Jurnal blog isteri

Post Top Ad

Sunday 1 March 2015

Kelahiran Pramatang

Assalamualaikum Dan selamat pagi semuanya..Harini 1st March 2015.DUP dap DUP dap jantungku berdebar.Hihihihihi..berdebar sebab kemungkinan bulan march ina bersalin.

Estimated Due Date sepatutnya 29.4.2015,disebabkan ina sudah pernah ada sejarah bersalin awal,makanya kata doktor memang akan berlaku lagi. Kali ini kemungkinan besar ina bersalin awal Dari 35minggu ( Sara 35mggu sudah keluar) kata doktor lagi,mungkin ina bersalin 34minggu atau 32minggu paling cepat.. ini jangkaan doktor.Kuasa Allah siapa tau..Kun Fa Yakun. Perut ina,sudah jatuh.Memang macam tengah tunggu hari jee nie.Bila berjalan, terasa something Nak keluar dah. Kontraksi palsu macam-macam keluar.. Okay.Entri Kali ini, kita bercerita mengenai bayi pramatang yea.. jom baca.

APA yang dimaksudkan dengan Kelahiran pramatang?

Kelahiran pramatang berlaku apabila bayi anda dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dianggarkan bahawa 5 peratus daripada kelahiran adalah pramatang. Bayi yang dilahirkan pada minggu ke-36 selalunya tidak mempunyai masalah, walaupun saiz bayi itu mungkin lebih kecil dan ia mungkin mengalami masalah pernafasan. Walau bagaimanapun, bayi yang dilahirkan lebih awal dari 36 minggu memerlukan lebih banyak pembesaran lagi dan organ dalamannya perlu menjadi lebih matang. Bayi sedemikian mungkin lemah sedikit dan sukar menghisap dan bernafas. Bayi-bayi yang lahir seawal minggu ke-22 hingga minggu ke-25 memang mempunyai peluang yang baik untuk hidup, tetapi lebih daripada separuh akan mempunyai ketidakupayaan sama ada ringan atau lebih teruk.

Notakaki : Ina bersalin minggu ke 35 disebabkan ketuban pecah terlalu awal.Sebelum subuh (selepas bersahur), tiba-tiba semasa tidur.. ada cecair keluar.Cecair tu mulanya ina fikir terkencing, lama-lama semakin banyak pula cecair keluar sampaikan 3helai kain batik tukar. Yang peliknya, semasa ketuban pecah.. air turun ( cecair likat semacam gam) bersama bulu halus. Sesudah Sampai di hospital,doktor sahkan rambut baby keluar..kepala bayi terlalu kebawah.Itu yang jadi begitu.

Semasa ina bersalin 35minggu,baby memang kecil 2.40kg (alhamdulillah,baby tak duduk dalam inkubator)..keadaan baby, berbeza Dari baby lain.Dari segi keadaan fizikal,tangan memang kecil..kecut jari jemari. Tapi masa tu, memang ina tak terfikir pun anak ina nie pramatang.Emm.. macam tak percaya pun ada.Tapi Apa yang ina terkejut, ada hamba Allah datang melawat duk mengata anak ina katanya macam anak kucing.Sedih sangat tau.. huuuu. Emm, pesan ina,jaga la mulut sikit.Harini anak ina yang lahir pramatang, mungkin esok lusa Allah balas ..awak dapat cucu atau cicit pramatang ke.

Bagi mereka yang masih tercari-cari set berpantang.. Jom dapatkan set berpantang shaklee..

Direct SMS / whatsapp ke no 017-9506861

Cod sekitar kuantan pada setiap hari

No comments:

Post a Comment