligus membezakannya dengan penyakit resdung


So, apa tindakan anda sekarang?? nak biarkan macam tu saja? nak tunggu muka jadi kawah dan bernanah ke, baru bertindak?Okay,okay.. rileks yea.Ina ada cadangan shaklee yang sesuai untuk anda mengikut jenis jerawat.

Bagaimana nak dapatkan produk?

sms / whatsapp 017-9506861
add fb : Nor Azlina Ina
Instagram : Storvitaminsid
Kawasan COD: Kuantan (free penghantaran sekitar kuantan)
Pengeposan : Ke seluruh malaysia menggunakan poslaju/ citilink / GDex

Comments