Secara umumnya, cyst adalah kantung yang mengandungi cecair yang boleh berada di mana-mana tempat seluruh tubuh. Pada ovari sendiri, pelbagai jenis cyst boleh terbentuk. Dan antara yang paling biasa dikenali sebagai functional cyst. Cyst jenis ini selalunya terjadi semasa kitaran haid normal.

Setiap bulan, ovari wanita membentuk cyst yang kecil untuk memegang telur. Setelah telur tersebut matang, kantung yang yang memegangnya itu pecah seterusnya membenarkan telur bergerak melalui salur falopio untuk proses persenyawaan. Kantung yang tinggal kemudiannya diserap.

Selain itu, ada sejenis lagi functional cyst yang dikenali sebagai follicular cyst. Ini adalah cyst yang kantungnya tidak boleh dipecahkan untuk melepaskan telur. Kantung tersebut terus membesar. Cyst jenis ini selalunya akan hilang dalam tempoh satu atau tiga bulan. Corpus luteum cyst pula terbentuk jika kantungnya tidak dapat diserap.

Sebaliknya kantung tersebut akan terus tertutup selepas telur dikeluarkan. Cecair kemudiannya akan mula memenuhi kantung tersebut. Cyst jenis ini biasanya akan hilang dengan sendirinya selepas beberapa minggu. Walaubagaimanapun, cyst tersebut boleh membesar sehingga 4 inci dan mungkin menyebabkan pendarahan atau ovari akan terbelit. Akibatnya, penghidapnya akan rasa sakit.

Ubat

Untuk pengetahuan, ubat ubatan yang digunakan untuk merangsang ovulasi meninggikan kemungkinan seseorang itu mendapat cyst. Ubat-ubatan itu ialah seperti Clomid atau Serophene. Pun begitu, cyst kebanyakannya tidak ada kaitan dengan kanser. Kebanyakan wanita yang mengalami ovarian cyst jarang menunjukkan simptomnya. Akan tetapi, antara masalah yang dikatakan ada kaitannya dengan cyst ialah:

  * Rasa tekanan dan sakit pada bahagian abdomen.
  * Bermasalah untuk membuang air kecil.
  * Sakit ketika melakukan hubungan intim.
  * Pertambahan berat badan.
  * Sakit ketika datang haid dan pendarahan yang luar biasa.
  * Loya dan muntah-muntah.Akan tetapi sekiranya anda ada tanda-tanda seperti di bawah ini, sila dapatkan rawatan dengan kadar segera:

  * Sakit berserta demam dan muntah
  * Sakit sangat pada bahagian abdomen.
  * Pucat, lesu dan rasa seperti hendak pitam.
  * Bernafas dengan kadar yang cepat.Disebabkan cyst jarang menunjukkan simptom yang ketara, masalah ini lazimnya dikesan semasa pemeriksaan pelvik dilakukan. Ketika pemeriksaan dibuat, doktor biasanya akan dapat mengesan bengkak pada bahagaian ovari. Sekiranya cyst ditemui dalam ovari anda, ujian imbasan (ultrasound) akan dilakukan untuk mengenal pasti bentuk, saiz dan lokasi cyst tersebut. Pada masa yang sama, doktor turut memastikan adakah cyst tersebut dipenuhi cecair, pepejal ataupun campuran.

Untuk memastikan adakah cyst tersebut adalah sel kanser ataupun tidak, doktor akan membuat ujian darah. Pada kebiasaannya, wanita yang dikenal pasti mengandungi cyst akan disuruh menunggu sehingga satu hingga tiga bulan sebelum diperiksa semula untuk mengetahui sama ada saiz cyst itu bertambah ataupun tidak. Sekiranya selepas beberapa kali kitaran haid dan cyst fasih ada bahkan semakin membesar dan menyakitkan, doktor biasanya akan menyarankan wanita tersebut menjalani pembedahan untuk membuangnya.

Bagi menangani masalah Cyst...
supplement shaklee dapat membantu.

Set Atasi Cyst terdiri daripada ;

1. VIVIX - mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
2. Gla complex - bertindak utk mengecutkan cyst
3. Vita C 500mg - Menentang radikal bebas & myekat sel kanser
4. Caratomax - bersifat anti oksidan yg tinggi , meghalang pembentukan sel sel kanser
5.Vitamin E - memperlahankan @ menghalang pertumbuhan sel kanser / tumor

Utk temphan
Penghantaran produk shaklee sekitar Kuantan secara byhand / cod.. Pengeposan ke seluruh malaysia via poslaju / Gdex / Citilink Pada setiap hari. sms / whatsapp 017-9506861
Jika anda membeli dari saya jaminan yg akan diberikan : Free consultant dr saya secara berterusan..Cara makan supplemen dengan betul dan berkesan Apa yg boleh @ tidak semasa Pengambilan supplemen. Ingin berdaftar keahlian? Hubungi no yg tertera spt diatas..