Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Saturday 9 August 2014

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST




BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..
ASSALAMUALAIKUM

Tetiba nak buat entri nie.. sebab tadi buka fesbuk ( ada 2 orang friendlist yang menghidap )semakin ramai golongan wanita yang menghidap cyst dan fibroid.Hais risau pulak yea.. entri kali ni ina kongsikan tanda-tanda cyst dan fibroid dan cara tangani. Jom baca yea..  

Apakah Cyst? 
Cyst adalah sejenis ketumbuhan dalam kilang ovary. Kenapa ia digelar cyst? Sebabnya ketumbuhan ini mesti mengandungi cecair/fluids, sama ada air, cecair bercampur protin, darah beku, darah haid, minyak dan lendir lemak
Ia boleh disertai dengan ketumbuhan daging yang mungkin sejenis kanser terdiri daripada rambut, cartilage, tulang dan lain-lain. Cyst ni adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Most of the case, cyst ni lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala. Cuma small percentage kes je yang betul-betul memerlukan rawatan perubatan. Tengok kat kedudukan mana cyst ni membesar dalam rahim.

Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?


Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakkanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekirangan anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masaalah kesuburan.




FIBROID
 Manakala fibroid terdiri daripada bahan berserat yang menyebabkan tumorFibroid juga dikenali sebagai ‘ketumbuhan fibroid’, ‘fibrolids’, ‘myomas’ atau hanya ‘fibroid’. Ia terdiri daripada kira-kira 0.04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih. 

Apakah Punca Fibroid? Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif. Ia boleh tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah meningkat dalam rahim. Tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi. Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:


TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

✔Gangguan Haid
✔ Keputihan
✔Masalah ketidaksuburan
✔ Kemandulan di kalangan wanita
✔ Hubungan suami isteri yang dinging atau sakit ketika bersama
✔Perut kembang
✔ Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
✔Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
✔ Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
✔ Kerap letih dan lesu
✔Sakit lutut dan tumit
✔ Kesejukan kaki dan tanggan
✔Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
✔ Kerap keguguran
✔ Ketumbuhan fibroid dan cyst


ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahn fibroid dan cYST, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka.

No comments:

Post a Comment