Ya Allah...sakitnya Bengkak susu.

..Bengkak susu nie terjadi akibat susu terlampau banyak  (kemungkinan baby tidak pandai lagi menyusu,jadinya memang bengkak la breast..si ibu yang menderita..) Memang terasa panas macam kena cili gitu.


 amalkan petua berikut apabila ibu mengalami masalah bengkak susu.
1.      Pakailah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan dan tidak terlalu ketat.
2.      Susukan bayi anda dengan kerap, iaitu setiap dua atau tiga jam, walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda daripada tidur. Pastikan bayi menyusu daripada kedua-dua belah payu dara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah lagi. Pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payu dara yang terakhir dihisap.
3.      Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payu dara ibu apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap di sekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga areola menjadi lembut.
Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
4.      Semasa bayi sedang menyusu, urut payu dara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payu dara.
5.      Jika payu dara terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan tidak akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
6.      Menyikat payu dara yang bengkak (sikat menghala ke puting).
7.      Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payu dara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payu dara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payu dara dengan efisien (buat sesekali sahaja kerana jika diamalkan selalu boleh menyebabkan susu kering).
8.      Ambil cuka makan dan campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada sekeliling payu dara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak.
9.      Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu minyak zaitun di permukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payu dara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak.
10.  Urut payu dara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan membulat seperti pemeriksaan payu dara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.

11. Haaa.. sudah ikut semua petua diatas.Tetapi masih Bengkak susu?
Ina sarankan ibu-ibu semua mengamalkan Omega guard bersama Lecithin bagi mengatasi masalah tersebut.. Tak percaya? Meh sini tengok testimoni. Yang pastinya ia berhasil mengatasi gejala Bengkak susu..



Bagaimana ingin dapatkan omega guard + Lecithin?
(Stok..insyallah tidak putus)

Hubungi ina menerusi WhatsApp / telegram 0179506861

Jangan risau..mereka yang berdekatan bolehla cod.
Hanya sekitar kuantan ina akan delivery shaklee.

*Ibu ibu selepas pantang,mengalami kekurangan susu?Jangan stress..ina ada supplement yang mampu banyakkan pengeluaran susu Badan.