bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum,salam sahur... hampir imsak sekarang yea.Sementara tunggu subuh..,ina hasilkan dulu satu entri yang berkaitan Petua untuk ajar anak bercakap.. Sebenarnya salah satu faktor anak lambat bercakap ialah dari ibu bapa.Mereka harus meluangkan masa bersama anak-anak sekerapnya.. Ibu bapa pada zaman kini,semuanya sibuk dengan kerjaya masing-masing.Takda masa..,ada segelintir yang belikan Ipad pada anak-anak.Kadang tu, ina tengok sedih,, budak baru jer 6bulan(dah ajar main ipad.. isk. seram..banyak negatif dari positif semua tu).Macam ina,, ina didik anak.. tak bagi mewah-mewah sangat..hmm,maklumlah.. ina ni kan orang susah,so nak lah ajar mereka susah sikit.Ina alhamdulillah, boleh tumpukan 24jam pada anak.. anugerah tidak ternilai..hihihi.Suri rumah laa katakan.
Salah satu perkara yang amat diingini oleh ibu bapa apabila anak semakin membesar adalah mendengar anaknya menyebut "papa" atau "mama". Mesti tersenyum lebar bila mendengar panggilan itu disebut oleh si kecil.

iman.. perkataan pertamanya ialah mama.. sekarang usia masuk ke 2 tahun, sudah pandai sebut "Nak",Ta-kut",Ja-tuh,Petpet(sebab mama beli pampers jenama tu.hihihi. setiap kali pakaikan pampers..iman akan sebut Petpet). Dan satu lagi perkataan.. iman sebut Cu-cuk..
Namun setiap kanak-kanak mungkin berbeza tahapnya, sama ada cepat atau lambat bercakap. Semoga petua yang aku akan kongsikan ini berguna untuk ibu bapa amalkan agar anak anda cepat bercakap:
Selalulah bercakap dengan anak anda walaupun mereka tidak mempedulikan anda dan sibuk bermain. Jangan berputus asa untuk terus berinteraksi dengan si kecil dan ulang sesuatu perkataan itu berkali-kali di hadapannya. Lama-kelamaan pasti anak anda akan terikut-ikut dan meniru apa yang anda ucapkan.
Gunakan ayat yang pendek dan mudah disebut. Jika anda mahu menerangkan sesuatu kepada anak anda, pastikan ada ruang (pause) antara satu ayat dengan yang lain supaya anak anda berpeluang untuk bertindak balas.
Jika si kecil sudah mula bercakap atau menyebut satu perkataan, ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat dan sebutan yang sempurna. Contohnya, apabila anak menyebut “nak”, tanyakan kembali “Adik nak apa? Nak susu? Nak mainan?”.
0 Comments