Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Monday 9 February 2015

Menu Kehamilan Trimester ketiga


assalamualaikum.. minggu ni ina memasuki minggu ke 28.mengandung kali nie, memang enjoy sangat.Takda sakit-sakit macam dulu, takde sembelit.Alhamdulillah.. kejap je kandungan ina dah memasuki trimester ke tiga. Dah tak lama lagi nak bersalin.. Entri ini, ina kongsikan dengan anda semua pemakanan bagi trimester ketiga. Jom baca..




Apabila sampai ke trimester ketiga, anda memerlukan lebih tenaga, vitamin C dan thiamin (vitamin B1). Tenaga tambahan yang diperlukan hanyalah 200 kalori, tetapi daripada mengunyah sekeping coklat, fikirkan snek lain yang turut membekalkan nutrisi lain.


Sekeping roti bakar bijirin penuh dengan ekstrak yis dan sebiji tomato, atau semangkuk sup cendawan diikuti dengan satsuma atau jenis buah oren mandarin yang lain juga bagus.


Vitamin C sangat penting sepanjang kehamilan dan memainkan peranan yang penting dalam melindungi sel-sel daripada rosak serta memastikan sistem imun badan dalam keadaan baik.


Vitamin C juga memainkan peranan dalam memastikan plasenta berkembang dan berfungsi dengan baik. Ia juga membantu lapisan dinding perut menyerap zat besi daripada makanan.


Sesetengah buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin C

yang tinggi, maka makanlah ia sebagai snek. Buah strawberi dan kiwi, terutamanya, mudah dibawa ke mana-mana dan boleh dibuat smoothie atau salad buah-buahan.


Vitamin C boleh terhapus jika makanan itu dimasak terlalu lama, maka cubalah makan sayur-sayuran mentah. Brokoli dan bunga kubis atau lada benggala enak jika dicicah dengan sos salsa atau humus.


Tingkatkan pengambilan vitamin-vitamin B dengan memakan bijiran sarapan yang diperkaya, dan pilihlah yang rendah kandungan gula dan tinggi kandungan seratnya. Vitamin-vitamin dalam kumpulan vitamin B adalah:


vitamin B1 (thiamin)

vitamin B2 (riboflavin)

vitamin B6

vitamin B12

niasin

folat

Keperluan bagi thiamin meningkat dalam trimester terakhir untuk membantu anda mengeluarkan tenaga daripada makanan.


Kekacang, beras perang dan sayur-sayuran hijau adalah sumber thiamin yang baik. Snek mudah yang terdiri daripada sekeping roti bijian bakar dengan kacang panggang dapat membekalkan khasiat yang anda perlukan.


Atau anda boleh juga mengambil VITAMIN C dan B COMPLEX dari Shaklee. Malahan sangat jimat dengan mengamalkan Supplemen shaklee. Mana tak nya, supplemen shaklee kalau anda makan boleh dibawa ke berpantang tau..memang tak rugi memilikinya. Jimat dan berbaloi! tahan lama


Bagaimana Ingin Dapatkan VITAMIN C dan B complex dan set KEHAMILAN?


Sms / whatsapp ke no 017-9506861

cod sekitar kuantan sahaja..

penghantaran pada setiap hari.


postage ke seluruh malaysia..

(yang nak pos ke luar malaysia pun boleh)





No comments:

Post a Comment