Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Wednesday 15 October 2014

Loya ketika kehamilan


Assalamualaikum wbt.. entri kali ini tentang mabuk hamil @ morningsickness..kebelakangan ini ramai yang preggy.So, ini khas untuk anda yang preggy. jemput baca ye semua..




Apakah mabuk hamil?



Tiada seorang pun tahu kenapa tanda kehamilan pertama bagi ramai bakal ibu iailah kecenderungan untuk berkejar ke bilik air pada awal pagi. Oleh sebab sekitar lapan daripada 10 wanita hamil mengalami mabuk, dan separuh daripada mereka muntah-muntah, ramai wanita menghabiskan minggu-minggu awal kehamilan dengan perasaan yang paling dahsyat dan tidaklah kelihatan ceria berseri-seri. 



Mabuk hamil adalah kejadian medikal yang paling biasa berlaku pada awal kehamilan, tetapi betapa teruk ianya dihidapi berbeza antara wanita. Anda mungkin mendapat serangan mual ringan dari semasa ke semasa apabila anda mula-mula bangun, atau mendapati bahawa bau tertentu mencetuskan rasa mual untuk sepanjang hari, atau anda mungkin perlu menahan atau menghidapi rasa loya ini bukan saja pada pagi, malah, tengah hari dan malam juga untuk berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan. 






"Mabuk hamil pagi"


adalah nama yang tak sesuai. Ia mungkin lebih teruk pada waktu pagi, tetapi kebanyakan pesakit akan mengalaminya sepanjang hari sampai ke malam. Mabuk hamil boleh menguasai kehidupan anda untuk satu tempoh masa. Jika anda mengalaminya secara teruk, anda mungkin mendapati diri anda tidak dapat bekerja, menjaga anak kecil


atau anak-anak lain, memasak, membeli-belah atau menguruskan rumah anda. Sepatutnya anda berasa gembira dan teruja dengan kehamilan anda, tetapi, hakikatnya, anda merasa sengsara dan sakit, dan hubungan anda dengan suami, keluarga dan rakan-rakan mungkin menjadi tegang. 


Wanita yang menghidapi mabuk hamil secara berterusan sering merasakan tiada siapa yang benar-benar memahami apa yang mereka sedang lalui. Tidak hairanlah, ini boleh membawa kepada kemurungan. Bercakap dengan penghidap lain boleh membantu anda berasa kurang terpencil.


Bentuk mabuk hamil yang paling teruk dipanggil gravidarum hyperemesis



(bermaksud "muntah berlebihan semasa mengandung"). Jika anda muntah-muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, dan jika berat badan anda menurun, maka, anda mungkin menhidapi hyperemesis. Tidak seperti penyakit kehamilan biasa, hyperemesis boleh menjejaskan kesihatan anda dan bayi anda, jadi berbincanglah dengan doktor anda dengan seberapa segera yang boleh. 


Mengapa saya berasa mabuk?



Walaupun kenyataan ini tidak membantu mabuk anda, sebenarnya rasa mabuk merupakan petanda baik bahawa paras hormon kehamilan anda adalah tinggi. Punca mabuk hamil tidak diketahui, ia difikirkan berkaitan dengan hormon gonadotrofin korion manusia (hCG). Ini dihasilkan dalam kuantiti yang banyak sehingga plasenta anda mengambil alih kerja untuk mengekal dan menyuburkan bayi anda pada sekitar 12hingga 14 minggu

. Hormon lain seperti estrogen dan hormon tiroid tiroksina juga dikatakan bertanggungjawab. 

Jika anda juga mengalami mabuk perjalanan, simptom anda boleh dikaitkan dengan gangguan dalam mekanisme mengimbang yang bertempat di telinga dalam anda. Punca mabuk hamil lain, yang jarang berlaku, termasuk gangguan kepada salah satu kimia "rasa seronok" otak, serotonin, atau jangkitan penghadaman bergelar helicobacter pylori. 
Jika anda berasa letih, lapar, atau tertekan, loya itu mungkin menjadi lebih teruk, dan jika anda mengandung kembar dua atau tiga


tahap hormon kehamilan anda adalah lebih tinggi, dan anda boleh mendapat penyakit mabuk yang lebih teruk. 


Teori evolusi menyatakan bahawa peningkatan deria bau dan rasa loya wanita hamil adalah satu langkah perlindungan, yang menyebabkan kemungkinan dia dimudharatkan oleh racun atau toksin dalam persekitaran menjadi lebih kurang. 

Biar apapun sebabnya, diserang mabuk hamil yang tak terkawal mungkin adalah satu kejutan bagi wanita yang sebelum ini adalah sihat. Tiada seorang pun mengetahui apakah sebabnya sesetengah wanita menghidapnya dan yang lain terselamat, tetapi melihat kawan-kawan yang hamil sihat "berseri-seri", seakan-akan tidak adil. Mungkin akan membantu jika anda ingatkan diri anda bahawa tiada sebarang perlakuan anda yang menyebabkan simptom ini. 

Sesetengah doktor masih percaya bahawa mabuk hamil adalah suatu keadaan psikologi, tetapi satu tinjauan semula kajian-kajian baru-baru ini tidak mendapati bukti bagi tuntutan ini. 


Berapa lamakah ia akan berlangsung?

