Bismillahirahmanirrahim
assalamualaikum dan selamat pagi sabtu~~ Entri nie ditulis berdasarkan pengalaman kawan-kawan dan orang sekeliling yang mempunyai masalah uri dibawah iaitu nama lainnya Placenta Previa. Ada kandungan yang boleh dikesan seawal 20minggu dan ada yang awal kehamilan dengan tanda-tanda pendarahan berlaku sepanjang kehamilan. Alhamdulillah...sepanjang kehamilan kedua, ina tiada masalah ini. Walaupun ada mulut-mulut yang mengatakan kehamilan ina kali ini masalah uri dibawah.Sedih tau... emm. Tapi biarlah apa orang nak kata( mulut tempayan boleh la nak ditutup kan?) Opps~~ Aura negatif niee.. Syuuuuuhhh! pergi jauh-jauh yea.
Jom kita tengok apa itu Placenta Previa..Check it out.
keadaan uri dibawah |
(placenta praevia) adalah plasenta atau uri yang terletak rendah. Ia adalah komplikasi kehamilan yang mana plasenta berada di bahagian bawah uterus dan menutupi sebahagian atau kesemua serviks atau pembukaan rahim.
Dalam setiap 1,000 wanita, antara tiga hingga enam orang mempunyai masalah ini. Perdarahan mungkin berlaku sebagai satu simptom keadaan ini. Apabila bahagian bawah rahim atau uterus mulai regang pada peringkat kedua kehamilan, plasenta mungkin terpisah, menyebabkan perdarahan yang teruk. Bayi tidak boleh dilahirkan melalui vagina jika plasenta menutupi pembukaan rahim secara menyeluruh.
Perdarahan yang tidak dapat diberhentikan (haemorrhage) boleh menggugat nyawa kedua ibu dan bayi, walaupun ini jarang berlaku. Jika perdarahan tidak berhenti, atau jika ibu terus maju ke peringkat kelahiran pramatang, bayi akan terpaksa dilahirkan melalui pembedahan caesarean walaupun jangkaan tarikh bagi kelahiran bukan untuk beberapa minggu lagi.
PERINGKAT PLACENTA PREVIA
Plasenta previa boleh dibahagikan kepada empat jenis
I plasenta terletak rendah di bahagian bawah rahim, namun begitu, bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina
II bahagian bawah pinggir plasenta bertemu dengan pembukaan serviks, tetapi tidak menutupinya, jadi bayi masih boleh dilahirkan melalui vagina
III plasenta menutupi sebahagian pembukaan serviks, oleh itu, bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean
IV plasenta menutupi pembukaan serviks sepenuhnya, oleh itu bayi perlu dilahirkan melalui pembedahan caesarean.
4 jenis Plasenta Previa ( uri bawah ) |
Apakah tanda-tanda dan gejala plasenta previa?
Gejala yang lazimnya berlaku ialah:
Pendarahan faraj yang tidak sakit.
Renjatan (peluh dingin, kulit lembab, pernafasan cepat, kadar denyutan nadi yang cepat, rasa mengantuk dan tidak sedar diri).
Bersalin pramatang (sakit di bahagian abdomen dan pengecutan rahim).
Mujurlah, plasenta previa boleh dikesan sewaktu menjalani pemeriksaan rutin ultrasound.
Anda mungkin mengalami plasenta previa buat pertama kalinya jika anda merasai satu atau kesemua gejala berikut:
Pendarahan faraj secara tiba-tiba dan banyak tetapi tidak sakit.
Faraj berdarah merah terang yang mungkin disebabkan oleh pengecutan rahim.
Pendarahan berbentuk gumpalan darah beku berwarna merah keperangan atau gumpalan darah beku berwarna merah terang keluar dari faraj. Lazimnya terjadi di antara minggu ke 30 - 34 kehamilan.
Pendarahan selepas persetubuhan atau selepas pemeriksaan pelvis.
Apakah komplikasi plasenta previa?
Bayi akan menghadapi risiko yang lebih besar, oleh itu doktor anda akan melakukan kelahiran lebih awal (selalunya pada minggu ke 38).
Beberapa komplikasi plasenta previa termasuklah:
Pendarahan yang berlebihan selepas kelahiran
Turisan Caesarean akan dibuat pada tempat yang sama dengan kedudukan plasenta previa dalam rahim untuk melahirkan bayi. Ini bermakna, uri atau plasenta tersebut dipotong pada waktu yang sama dengan kelahiran menyebabkan pendarahan bagi kedua-dua ibu dan bayinya. Doktor biasanya akan cuba mengelak dari memotong uri.
Pendarahan berlebihan selepas kelahiran bayi dan uri
Keadaan ini dipanggil pendarahan postpartum. Ini disebabkan kesukaran ibu yang menghidap plasenta previa mengecutkan bahagian bawah rahimnya. Bila ini terjadi pembuluh darah akan terbuka dan berdarah.
Plasenta yang melekat secara abnormal - akreta
Selalunya, uri jenis ini boleh berfungsi secara normal semasa hamil. Walau bagaimanapun, apabila tiba masanya untuk dipisahkan dari dinding uri, selepas kelahiran, ianya tidak dapat dilakukan. Biasanya, pembedahan histerektomi akan dilakukan kerana kesukaran untuk mengeluarkan uri yang boleh menyebabkan pendarahan.
Apakah ujian yang dilakukan untuk mengesan keadaan ini?
Ujian-ujian yang mungkin dijalankan termasuklah:
Pengimbasan ultrasound
Plasenta previa boleh dikesan melalui penggunaan peralatan ultrasound. Kebanyakan kes dapat dikesan menggunakan teknik ini walaupun di peringkat kehamilan yang lebih awal. Jika uri menutup bahagian bawah rahim semasa 7 bulan mengandung, diagnosis plasenta previa akan dibuat.
Apa yang perlu saya lakukan jika saya disyaki mendapat plasenta previa
Jika anda mengalami apa-apa bentuk pendarahan, laporkan kepada doktor secepat mungkin.
Jika didiagnoskan mengalami plasenta previa, anda mungkin perlu dimasukkan ke hospital, kerana pada saat itu pendarahan boleh berlaku secara spontan.
Rawatan terbaik untuk anda ialah berehat atau berbaring di tempat tidur untuk mengelak pengecutan rahim yang boleh menyebabkan pendarahan.
Cuba elakkan dari melakukan persetubuhan atau melalui pemeriksaan pelvis kerana ini boleh menyebabkan pendarahan.
0 Comments