Hari ini,ina nak bercerita pasal tali pusat baby. Yup..al maklum lah...,sekarang kandungan sudah menginjak ke 32 minggu.Dalam hati dup dap menanti kelahiran baby kedua ina.
Masa ina bersalin kan sara dulu...tahun 2012.Allahuakbar! sangat lah bermacam dugaan demi dugaan semasa di hospital. Ina kena tahan di wad HTAA (Hospital Tengku Ampuan Afzan) selama seminggu. Mana tidaknya, ina takde pengalaman menguruskan baby.Ilmu memang zero masa tu...kesian kan? Ni kes, terlalu sibuk bekerja la..sudahnya macam ni la. Kursus pengurusan ibu bapa langsung tak pergi.Akibatnya,begini. Terutamanya Penjagaan pusat bayi.. apabila bersalin nya ina.Nurse disana, langsung tidak ajar cara pengurusan pusat.Nurse di wad tersebut tidak ajar bagaimana nak kesat pusat baby jika terkena air atau ubat langsung tidak diberi.Ina ddengan bodohnya, kesat pusat baby dengan tissue wet ..kan tisu tu lembab. ( ina lap, sebab pusat terkena najis...) sekejap je.. malam tu, pusat baby sudah berbau. Sangat busuk tau.. Keesokannya, pusat baby membengkak dan ada kuning (jaundis).
Ina di pindahkan ke wad tingkat 6 masa tu..apabila disana, nurse tingkat 6.. ajar cara-cara pengurusan tali pusat baby..alhamdulillah. Tapi terseksa sangat waktu tu, kuning anak sangatlah tinggi. Okay.. sekarang ina nak share kan, tip-tips penjagaan pusat baby sedari dari bersalin...jom baca... Ina taknak korang sama kes macam ina nie. Kesian baby tau..
TALI PUSAT @ UMBILICAL CORD
Tali pusat atau umbilical cord adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan. Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Setelah bayi anda dilahirkan, doktor akan sepit dan potong tali pusat ni. Di tempat tali pusat melekat ke perut pula, terdapat baki atau tunggul yang tertinggal sepanjang 2cm ke 3cm. Dibahagian tali pusat yang di potong pula doktor akan bahagian hujungnya dengan penyepit plastik atau mengikatnya.
Tunggul tali pusat bayi anda akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi untuk kes-kes tertentu, ada juga bayi yang ambil masa sampai 10 hari sebelum tali pusatnya tanggal. Paling seram bila yang melekat antara tali dan pusat tu hanya tinggal sehalus rambut, rasa bagai menanti buah yang tak gugur pula menunggu yang melekat halus tu tanggal.
Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya. Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi anda.
Berikut adalah beberapa lagi tip yang boleh ikuti untuk merawat tunggul bayi anda.
♥ Pastikan anda mencuci tangan, sebelum dan selepas pertukaran lampin dan cucian.
♥ Biarkan tunggul itu gugur dengan sendirinya. Jangan tarik ia.
♥ Jangan biarkan tunggul itu bergelimun air kencing atau najis. Anda boleh lakukan ini dengan melipat pinggang lampin bayi ke bawah. Ini akan membiarkan tunggul itu terdedah kepada udara atau ditutup oleh baju yang longgar dan bersih. Setengah lampin mempunyai lubang di depan untuk membiarkan tunggul itu terdedah.
♥ Jika tunggul itu terkena air kencing atau najis, basuh rapi dengan pencuci bayi pH neutral.
tanda-tanda jangkitan ialah :
Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
Bahagian pusat bayi kelihatan merah dan kelilingnya lebih lembut dari biasa
Bayi diserang deman panas
Bayi kelihatan lesu
Bayi tak ada selera untuk minum susu atau menyusui susu ibu
Nota : Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.
Cara-cara membersihkan tali pusat bayi
1. Kebersihan mesti dijaga sebab bayi masih kecil dan sistem
pertahanan badan bayi masih belum kuat. Jadi sebelum pegang bayi anda
yang comel dan gebu tu, cuci dan basuh tangan dengan air bersih.
2. Sebelum ubat pusat disapu pada pusat bayi anda, pastikan pusat bayi dah dilap kering-kering.
3. Kemudian ambil kapas, tuangkan spirit atau alcohol yang
dibekalkan oleh hospital tu ke atas kapas tu. Tak perlu banyak-banyak
sampai lencun kapas ye. Cukup dengan tekap-tekap kan kapas tu hingga
spirit / alkoholnya melekat di kapas. Kemudian, perlahan-lahan sapukan
kapas yang dah diletak ubat spirit ke bahagian pusat yang masih bertali
dan keliling pusat termasuk di kawasan yang berlipat (jika ada)
4. Dah selesai sapu di pangkal pusat, sapu pula di bahagian hujung
pusat yang dah di klip tu. Teringat masa mak saya jaga saya dan anak
dalam pantang dulu, mak siap picit kapas tu supaya semua spiritnya
keluar dari kapas dan melekat pada tali pusat bayi..hehe
5. Selain dari kapas, anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk
meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi. Jika sekiranya
hujung tali pusat terkena air kencing atau najis, basuh dengan
berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Tujuannya untuk mengelak
sebarang jangkitan kuman kepada tali pusat bayi anda.
6. Lepas selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak
mengenai tali pusat untuk mengelakkan bayi anda dari rasa tak selesa.
Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum
memakai barut.
7. Sama juga bila pakaikan lampin pada bayi. Sebaiknya gunakan
lampin yang ada lekuk di bahagian depan agar pusat bayi yang masih belum
tanggal berada diluar dan tiak ditutup oleh lampin. Cara ini amat
membantu memastikan tali pusat sentiasa dalam keadaan kering dan sekali
gus mengelakkan sebarang jangkitan di bahagian tersebut.
8. Pastikan tali pusat bayi (terutama bagaian tunggul yang melekat
dipusat bayi tu…) tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin bayi.
Jika kawasan pusat menjadi lembab, ia boleh menyebabkan berlakunya
jangkitan di bahagian pusat. Tali pusat bayi sebenarnya lebih cepat
sembuh jika ia sentiasa dalam keadaan kering.
Bila tali pusat dah betul-betul tanggal dari pusatnya, anda boleh lah
sapu minyak gamat di bahagian yang masih sedikit luka agar luka sembuh
dengan lebih cepat. Sebaiknya juga, pastikan bahagian pusat sentiasa
dalam keadaan kering walaupun tali pusat tanggal.
JOM DAPATKAN SET BERPANTANG SHAKLEE...
IA selamat dimakan sejak dari beberapa jam bersalin
sesuai untuk ibu bersalin secara czer atau normal
TIDAK menyebabkan kuning (jaundis) kepada baby
MALAH...
set BERPANTANG shaklee bantu ..
mempercepatkan luka sembuh
memperbanyakkan susu badan
mengelakkan bengkak susu
mengelakkan dari masaalah sembelit ketika berpantang
Memberi si ibu bertenaga
Menjadikan bayi kenyang lama (susu pekat)
Mengelakkan si ibu stress
menguatkan antibodi si ibu dan baby
Ibu kelihatan berseri
0 Comments