Assalamualikum dan selamat petang.. entri kali ini hanya luahan hati kecilku.

Disaat ini, ina menaip satu persatu ayat.. hati terasa sangat sedih, sebak pun ada. 

gambar sekadar hiasan.. cuci mata pun jadilah.ikan goreng kembung

Alkisahnya~~~

kejadian tidak diingini berlaku... Setelah selesai menggoreng ikan kembung, ina tinggalkan ikan goreng diatas meja.Niat nak makan bersama sisuami. Menu lain ina masak  ikan kembung masak kicap aje.. simple se simple nya.Sebab harini ada pasar malam,jadinya malas nak masak lauk heavy. Okay,berbalik pasal ikan goreng.

 

 IKAN GORENG

Nak dijadikan cerita, sesudah suami tiba di rumah. Teruslah dia buka tudung saji.. ina masa tu, baru selesai submit Order Shaklee online.Sesudahnya kerja ina siap...,tengok-tengok suami dah habis melantak ikan goreng .. masa tu Ya Allah!! berderai airmataku. Maybe takde rezeki nak merasa ikan kembung goreng.. sudahlah sekor je yang goreng. Emmm... Terus ku berlari anak ke dalam toilet, mengambil whudhu untuk menunaikan solat zohor. 

Semasa solat pun,tak semena mena berkaca mataku... hati nie begitu sensitif. Hanya seekor ikan kembung goreng aje. Mungkin baby dalam perut ni nak makan kot. (ku berdoa dan memujuk baby dalam perut ni.. kata jangan kempunan sangat.. tak elok).. Patutlah tadi semasa menggoreng ikan , tertelan telan air liur niee. 

Al-quran la penyejuk hatiku kini... sekian kisah ikan goreng. Hihihihihi.. (Perut yang lapar tadi terus kenyang sekenyang kenyangnya)

 

IKAN