Phytocol - blok kolesterol

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum dan salam sahur .. Nyaman saja rasa..,ketika ini. Mana tidaknya, jam menunjukkan pukul 2.30pagi. Masa ni la ina berkelapangan nak menulis entri. Kalau tidak,haru jadinya.. kita taip,Iman duk tekan keyboard (jadinya memang tidak siaplahh kerja.. huuuh,ini pun  lappy dah pecah skrin.. isk isk isk. Tapi masih boleh digunakan lagi.Cuma Tulisan dekat tepi sebelahh kiri tak nampak tulisan). 



Okay, sekarang kita nak bercerita pasal Kolesterol.. Dulu2 penyakit jantung orang- orang tua je yang kena kan... Sekarang? apa kaitan kolesterol dengan jantung yea???
Golongan muda pun ada yang mati secara mengejut.. Penyakit jantung disebabkan kandungan kolesterol yg tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yg serius.Erm,bunyi je pun dah tak bagus kan?



APA ITU KOLESTEROL? APA KEBENDA ERKK? 






Kolesterol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiwan. Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia. Dua sumber utama kolesterol dalam darah diperoleh daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolesterol pemakanan datang daripada daging, ayam, ikan dan produk tenusu. Selepas makan, kolesterol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protein. Kolesterol bersalut protein ni dipanggil chylomicron.



Hati mampu menyingkirkan kolesterol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolesterol serta merembeskan kolesterol ke dalam peredaran darah. Selepas makan, hati mengeluarkan chylomicron daripada peredaran darah. Di antara waktu makan, hati menghasilkan dan merembeskan kolesterol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolesterol tidak boleh larut dalam darah kecuali jika ia bergabung dengan protein khas yang dipanggil lipoprotein. Kolesterol yang dirembeskan oleh hati ke dalam darah boleh bergabung dengan lipoprotein ketumpatan amat rendah (VLDL) atau lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL).
Kolesterol LDL yang terhasil daripada metabolisme kolesterol VLDL dalam aliran darah, dikenali sebagai kolesterol ‘jahat’ manakala kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol baik