Bismillahirrahmanirahim
Assalamualaikum
Sudah lama ina dah Tak update blog nie, hmm.. Bergema agaknyer kalau menjerit.Hihihi..
Hari ini (jumaat..26.9.2014) baru terasa nak update blog.. Alhamdulillah..,Ina rasa sihat sikit dari sebelum sebelumnya..emosi okay.Stabil.. Dan ina masih lagi dalam keadaan terkejut.Terkejut???? Jeng jeng jeng..
Al-kisahnya... Sinopsis dari entri berikutnya.Sabtu lepas,Bleeding stop terus ina bergegas ke WyKo..iaitu klinik perbidanan ala-ala hospital bersalin la.Ina sudah bersedia masa tu,ina serahkan kepada Qada' dan Qadar yang tiada rezeki nak hamil kandungan kedua.
SAMPAI GILIRAN
Lebih kurang setengah jam menunggu,nama dipanggil dan terus masuk ke bilik doktor..doktor WY.Ko berumur lebih kurang 40++ an terus dia tanya sudah berapa minggu kandungan ( masa tu, kami suami isteri menjawab dengan nada sedih.. 7minggu kandungan) ,selepas itu doktor tanya bila last miss period dan doktor terus scan perut.
Allah Maha Besar!! Allahurabbi
Dengan kepakarannya, sekejap aje doktor dapat detect kandungan ku.. Katanya, baby okay. Jantung normal. Kami suami isteri.. Hampir menjerit kegembiraan,Lebih-lebih lagi suami.. Ina hampir nak sujud tanda syukur ( masa ni,hanya allah saja yang tau perasaan kami suami isteri.. Sebab HTAA dan KMC sendiri sahkan kandungan ina sudah mengecut sebab heartbeat tiada ) Doktor KMC sendiri pun,Pakar O & G iaitu Dr Suriati Bt sulong menyarankan ina buat D n C terus pada hari yang sama.Tapi kami suami isteri tidak benarkan,seandainya baby lambat ada heartbeat.. ( firasat kami sebagai ibu bapa memang kuat mengatakan baby masih boleh survive) .
KECUAIAN @ KELALAIAN MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI SEORANG DOKTOR
Apabila kami cerita kisah doktor HTAA dan KMC suruh D n C (cuci kandungan), Alangkah terkejutnya Doktor WYko.. Katanya mereka sangat cuai dalam melakukan tugas.Doktor WYko berkata,kemungkinan peralatan yang digunakan tidak canggih.Selepas ini,next appointment 5hb Oktober 2014..iaitu sehari sebelum hari raya haji.Diharap tiada lagi masalah.
*Sampai ke saat sekarang,ina sangat fobia dengan kedua hospital..serik untuk buat sebarang appointment disitu
Assalamualaikum.. Sekian coretan ina setakat ini.
0 Comments