Cara pengiraan Carta Pergerakan Baby

assalamualaikum... selamat petang.

Harini ina pergi checkup ke klinik minggu ke 28.Urm... excited betul nak jumpa baby nie.Rasa dah tak lama lagi nak bersalin. Nanti rindu pulak nak mengandung,ye tak? hihihihi. sweet moment gitu.. mana taknye. Pergi mana-mana beratur untuk buat bayaran, mesti orang utamakan ibu mengandung.Layanan sang suami terhadap si isteri pun bak puteri..(Apa nak, suami dapatkan juga).


Bermula esok, nurse dah suruh catat carta pergerakan baby (tendangan baby dalam perut). Rasanya penerangan kali ini lebih clear dari yang sebelumnya..uhmm. Lagi mudah faham.Kata JM rosnah ( nurse kat situ ) kiraan dikira jika ada tendangan. Contohnya jam 9.00 pagi,ada 3 tendangan (baby tendang kiri,kanan,atas , bawah..itu maknanya baru 1 kiraan tendangan).Haaa, masa tu teruslah catat pada buku. Kalau tendangan tidak mencukupi 10kali dalam sehari maknanya baby ada masalah kat dalam perut.Boleh la terus ke hospital untuk tindakan selanjutnya oleh doktor pakar disana.. 


Lagi satu, kalau carta harini last tendangan cukup 10kali jam 3petang, esok nya mesti juga sama. Tak boleh last tendangan jam 9malam.. pun baby ada masalah.Jangan tunggu-tunggu esok lagi yea. Direct ke hospital.Lambat tindakan, nyawa baby boleh melayang.haaaa.. takut tak ? takut? 


Notakaki : Masa dolu-dolu, mengandungkan sara. Ina main tick aje kat carta tu tau.. hishhh. Memang bahaya sangat. Iyeala, dah duk kerja bengkel kereta.Mana la dengar baby tendang. Sudahnya, hentam la labuuu. Kesudahannya bersalin la 35minggu.Tapi apa yang pelik, nurse klinik desa Indera Mahkota tak tanya pun atau syak ke pelik-pelik carta ina nie.Hmmm...


Okay.. sampai sini aje la coretan kisahku ke klinik untuk checkup ke 28 minggu.. bye...


haaaa.... nak promote sat.


Trimester kehamilan pun dah hampir habis kan? Meh lah order SET BERPANTANG pulak. 

 

Bagaimana ingin dapatkan set KEHAMILAN @ BERPANTANG ?

Sms / whatsapp ke no 0179506861

penghantaran sekitar kuantan pada setiap hari.. 

postage pun boleh bagi mereka di luar kuantan.

Comments