Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Tuesday 1 July 2014

Berniaga di bazar ramadhan: 12 Tahun yang lalu

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum , selamat malam semuanya. malam ni terawih berapa rakaat? hihihi.. apapun tahniah! Kerana anda berjaya hadir utk solat terawih.. Macam ina, nak sangat pergi tapi anak tiada orang jaga. Hmm,last terawih 2tahun yang lepas je.. waktu tu ina takde anak lagi. Best sangat terawih.. boleh doa macam-macam,segala doa allah perkenankan dalam bulan ramadhan ni.Suasana keliling.. ina sorang je kawan takda.sampai di masjid berkawan dengan makcik-makcik dekat situ la.

  Berbalik pada tajuk entri kali ini, 12 tahun yang lepas .. ina baru tingkatan tiga masa tu.Kenapa? Sebab masa tingkatan tiga,cuti sekolah pada (akhir tahun) .Kisahnya..  Ina tolong pak saudara berniaga di bazar ramadhan di kemaman (bisnes murtabak dan kuih-muih),memang seronok sangat. Iyalah,kan umur baya 15tahun.. semuanya nak merasa duit sendiri.Alhamdulillah,mak dan abah izinkan.. (sebab akak pun ada sekali masa tu) . Heeeh..

Tugasan ina pada setiap pagi ialah,potong kobis untuk dijadikan inti murtabak.Makan memang sedap, tapi hendak hasilkan intinya punya lah..azab (kejung abis jari jemariku.. siap terpotong lagi..kehkehkeh).Kuss semangat. Kalau tidak silap hampir seratus buku kobis la ina potong (sehari tau,bukan untuk sminggu).. potong ada cara dia jugak.. potong secara menipis. Adehh.. penat jugak laah. Jam 1petang barulah selesai potong sayur.

     Jam 4.00 petang,kami sudah sampai di tapak meniaga.. Sediakan apa yang patut.Buka je , tapak kami terus diserang pelanggan. Seronok tau meniaga ni..kami berbuka puasa di sana.. makanan kami bertukar antara gerai sebelah menyebelah.. balik dari meniaga,memang bawak balik banyak makanan. Dan aktiviti seterusnya mengira keuntungan seharian..Yang ni masyukk!!

No comments:

Post a Comment