Assalamualaikum Dan selamat petang selasa,harini 4hari berpantang.. Semakin teruja dalam proses berpantang Kali ini...heee,nanti ina ceritakan mengapa boleh jadi macam nie..
Sebelum memasuki entri harini,apakata anda baca dulu kisah ina ::
Detik cemasku: janinku kurang bergerak 38minggu
Sambungan Dari entries lepas...
11.30malam...
Selepas Suami,mengambil adik bongsu dirumah.. Alhamdulillah, ina tak bersalin lagi. Sebab kami (ina Dan baby sudah berjanji,selagi Suami tak de dalam dewan bersalin.. Baby tunggu yea.) Heeee..
Selepas doktor pecahkan ketuban, ina siap bole bersembang lagi dengan doktor..(doktor, apa Yang panas tu..ketuban kata doktor)..al maklumlah,ina tak pernah rasa lagi ketuban pecah secara bukan normal ..dulu pecah sendiri.
Mesin CTG dipasang ...tali diikat pada perut untuk memantau kekerapan kontraksi berlaku..
Bacaan atas menunjukkan jantung baby.. 130 / 10 ... Maknanya bukan lagi nak bersalin.. Hanya sakit sikit jee.
Apabila suami sampai, baru je di muka pintu dewan bersalin bilik no 4... Tiba-tiba kontraksi datang dengan kuat.. Ina sempat lagi borak dengan doktor..
Ina: doktor,saya sakit nie..
Doktor: puan,bukaan baru 8cm.. Jangan teran lagi yea.,kalau nak meneran..cepat-cepat panggil doktor yea.
Ina : oh..okay.doktor..., lambat lagi ke saya nak bersalin nie?
Doktor : estimate 2minit..
Tiba-tiba mesin CTG menunjukkan bacaan 146/ 74-80 ... Masa nie memang terasa nak membuang sangat.Terasa kembang semacam bawah. Doktor kata fully VE (10cm)..terkejut ina.
Entah Kali keberapa , ina minta ampun dengan Suami.. Siap pesan pada Suami urut belakang untuk melegakan kesakitan.
Doktor dengan nurse kelam kabut masa nie, mencari peralatan untuk proses menyambut kelahiran.. Mungkin terlalu cepat dari jangkaan doktor.
Allahuakbar!!
Dengan 2kali push sahaja, baby selamat keluar.. Pada jam 1.50pagi bersamaan hari sabtu )Alhamdulillah... Ina pun dilayan macam Vip semasa di dewan bedah..(ketika proses bersalin hanya Ada seorang doktor Dan nurse) Hihihi. Seronok sangat dapat layanan 1st class.
Selepas beberapa minit baby dikeluarkan,tiba-tiba satu bonjolan timbul diperut sebelah Kiri..
Ina:: doktor,doktor,APA tuu? Eeee, takutnya.. Kenapa macam tu.
Doktor: Batu meroyan (orang tua-tua panggil)
Bersalin Kali nie,jahitan hanya 3'jahit sahaja.. Tiada koyakan teruk.
Selepas beberapa minit baby keluar,terus baby membuang Dan kencing.Alhamdulillah, semuanya selamat Dan cepat. Kalau lambat sikit baby keluar,confirm baby dah termakan najis..
Setelah baby keluar,uri dikeluarkan dengan cepat.. Sangat pantas proses mengeluarkan uri..setelah uri keluar,baru perut tak sakit.Lega sangat...
Dapat satu lagi injection iaitu untuk kecutkan Rahim.. Langsung tak sakit.hee..sebab dah nampak baby.hihihi..
Sebelum keluar Dari dewan bersalin,sempat lagi ina ucapkan ribuan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam proses menyambut baby.
Jam 3pagi
Setelah selesai dijahit, dapatla segelas air Milo untuk tambah Tenaga ...
Jam 4.00pagi
Ina ditolak masuk ke wad.. Dalam wad nie Ada 9 orang jee. Memang tak stress ,tenang je.Keesokan hari,sudah discharge. Alhamdulillah, walaupun ina tak amalkan air selusuh,air akar fatimah,atau petua makan telur mentah. Allah permudahkan urusan bersalin ina.Ina memang tawakal Dan beserah kepada Allah 100%.
0 Comments