Mabuk hamil biasanya bermula pada sekitar lima
atau enam minggu
kehamilan dan berkurangan bagi kebanyakan wanita menjelang 14 minggu
. Sesetengah wanita mendapati ianya berterusan sehingga 16 minggu,


manakala yang lain mengalami pelbagai peringkat loya atau muntah-muntah sepanjang sembilan bulan sehingga kelahiran. Nasib baik, ini jarang berlaku, lebih-lebih lagi jika anda telahmendapatkan bantuan dari awa


Jika anda mengalami kesakitan, demam

atau sakit kepala
, atau jika anda merasa loya dan muntah-muntah pertama kali setelah hamil sembilan minggu, berjumpalah dengan doktor anda sebab anda mungkin menghidapi penyakit lain. 


Bolehkah ia menjejaskan bayi saya?


Mabuk hamil tidak akan mengancam bayi anda selagi anda mampu untuk menyimpan dalam perut sebahagian daripada apa yang dimakan, dan minum banyak cecair. 


Tips bagi mereka yang morning sickness

Makan makanan seimbang jika anda boleh, tetapi jika anda berasa amat loya, makan apa saja yang anda mampu. Bayi anda boleh mengejar kembali ketinggalan nutriennya pada peringkat-peringkat lebih lewat dalam kehamilan apabila anda berasa lebih sihat. 





Pilihan makanan anda mungkin ganjil untuk seketika - mungkin selama sebulan anda hanya mampu untuk menyimpan dalam perut nasi putih dan air, tetapi cuba jangan bimbang tentang ini; anda boleh mengejar ketinggalan pemakanan sihat


kemudian nanti. Hepar anda menyimpan banyak nutrien yang bayi anda perlukan untuk membesar secara normal, jadi tak akan berlaku apa-apa jika anda tidak banyak makan. Adalah penting bagi anda mengambil tambahan folik asid


kerana ini akan membantu tulang belakang dan sistem saraf bayi anda berkembang dengan baik. Ambil ia pada waktu di mana anda tidak akan memuntahkannya keluar. 








Jika anda muntah banyak kali dalam sehari, tidak dapat makan dan minum tanpa muntah, serta menurun berat badan, sila rujuk doktor anda dari awal sebab anda boleh mengalami nyahhidrat. Ada banyak rawatan yang boleh membantu anda merawatnya di rumah
, atau anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital. 

Mendapatkan bantuan dan sokongan.
Anda mungkin mendapati bahawa kombinasi perubahan pemakanan, bantuan kendiri dan ubat natural
bermakna anda boleh bertahan dengan penyakit anda sehingga ia berkurangan. Jika tiada apapun yang mujarab, dan anda masih menderita, berjumpalah dengan doktor anda dengan seberapa segera. Rawatan menjadi lebih sukar lagi lama anda membiarkannya. Mereka boleh mempertimbangkan cara-cara lain untuk mengatasi masalah ini, termasuk ubat-ubatan


.
Beritahu suami, keluarga dan rakan-rakan anda tentang apa yang anda sedang alami, dan apa yang anda perlukan, sebab mereka mungkin tidak tahu bagaimana hendak membantu anda. Anda tidak perlu merasa bersalah jika memerlukan bantuan dengan perkara-perkara praktikal seperti membeli-belah, memasak dan kerja rumah - anda sakit! Anda mungkin perlu memberitahu rakan-rakan sekerja tentang kehamilan (dan penyakit) anda lebih awal daripada yang dirancangkan, supaya boleh mendapatkan sokongan yang anda perlukan. 

Jika anda menghidapi mabuk kehamilan dengan bayi pertama anda, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untukmencegah atau mengurangkannya untuk kali kedua Sekali lagi, adalah penting untuk memulakannya dengan awal. 



BAGAIMANA SET KEHAMILAN MEMBANTU??

Set Kehamilan Shaklee

(1) Protein(Energy Soy Protein)




✔ Membina dan memperbaharui sel2 tisu ,hormon dan enzim di dalam tubuh.



✔ Esp juga memberikan ibu tenaga dimana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.



✔ Selain itu,protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta,uterus,penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah .Keperluan protein ini semakin penting ketika kehamilan memasuki trimester ke-3.

(2)Multivitamin(Vita-lea Iron Formula)




✔Iron/Zat Besi sangat penting bagi ibu yang mengadung dan menyusukan anaknya.Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah,mudah nak pitam atau pengsan,Hb rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

(3)B Complex




✔Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

(4) Vitamin C(Sustained Realese Vita-C)



✔ Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur setiap jam mengikut keperluan badan kita.

(5) Omega -3(Omega Guard)


✔Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan.Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak.Ianya juga membnatu memecahkan lemak di dalam tubuh kita. Jadi ia membantu ibu mengawal berat badan ketika mengandung.

(6) Kalsium(Ostematrix)


✔Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu.Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, asakit pinggng,lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:
✔Vitalea
✔B Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix

Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
✔Vitalea
✔B-Complex
✔Vitamin C
✔Ostematrix
✔Omega Guard

Manakala untuk mana-mana trimester anda boleh mengambil ESP (Energizing Soy Protein) sebagai tambahan, bekalan protein lengkap untuk kehamilan.

Bagaimana Ingin dapatkan produk shaklee??



Hubungi ina di 0179506861 @ sms / whatsapp

melalui emel : norazlina181@gmail.com

Penghantaran ke seluruh malaysia menggunakan poslaju/ Citilink @ GDex




No comments:

Post a Comment