Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Thursday 17 March 2016

KEHAMILAN : Tips atasi Pedih ulu Hati


Entri ini buat ina teringatkan semasa kehamilan pertama. Dulu memang tak ambil sebarang ubat Dan supplement. Makanan? Hentam.. semua makan fast food.Lastnyeee,mengidap laa Pedih Hulu Hati.. tengah2 malam menjerit.Sakit! Macam jantung kena rentap..tapi yang ini hati yang kena rentap.Terbakar jee rasa! Haissss... tak boleh tahan. Okay,kalo korang taknak jadi macam ina.Jom baca artikel nie smpai habis yeee.

9 Tips berguna Atasi Pedih Ulu Hati

1. Elakkan makanan dan minuman yang boleh membuatkannya bertambah teruk. Ini termasuklah makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi.

2. Elakkan juga daripada minum semasa makan.

Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.

3. Makan sedikit tetapi kerap.
 Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.

4. Jika anda merokok, cubalah berhenti.
Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku. Merokok juga membahayakan bayi dalam kandungan anda.

5.Duduk atau berdiri tegak, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan.
Duduk dengan tegak dan jangan membongkok.

6. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.

7. Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.

8 . Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.


9. Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan pedih ulu hati menjadi lebih teruk.

 Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.


Supplement Membantu Atasi Pedih Hulu Hati

Semasa kaandungan ke 2, ina amalkan set kehamilan shaklee. Bagi masalah pedih hulu hati.. dinasihatkan mengambil ESP Bersama peppermint ginger plus. Insyallah! Sepanjang kandungan ke 2 memang takde kena serangan pedih hulu hati mahupun simpul biawak.


Hubungi ina 0179506861

No comments:

Post a Comment