Assalamualaikum dan selamat petang.. Harini sabtu, cuti raya cina yang ke-3. Duk rumah je ina... tak larat nak berjalan sejak kandungan menginjak ke 30 minggu kehamilan. Iyela,, bila berjalan lama sikit...terasa seolah olah sesuatu turun.Haiss...,seram. Perut pun sudah turun ke bawah, macam nak bersalin pun ada. Erm....sangat takut nie... Harap - harap bersalin kali ini cukup bulan.
Jom tengok minggu 30 kehamilan progress..
Paru-paru bayi anda dan salur penghadamannya hampir matang sepenuhnya. Walaupun pertambahan ukuran panjang bayi anda menjadi lebih perlahan mulai sekarang (dia berukuran 40sm dari mercu kepala ke jari kaki), beratnya akan terus bertambah hinggalah sampai masa dia dilahirkan.
Pada minggu ini, bayi anda terus membuka dan menutup matanya. Dia sudah boleh melihat apa yang sedang berlaku dalam rahim, membezakan cerah daripada gelap dan boleh juga mencari punca cahaya.
Jika anda memancarkan lampu suluh ke atas perut anda, bayi akan menoleh mengikut cahaya itu atau menghulurkan tangan untuk menyentuh cahaya yang bergerak itu. Sesetengah penyelidik berpendapat bahawa mendedahkan perut anda kepada cahaya dapat merangsang perkembangan visual. Namun, jangan pula mengharapkan penglihatan 20/20 semasa bayi dilahirkan kerana bayi baru lahir hanya boleh melihat setakat jarak lebih kurang 20sm hingga 30sm. (Kanak-kanak yang mempunyai penglihatan normal tidak mencapai penglihatan 20/20 sehingga umur antara tujuh hingga sembilan tahun.) Untuk melengkapkan perkembangan ini, bayi anda kini sudah mempunyai bulu kening dan bulu mata.
Sekitar satu liter cecair amnion sekarang mengelilingi bayi anda tetapi jumlah ini akan menyusut apabila bayi membesar dan ruang dalam rahim bertambah sempit baginya. Apabila anda dan bayi menjadi semakin besar, janganlah bimbang jika anda rasa sesak nafas, atau rasa seakan-akan anda tidak mendapat udara yang mencukupi; ini hanyalah kerana uterus anda menekan
diafragma anda. Walau bagaimanapun, di akhir terowong gelap yang dilalui ini, ada cahaya. Pada minggu ke-34 kehamilan (atau sejurus sebelum kelahiran, jika kehamilan ini yang kedua atau ketiga bagi anda), kepala bayi anda akan bergerak turun memasuki pelvis anda dan terus mengambil posisi yang sesuai untuk kelahiran. Bernafas dan makan akan lebih mudah selepas itu.
Okay... sekarang dah 30 minggu kehamilan... anda sudah bersediakah nak bersalin?
set berpantang sudah beli ke? Kalau nak tau, shaklee ada juga set BERPANTANG nie..
SET BERPANTANG shaklee sangat menarik, sebab walaupun ibu-ibu bersalin czer @ secara pembedahan sekalipun, masih boleh makan. Jangan risau yea... Dulu sebelum ina kenal shaklee, ina makan jamu. Memang tinggi jaundis.. kesian baby masa tu. Lagipun, susu pun berkurang.. sekarang walaupun ina dah menginjak ke 30 minggu kehamilan,susu badan...alhamdulilllah.. in proses.Sudah ada tanda-tanda positif..
Jom dapatkan set BERPANTANG SHaklee..
sms / whatsapp 017 -9506861
cod sekitar kuantan pada setiap hari
0 Comments