Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Wednesday 15 October 2014

cerewet ke tidak?

Bismillahirrahmanirahim

Assalamualaikum dan selamat pagi. Ina baru selesai duk bersiap-siap mengemas rumah.Harini terawal bangun,Sebab perut buat hal.. ( em, celik mata muntah, alhamdulillah.. sempat solat tahajud juga.Mungkin baby suruh mama dia solat tengah malam kot.Hihihi. )

ina makan peppermint ginger plus.. fungsinya melegakan loya tekak,gastrik,pedih hulu hati,dan bantu penghadaman lebh baik


Entri kali nie, nak fefeeling sikit.Sikit je, walaupun tidak banyak..tehehehe. Terasa indah pulak preggy kali ini.Bermula disahkan mengandung kali ke-2.. baca sini 

Tidak Cerewet (preggy ke-2)

Alhamdulillah, kandungan kedua ina okay jee.Motif?? Hee, dulu-dulu masa mengandungkan iman, ina seorang kerani bengkel.Yang amat busy la.. ( hihihi, busy la sebab ina la kerani. buka bil pelanggan, check stock sparepart, kenal-kenal sparepart kereta.. iskh. Sangat sukar.Nasib la ina minat bab-bab stock sparepart pengalaman lama la..dalam bidang automotif.Tau mana bearing,cara tukar minyak hitam dan lain-lain. Ko ada? hihihi.. tetiba je kan ? ) . Haa, nak habaq mai, dulu sangat cerewet ina nie tau. Semua staff-staff kat situ ina handle. Bos?? macam takda je.Sebab? Bos dah bagi mandat pada ina. Kikikiki. Apa yang ina tidak berkenan pada staff semua ina tegur.Memang tidak berkenan la ina, walaupun benda remeh. Contoh : bengkel bersepah: spanar merata-rata. Minyak atas lantai.Hoii, dulu pernah beberapa kali,nyaris nak jatuh terlentang ke belakang ko.Masa tu ina da  sarat.

 La ni, ina tidak bekerja dah.Penat dah. Umur pun 27Tahun, bersara lebih baik.Boleh tengok anak membesar depan mata..waa~~ nikmatnyer.Ina surirumah fulltime ( work at Home Mother ) je. Sambil duk jaga anak, order tetap masuk.Cod sana sini.. alhamdulillah.Rezeki allah luas.. ( sebak masa tulis entri ni).Bab pasal Cerewet ke tidak? Sekarang, tekak tengah menggila tau. Kejap nak makan western.. pasta : fettucini carbonara, makaroni cheese dan pizza. 1 lagi tak terlaksana iaitu makaroni cheese. nyumnyum~~ Oh, dapat bayangkan makaroni cheese berada di tekakku.Gulpp!





Setiap bulan mengidam bertukar selera..memang ketagih nak makan masakan sendiri je tau.Tengah menaip entri ni pulak, tetiba tekak nak makan pajeri terung.. hmm. Harap ada rezeki..

okay.. sampai sini jela ina sempat coretkan catatan. Salam sayang dari saya ina..




Bagaimana nak dapatkan produk shaklee?

sms / whatsapp 0179506861
*Cod sekitar kuantan 
( sesiapa yang ingin cod,cepat-cepatla hubungi saya segera.. jangan tengah malam-malam suh cod yea.. yang tu,ina tak dapat nak penuhi. Hihihihi. Tapi yg berada sekitar Pelindung,bole self pickup kat rumah ina )

*Pengeposan ke seluruh malaysia & sabah sarawak menggunakan perkhidmatan  poslaju @ GDex.

No comments:

Post a Comment