Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Thursday 10 July 2014

Petua anak Cepat bercakap

bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum,salam sahur... hampir imsak sekarang yea.Sementara tunggu subuh..,ina hasilkan dulu satu entri yang berkaitan Petua untuk ajar anak bercakap.. Sebenarnya salah satu faktor anak lambat bercakap ialah dari ibu bapa.Mereka harus meluangkan masa bersama anak-anak sekerapnya.. Ibu bapa pada zaman kini,semuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing.Takda masa..,ada segelintir yang belikan Ipad pada anak-anak.Kadang tu, ina tengok sedih,, budak baru jer 6bulan(dah ajar main ipad.. isk. seram..banyak negatif dari positif semua tu).Macam ina,, ina didik anak.. tak bagi mewah-mewah sangat..hmm,maklumlah.. ina ni kan orang susah,so nak lah ajar mereka susah sikit.Ina alhamdulillah, boleh tumpukan 24jam pada anak.. anugerah tidak ternilai..hihihi.Suri rumah laa katakan.



Salah satu perkara yang amat diingini oleh ibu bapa apabila anak semakin membesar adalah mendengar anaknya menyebut "papa" atau "mama". Mesti tersenyum lebar bila mendengar panggilan itu disebut oleh si kecil.



iman.. perkataan pertamanya ialah mama.. sekarang usia masuk ke 2 tahun, sudah pandai sebut "Nak",Ta-kut",Ja-tuh,Petpet(sebab mama beli pampers jenama tu.hihihi. setiap kali pakaikan pampers..iman akan sebut Petpet). Dan satu lagi perkataan.. iman sebut Cu-cuk..



Namun setiap kanak-kanak mungkin berbeza tahapnya, sama ada cepat atau lambat bercakap. Semoga petua yang aku akan kongsikan ini berguna untuk ibu bapa amalkan agar anak anda cepat bercakap:

Selalulah bercakap dengan anak anda walaupun mereka tidak mempedulikan anda dan sibuk bermain. Jangan berputus asa untuk terus berinteraksi dengan si kecil dan ulang sesuatu perkataan itu berkali-kali di hadapannya. Lama-kelamaan pasti anak anda akan terikut-ikut dan meniru apa yang anda ucapkan. 

Gunakan ayat yang pendek dan mudah disebut. Jika anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang untuk bertindak balas.

Mimik muka anda semasa bercakap amat penting. Ia mestilah bersesuaian apabila menyampaikan sesuatu maksud perkataan atau ayat. 

Selalu membacakan buku untuk anak dan meluangkan masa bercerita kepadanya. 

Dedahkan anak-anak anda kepada interaksi sosial kerana dengan cara ini anda memberi peluang kepada mereka mendengar perbualan di samping berjumpa dengan orang yang baru dikenali.

Jadilah pendengar yang baik dan berusaha memberi perhatian serta cuba memahami apa yang disampaikan oleh si kecil. Jika sebutannya tidak jelas, bantulah dengan menyebut beberapa perkataan yang anda rasa mungkin itulah yang cuba disebutkannya.

Pasangkan lagu kanak-kanak yang mudah berulang kali sehingga anak anda mampu mengikutnya.
Jika si kecil sudah mula bercakap atau menyebut satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat dan sebutan yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”. 

Jangan memaksa si kecil bercakap dan jangan pamerkan kekecewaan anda kerana mereka masih belum mampu bercakap. Bahasa yang pertama sekali anak-anak belajar adalah bahasa emosi dan mimik muka. Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Selamat mencuba kepada anda yang dah ada anak.

No comments:

Post a Comment