Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Wednesday 23 July 2014

Selamat Ulang tahun Anak Mama ~~

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum









 Selamat Ulang Tahun Kelahiran.. yang ke -2 Tahun
Nur Iman Qhaisara Bt Zul husni.

Lahirnya kedunia Tepat Jam 1.42petang pada tarikh 23/7/2012 dengan berat 2.40gm   
iman lahir pada 35minggu 3Hari ( 3Hari sudah kena admit wad, disebabkan pecah ketuban pada subuh 1 ramadhan {ina menangis masa ketuban pecah,, bukan sakit tapi sebab ketakutan ..hihihi. telefon mak, mak cakap,dah sampai masanya waktu nak bersalin} bersamaan 21.julai . 2012 pagi ahad dikejarkan ke hospital ) Kontraksi datang menyerang jam 11 pagi pada ramadhan ke-3.. masa itu, ina memang berisiko.. ketuban sudah hampir kering, air ketuban bertukar warna kehijauan. Tarikh diberikan untuk dipaksa bersalin dan Alhamdulillah,ina bersalin juga pada 23.Julai.2012 jam 1.42 petang. Proses bersalin, alhamdulillah.. memang mudah, air selusuh memang tidak sempat ina minum. Dengan kuasa Allah s.w.t ( proses kelahiran, semacam sembelit.. sebab masa awal  kandungan ina memang sudah berniat begitu dan jutaan terimakasih kepada  keluargaku terutamanya mak .. 24JAM berdoa untuk ina dari awal kehamilan dan keluarga mertuaku juga,seminggu sebelum bersalin lakukan solat hajat bagi keselamatan ina dan baby.) Masa tu, ina terlupa sangat nak minta maaf pada suami..nasib baik suami seorang yang pemaaf,Dia maafkan segalanya.( mood :: sambil menitis air mata sambil  duk taip kisah nieee...huwaaaaaa~~)

dugaan semasa mengandungkan iman, 2X keluar masuk wad sebelum tarikh bersalin.. 2x kena inject untuk matangkan paru-paru baby. kandungan 6 bulan sebab silap minum air Gau + Stress kerja.Dan kandungan pada 7bulan,kontraksi bersalin datang buat kali ke-2.. 3 hari di tahan wad. 


Cabaran membesarkan iman, dari lahir sampai umur 2tahun,seorang anak yang kuat menangis.. ada yang panggil sawan tangis.Orang-orang semua tidak sanggup untuk menjaganya, hantar pada ibu saudara suami..( tekanan darah tinggi naik mendadak),hantar pada ibu sendiri ( sampai demam jaga iman),memangg stress waktu tu...! last sekali letak iman dekat taska ( nauzubillah,, anak ina yg usia 4bulan disumbat nestum.. menangis saya bila dapat tahu.. itupun setelah org nursery bagitau.. sebenarnya dah 2hari.. sebab ,, sebelumnya memang ina tau..dari awal lagi..muntah anak kaler coklat...hari ke-2 baru info.., dan apa yng ina nampak suasana taska..budak umur 5Tahun suapkan susu pada baby.Memang takutlah tengok) Akhirnya, ina ambil keputusan untuk berhenti kerja.. suami memang tidak izinkan memandangkan dengan kewangan keluarga yang tidak stabil,tapi apakan daya. 

Seorang Ibu tidak sanggup melihat anaknya diperlakukan sebegitu.Hendak mendapatkan cahaya mata bukan senang.. itu pun perkahwinan berusia 9bulan, baru lah ina disahkan hamil. 9bulan ibarat 9Tahun lamanya.. Iskh iskg...,,,tetiba teringat sewaktu kawan yang baru kahwin, di sahkan hamil 8minggu, ina memang sedih. Setiap hari balik kerja, menangis mengadu pada suami. Mana tidaknya.. dari rakan ofis,hinggalah Bos tempat kerja duk perli ina..{ ( cuba korang duk ditempat ina , apa perasaan ).. mana tak stress? Sudahla suasana kerja bengkel (faham-fahamlah yerk, situ tempat lelaki.. mekanik duk perli,Stress dari Bos yang tidak berapa nak bos...kat situ macam ina pulak yang bos tau .hihihi( dari stok,kerja opis dan rangka promosi kita yg kena usulkan .. BOS duk saja je.. Yang paling TERUK! Ina tengah sarat mengandung waktu tu,, OT sampai 12tengah malam tak balik lagi,, duk tunggu kereta customer yang tak siap .. bayangkan korang.. bos sedap-sedap duk kat rumah...,ina yang berbadan dua ni jugak yang terpaksa bekerja.. iskh iskh) }

Allahuakbar!! allah maha mendengar, setiap doa dari hambanya.. Ina berjaya hamil! kandungan ina sudah 9minggu tau. Rakan-rakan opis semuanya tidak percaya(Big boss, lagi lah tidak percaya cerita ina.. sampai tunjuk bukti scan lagi teww). Dapat detect ni pun, sebab kencing kotor. Urin ina berdarah, pergi checkup dekat panel klinik ( syarikat tanggung) positive mengandung.. Subhanallah,, memang tak sangka,ina masa tu siap pesan pada suami lagi, jika ina tidak subur (mahu anak angkat,tapi suami melarang keras) Kita sebagai hambaNya.. perlu berdoa bersungguh-sungguh.. mintak pada allah. Allah nak kita merayu padaNya..Menangislah sepuasnya. Insyallah. Akan di makbulkan doa..



-SEKIAN kisah Ina-


Anda pula? ce cita ce cita~~

No comments:

Post a Comment