Al fatihah

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum

Harini terasa lebih kuat dari hari - hari sebelumnya. Semalam sudah terjawab hampir seminggu Bleeding On off pada diri ina.

Scan 4kali .. hari yang berlainan.

Dari Klinik Sarahana,ina asyik berulang scan.Sebab ingin tahu keadaan janin dalam rahim.. yeala siapa tidak risau kan.Asyik bleeding,mula tu setitik.. kemudian darah coklat dan darah Fresh. Kelmarin, perut memulas bagaikan hendak kembali uzur.Terasa lemah badan dan hampir pitam.

Surat Refer ke Hospital Bahagian Kecemasan

Selepas 4 kali asyik ke klinik Sarahana, Doktor disitu suruh refer hospital bahagian kecemasan.Sebab tanda-tanda keguguran sudah mula jelas kelihatan.Ya allah,masa tu ina dah menangis..airmata mengalir laju seperti hujan turun dengan lebatnya ( menangis sebab takut dan sayang akan kandungan kedua kami ).

Kami refer  terus dekat KMC ( Kuantan Medical Centre ),sebab hospital HTAA servis lambat.. maklumlah Free. Dan apabila tiba di KMC, daftar dan menunggu hampir 3jam lamanya( kebetulan waktu itu, doktor tinggal seorang je..kebetulan pulak,doktor tu ada emergency Czer... memang sedapla ina menunggu ) . Jam 5 petang,turn ina dipanggil.. Doktor pakar O & G .. Dr Suriati bt Sulong kalau tidak silap.Hehehe... kecil orangnya.. Lembut je suara.Orangnya nampak garang.. tapi tidak.Terus sakit ina hilang...kkikiki.

Doktor O & G Dr Suriati Bt Sulong

Dari Segi dia scan sekejap je dapat jumpa janin,terus nampak la kantung baby ( masa tu keadaan kantung baby masih cantik, bulat terletak.. dan Allahuakbar!!! Hancur hatiku, janin tidak membesar sempurna sebab degupan jantung tiada. Sepatutnya 7minggu kandungan sudah ada ..kata doktor Suriati padaku. Masa penerangan diberikan , doktor beri 3 pilihan kepadaku.. 1.  nak cuci terus 2. Tunggu 2minggu utk janin keluar sendiri 3. Makan ubat bagi turun ..Masa tu, suami tidak bagi cuci terus.. risau baby lambat ada heartbeat.Kang membunuh pula.. ( kisah kawan ina 9minggu,baru ada heartbeat).. Dan doktor cakap kepadaku,jika heartbeat lambat tarikh jangkaan bersalin akan berubah.Kemungkinan lewat seminggu laa.. Dan,sebelum balik ina mintak ubat duphaston untuk kuatkan rahim kembali.Doktor benarkan.. dan di klinik sarahana doktor disana tidak izinkan kerana katanya duphaston hanya dimakan sebelum mengandung.Kemusykilan disitu.. hmm

Cas Proses DnC di KMC

Doktor suriati berikan ina tarikh untuk serah diri.. selepas 2minggu. Untuk proses DnC sahaja menelan belanja RM 2,000 sahaja.Wow! Hihihi.. tapi bes la. Dnc pagi,petang terus balik..Ini pun ina terpaksa pergi Private jugak.Sebab Iman Tiada siapa jaga.. sebab kalau HTAA kena admit ward 3hari. Kesian iman..  Hmmm. Semalam kol klinik W.Y.K.O , katanya RM 1,000 je..tempoh 3-4 jam duduk diwad.. lepastu boleh balik terus.

Repeat Checkup di HTAA 11.9.2014

Macam biasala..,jam 10.30pagi menunggu jam 12.30tengahari baru doktor panggil. Alhamdulillah,bleeding tidak turun sampai ke lantai ( setengah orang ada jenis macam nie) . Bila turn ina dipanggil,doktor cek tekanan darah dan bacaan bawah sangat tinggi.Maknanya denyutan jantung sangat laju.. terus ina dibawa ke bahagian kecemasan.Hihihihi... masa tu ina ketakutan.. tu sebab laju jantung. Terus doktor bawa ke katil,ambil darah.. masuk air garam sebotol, dan Buat CTG... jantung still laju.Walaupun sudah 3kali dipantau..     

Cek kandungan melalui bawah

Ya, sakit.. cara ini digunakan untuk lihat keadaan janin dan juga mengesahkan samada betul atau tidak seseorang itu mengandung.Walhal Upt dah buat.. positif je.Sabar jela..

Masuk ke bahagian Klinik harian ibu mengandung .. tingkat 2

Lagi kena check, doktor Cek melalui bawah menggunakan mulut itik.Yang ni sangat perit..., sebab alat tu boleh di adjust macam apit G tuuu. Seramm.. macam nak buat papsmear la.
Kali ni terjawab semua, doktor  HTAA buat scan 4D terus.. kantung baby dah leper bukan bulat.Tiada degupan jantung janin ( sepatutnya 7mggu sudah ada denyut baby ) . Masa ni,ina redha.. langsung tidak menangis. Kuat sikit dari sebelumnya.. hihihi.. Doktor cakap kes begini disebabkan kekurangan Asid folik dan kalsium utk pertumbuhan baby seeloknya dimakan sebelum merancang kehamilan lagi..( ina sebenarnya memang tak plan nak mengandung..tuptup, makan set resdung dan gla utk kulit gebu boleh tersubur pulak ).. selepas tau mengandung,baru la sibuk makan asid folik.. masa tu dah takda guna laaaa...

Ok...,Bye.Sekarang nie tengah sakit-sakit proses jatuh sendiri janin.25/9/2014 ina terpaksa serah diri untuk dicuci... dan akan berpantang seperti orang bersalin juga..  Assalamualaikum..

Comments