Bismillahirhahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat tengahari..Entri harini kita selidik samada Fakta atau auta berkaitan PUASA . Zassssss!
[Fakta vs Auta Edisi Puasa]
1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarkan badan.
Auta: Mandi ketika puasa adalah makruh.
Fakta: Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas
2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga yang berlubang.
Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.
Fakta: Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.
3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.
Auta: Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.
Fakta: Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.
4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.
Auta: Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.
Fakta: Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air.
5. Merasai makanan dengan lidah.
Auta: Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.
Fakta: Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).
Ikhlas dari
Ina,
Agen Shaklee anda
017-9506861
0 Comments