Assalamualaikum dan selamat petang..
Buat ape cuti sabtu nie? tak pergi ke mana-mana ke? petang-petang ni
best kan kalau dapat makan cendol.Gulp! Ina sepanjang kehamilan nie,
tekak terasa je nak makan makanan sejuk.Minuman berais..pendek kata
semuanya minuman sejuk.Ermm,, nanti masa berpantang dah tak boleh lagi
minum air sejuk-sejuk.Petua mak ina , kena berpantang ais selama setahun
kalau nak bagi badan tahan lama.. Ehehehe. Kita ikut jerla. Janji
cantik.Hehehe.. Perut pun tak buncit.Itu la best.. badan tak terasa
berat.
Opss~~ topik dah kelaut nie..., Entri ni nak tulis pasal Line Nigra
tu..(ala, garisan yang pada perut masa kita mengandung tu.. cer check
perut masing-masing ada ke tak?) Kandungan kedua, baru line nie nampak
jelas di perut. Malu rasa bila tengok perut..sepanjang line tu,
kelihatan bulu menegak ke bawah..
Jom baca apa itu Line Nigra.
Linea nigra (garisan gelap sepanjang perut anda) Linea nigra ialah
garisan menegak berwarna gelap dengan kelebaran sehingga satu sentimeter
yang terbentuk pada tengah-tengah perut, biasanya merentasi pusat. Ia
biasanya muncul sekitar trimester kedua. Ia disebabkan oleh pigmentasi
pada kulit di mana otot abdomen anda meregang untuk memudahkan
pembesaran bayi anda.
Garisan pigmentasi ini akan pudar dalam masa beberapa minggu
selepas anda melahirkan, namun anda mungkin perlu menggosoknya sedikit
untuk menghilangkan kulit kering. Bahagian-bahagian badan lain seperti
puting payudara, tahi lalat dan bintik-bintik gelap pada kulit mungkin
akan turut mengalami perubahan pigmentasi, tetapi ini juga akan hilang.
notakaki : Sejak mengetahui kehamilan(dari trimester pertama) lagi ina
dah start sapu minyak zaitun di perut.Risau perut pecah.Nanti memang tak
cantik.Masa dekat hospital nanti, lagi malu nurse-nurse disana nak
check perut kita. Alhamdulillah, perut ina tak pecah langsung,sampai
nurse pun tegur,tengok macam ina tak pernah( beranak bila check
perut)..kembang laa sekejap..hihihihi.Kandungan 6bulan pun,
alhamdulillah, langsung takde gatal-gatal perut.
anda mempunyai masalah semasa kehamilan?? Ina akan suggest mana yang perlu mengikut keperluan badan anda.
SMS / WHATSAPP 017-9506861
cod sekitar KUANTAN pada setiap hari
postage ke seluruh malaysia
0 Comments