Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum..dan selamat petang. Selamat menyambut hari maulidur rasul..Rancangan Televisyen harini semuanya berkisah kan keagamaan. Best pulak tengok, sedih pun ada drama tv3 tu..
Al-kisahnya~~~~ Ehem, Harini ina jadi mem besar.. Cuti memasak,lalalala~~..Hanya basuh baju aje tugas ina.. Sebab semalam bleeding lagi.Doktor suruh bedrest sebenarnya. Dari malam jumaat tu perut sakit sebenarnya ( masa solat, menyucuk je rasa ).Lepas solat terus tidur.
Sakit berlarutan sehingga pagi jumaat.Tapi kali ini, sakit pinggang (punggung) sampai ke betis. Macam nak cramp.Tapi Tak,,sebab ina dah makan OstematriX.Semasa solat dhuha, sakitnya menjadi-jadi. Macam nak pitam gitu,tapi ina abaikan saja. Kot makan pagi tak mencukupi ( sebab ina hanya makan kuih-kuih saja, nak makan nasi lemak takut kolesterol ).Selasa Minggu depan ada appointment dengan doktor bahagian pemakanan.. kena control la makan nie.
Malam tadi dah pergi ke klinik,terus scan. Hihihihihi.. doktor cakap.Kena banyakkan rehat. Katanya lagi, bleeding disebabkan terlalu aktif buat kerja berat. Walhal takde pun buat kerja-kerja berat.. Menyapu pun tidak.. sebab kalau ina menyapu,perut akan mengeras.Memang sakit Ya rabbi...
ok..sampai sini je entri pada hari cuti maulidur rasul. Now, nak bersiap packing barang customer yang nak cod sekejap lagi.Lepastu terus ke Teluk Chempedak sekejap.. Edar Flyers disitu.
0 Comments