Detik cemas semasa kehamilan 38minggu -Part 1

Assalamualaikum Dan selamat malam..
Semasa entri ini ditaip,ina dalam berpantang 3hari.Alhamdulillah😊..

Tapi entri Kali ini ina nak menceritakan detik-detik cemas sebelum ina bersalin.

Al-kisahnya~~~~

Pada tengahari jumaat,perut terasa memulas, seakan ingin datang period.Ina buat tak tau ajelah,sebab kemungkinan perut lapar masa tuu.Walhal,pagi Ada makan nasi dagang,kuih seri ayu Dan donat.

Tengahari

Tengah memasak makan tengahari,rasa memang tak larat sangat.Harini Suami yang tolong masakkan...

Selesai makan tengahari, ina bersihkan diri untuk solat zohor.Ya Allah,alangkah terkejutnya..simptom membuang(berak) secara tiba2.. Terbuang dalam panties,memang tak perasan langsung.Masa nie,ina da syak..dalam hati berkata (eh,takkan nak bersalin dah kot)..

Petang (Asar)

Carta gerakan baby..sampai ke petang baru cukup 5 tendangan sahaja.Sepatutnya,kalau memasuki asar gerakan dah hampir lengkap 10.Tapi Kali ini,gerakan yang pelik semasa asar..iaitu baby mengeras dengan kerap.Masa nie ina dah resah..

Malam ( selepas isyak )

Asyik kentut (non stop)..nak solat memang payah.5kali ambil wuduk,5kali solat..
Selepas selesai isyak,terasa macam lain.Rasa leman betul badan.

9.30malam

Suami bawa terus ina ke hospital,hati pun tidak sedap..Sebelum ke hospital,ina sempatla makan murtabak 2keping (perasaan masa ni ,ina dah rasa macam nak bersalin malam nie jugak) sempat minum segelas ESP. (Air selusuh,air zam zam @ air akar fatimah pun tidak sempat minum..macam tidak jangka yang akan bersalin).

Sampai ke hospital jam 10malam..Semasa sampai disana (bahagian bersalin Htaa).Masa tiba disana,ina orang pertama. Tapi disebabkan kes ina tak berapa serius,ina antara orang terakhir..disoal siasat oleh doktor.Al-maklumlah,ina tiada turun tanda (yang menandakan ingin bersalin contoh : ketuban pecah atau turun darah).

Apabila puas disoal siasat lebih kurang 20minit,barulah doktor buat ujian CTG (denyut jantung baby)..ctg cantik, tiada kontraksi. Em,setelah selesai,doktor cek VE (iaitu cek bukaan Rahim).Tersangatlah terkejut,apabila doktor bagitau

Antara dialog ina dengan doktor

Doktor:: 'puan,jalan dah buka 5cm..'

Ina : haa? Kena masuk wad ke?

Doktor : Bukan.Terus ke dewan bersalin.Malam nie juga puan akan bersalin

Ina: haa..betul ke?

Doktor: Bagitau Suami yea.

11.30malam

(Rezeki dapat masuk dewan bersalin tingkat bawah) jika diikutkan,memang doktor nak tempatkan ke dewan berisiko tinggi tapi..alhamdulillah. Kebetulan penuh wad Sana,dewan pun penuh)

Ina dah masuk ke dewan bersalin... Masa ni ina dah menggeletar ketakutan,Suami masuk sekejap je.. Sebab Sara ,tiada orang jagakan..(masa ni Ina dah down perasaan.. (Sedih,kecewa iyela..Suami tidak dapat teman)sebab sudah berjanji nak temankan semasa bersalin.

Bersambung....


Post a Comment

0 Comments