Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Monday 16 February 2015

Shopping Barang Baby

Assalamualaikum dan selamat pagi isnin. Pagi ni saja nak update blog.. em.Lama dah tak update pagi-pagi.. sementara nak tunggu solat dhuha. Ehem.. sabtu lepas, ina baru je shopping barangan baby. Itu pun separuh.. tak larat nak berjalan. Tapi seronok laa, pergi shopping tanpa gangguan anak. Hihihi...Sara? oh, Sara ina tinggalkan dengan Suami. Nasibla tak menangis dia tu ( sebab umpan dah beli.. tehehehe,biskut biskut.) Masa shopping tu ditemani adik bongsu.. kami pergi berdua aje. Memang syok, bebas nak kemana ( tau taula, kalau bawa Sara dan Suami.. dorang memang tak suka shopping lama ) lastnya 1 barang aje yang dapat. Beli barang baby di manjaku.. sebab majoriti yang cakap Murah disitu. hihihihi... dapat sepasang baju, tisu wet, tikar getah (alas baby ),1set bedak baby, tuala 2helai, botol susu, sarung tangan dan sarung kaki. Ini antara yang sempat dibeli. Barangan lain seperti kelambu ( nak cari yang macam khemah terus, ina pun muat masuk), baju sejuk, panties, stokin ..masih belum dibeli. Okay.. minggu nie pula, nak sambung shopping sikit lagi.

No comments:

Post a Comment